Didik anak kenal Allah supaya mudah solat bukan suatu yang mudah bagi anak yang masih kecil terutama anak yang berusia lima dan enam tahun. Pada usia ini mereka tidak mengenali Allah. Pasti ada anak-anak bertanya, “Ummi, Allah tu macam mane?”
Terdapat pelbagai cara untuk mendidik anak supaya mengenali Allah dengan cara yang mudah. Apabila anak sudah mengenali Allah, dengan mudah anda dapat mengajak anak solat bersama. Berikut 5 cara mudah bagaimana membina anda memperkenalkan Allah kepada anak.
1.Gunakan sumber yang sahih
Ads
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?” Dengan ini, anak menyedari dirinya dicipta oleh Allah, oleh itu, seharusnya dirinya bersyukur dengan mengejakan solat.
2.Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
Ads
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
Ads
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman. Oleh itu, Aiman juga kena solat untuk berdoa supaya sentiasa berjaya.”
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mengamuk, mama papa boleh jadi singa. Sebenarnya ia boleh dielak, ada 7 tip ini boleh diguna, yang penting ia bukan pukul dan cubit. Bab taktik psikologi ini semua ibu ayah perlu terror!
Kita sering lihat kanak-kanak kecil menjerit dan menangis sambil menghentak-hentakkan kaki jika tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Jika dipujuk dan dijanjikan untuk memenuhi keinginan mereka, maka berhentilah mereka daripada membuat perangai.
Namun, kejadian anak membuat perangai atau tantrum pasti akan berulang. Adakah betul cara si ibu tersebut menangani tantrum anak? Ketahui tips yang betul tentang bagaimana untuk bertindak jika anak menunjukkan tantrum. Cara ini boleh digunakan tidak kiralah di manapun anak anda menunjukkan tantrum; baik di rumah mahupun di tempat awam.
7 PERKARA INI ELAKKAN TANTRUM
Jika boleh, cuba untuk mengelakkan tantrum. Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan tantrum daripada berlaku:
KALAU DAH ANAK TANTRUM, APA PERLU IBU AYAH BUAT?
Tantrum akan tetap berlaku walau bagaimana cara pun anda cuba untuk mengelakkannya. Kadangkala ia di luar kawalan, ia perlu diakui! Berikut merupakan cara untuk membantu anda mengendalikan anak tantrum:
#1 Ambil masa untuk bertenang jika anda perlukannya. Situasi akan menjadi lebih sukar jika anda berada dalam keadaan marah. Tarik nafas dalam-dalam dan kawal emosi anda. Jika anda perlu bersuara, pastikan anda mengawal suara anda dan jangan melenting.
#2 Akui akan perasaan anak anda. Contohnya, “Adik kecewa kan tengok aiskrim adik jatuh?” Dengan cara ini, anda dapat membantu mengelakkan anak anda berkelakuan luar kawalan dan memberikan si kecil peluang untuk membetulkan semula emosinya
Tunggu sehingga anak habis tantrum sebelum mula bercakap. Dekati anak anda supaya dia tahu anda berada dengannya. Akan tetapi, jangan cuba untuk bertanyakannya sebab ataupun mengganggunya.
#3 Bertanggungjawab apabila perlu. Jika tantrum berlaku disebabkan anak anda mahukan sesuatu barang, jangan berikannya apa yang dia inginkan. Jika anak anda tidak mahu membuat sesuatu, gunakan pertimbangan anda. Contohnya, jika anak anda tidak mahu keluar dari bilik mandi, lebih selamat jika anda menarik keluar palam berbanding mengangkatnya keluar.
#4 Sentiasa konsisten dan bertenang dalam pendekatan anda. Jika kadangkala anda menurut kemahuan anak semasa dia menunjukkan tantrum, dan adakalanya tidak mahu mengikut kehendaknya, maka masalah akan menjadi lebih teruk.
#5 Jika anak anda berada di luar kawalan, pegang anak anda erat-erat dan tenangkannya. Beritahunya bahawa anda sayangkannya dan tidak akan memberikan apa yang dia mahukan. Biar anak anda tahu bahawa tantrum bukanlah perlakuan yang baik. Jika ia masih tidak membantu, keluarkannya daripada situasi itu dengan cara meletakkannya pada fasa time-out untuk membiarkannya bertenang.
#6 Apabila anak anda berkelakuan baik, berikannya ganjaran berbentuk pujian.
Untuk sesetengah kes yang teruk, memang berisiko untuk buta…terutama jika terkena jangkitan.
Aduan ini biasa pada pesakit yang mengalami alergi konjuntiva..atau
“Allergic conjunctivitis”
Alaa..alergik nampak pada kawasan “putih mata” tu..
Ia dikaitkan dengan penyakit atopi seperti ekzema, asma dan juga alergi makanan.
Walaupun agak jarang, terdapat 2 bentuk alergi mata yang teruk:
1) Alergic keratoconjunctivitis
– kali ini, bukan saja putih mata(conjunctivitis), kanta mata pun alergik sekali (keratitis)!
– 95% dikaitkan dengan atopic dermatitis (ekzema).
– 87% dikaitkan asma.
– Resdung juga berkaitan.
– Biasanya berlaku pada orang dewasa yang ada alahan.
2) Vernal Keratoconjuncitivits.
– Ini semua sekali alergik..bahagian mata dan jugak kawasan mata!
– Boleh dapat silau teruk, mata jadi berair tak henti.. pedih..
– Kemungkinan ada bengkak dan “ketumbuhan” kawasan mata..
Semua ni disebabkan oleh alahan..
Histamin ..sebab tu nak kurangkan kejap gatal dan bengkak…. kita ambil antihistamin.
Histamin ni “protective” sebenarnya..bila badan kita rasa ada habuk ke masuk mata, histamin badan kita ni yang beri signal kat mata kita :
– Rembeskan air mata banyak-banyak supaya bahan kimia jadi cairr atau bahan beracun jadi kurang toksik.
– Sebabkan bengkak : Bila salur darah banyak, antibodi pergi ke kawasan mata dan bunuh kuman penceroboh.
Stem sel pun banyak kawasan tu untuk repair mana yang patut.
– Gatal : Kita garu-garu tu kalau benda asing masih ada dalam mata kita..akan banyakkan lagi air mata dan jadi lebih bengkak..itu untuk bagi ransangan pemulihan lebih cepat..
– sama lah kes macam resdung..kita bersin supaya habuk atau kuman keluar daripada hidung dan tak masuk paru-paru. Hingus keluar banyak untuk perangkap habuk dan benda asing.. Bengkak semua tu untuk repair mana yang.rosak..Amazing kan ciptaan Allah ni..
MASALAHNYA!
– Bila habuk cenonet tapi reaksi macam mata kena asid kuat… garu macam nak terkeluar bijik mata..
– Mata bengkak-bengkak..umur belasan tahun eyebag lagi besar daripada bijik mata.
– Salah makan sikit, mata jadi bengkak dan gatal gila.. kena cahaya mata hari pun silau dan gatal juga.. hmm..
Kena cari puncanya..
Puncanya..
Histamin
Bila banyak sangat, mata jadi sensitif..
Reaksi pun jadi over sangat..
Over gatal..kita garu-garu..
Over bengkak..
Over stem sel..jadi ketumbuhan
Over stres jugak emosi kita
Ikut teori histamin…perut tu kena jaga..
Rosak perut, mendapat lah alahan..
Menggatallah mata..
PENAWARNYA di lapisan perut dan usus
Di samping tu jangan lupa buat pemeriksaan doktor..
Jangan duk main eye drop je sokmo..
Banyak eye drop tu saline iaitu air garam
Ehh..jangan letak steroid sesuka hati!
Kena glaukoma ke..buta ke..sape nak tanggung!
Hanya guna steroid dengan nasihat doktor!
* p/s: jangan PM saya tanya detail pasal mata..saya bukan pakar mata..tak boleh konsultasi tanpa periksa juga ya
Please dont be cheap with your eyes, tak ternilai tu..
Masalah mata konjunctivitis kronik dan komplikasi lain..doktor-doktor swasta dan klinik kesihatan biasanya refer terus ke pakar mata..
Tak boleh main-main tuan-tuan dan puan-puan…
Pesakit ekzema saya..dah lama sangat ekzema bertahun..umur belum 30 dah buat pembedahan tukar kanta sebab masalah atopic cataract..
Katarak sebab ekzema lah..dah tak boleh nampak jelas dengan kanta yang dah banyak parut sebab tenyeh sokmo.
Sebagai ibu bapa, anda pasti mengalami kejutan apabila mendengar percakapan anak yang tidak sepatutnya. Itu impaknya jika anda tidak menjadi contoh teladan terbaik buat mereka
Ibu bapa jadi contoh teladan
Setiap ibu bapa akan berfikir tentang bagaimana cara anak bercakap dengan kita mahupun individu di sekeliling serta tingkah laku mereka.
Sudah tentu teguran adalah cara paling mudah untuk membetulkan kelakuan anak yang dirasakan tidak bersopan santun, kan?
Bahkan, anda mungkin mempersoalkan dari mana datangnya sikap tersebut sehingga anak menjadi sedemikian rupa.
Tetapi hakikatnya, anda mungkin terlupa bahawa mereka memerhatikan apa yang kita sebagai ibu bapa ucapkan dan cara kita melafazkannya.
Kitalah contoh teladan yang menjadi ikutan mereka, sama ada baik mahupun sebaliknya.
Mungkin anda berasakan anak masih kecil belum pun mencecah usia setahun, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tetapi adakah anggapan tersebut benar?
Sebenarnya anak seawal usia 8 bulan sudah boleh dan pandai meniru tingkah laku dan cara percakapan ibu bapa.
Mereka akan memerhati, mendengar dan mula meniru gaya pertuturan yang ditunjukkan tanpa anda menyedarinya.
Jadi sebaiknya, setiap ibu bapa amat digalakkan untuk mengamal dan menggunakan bahasa yang baik walaupun ketika dalam keadaan tertekan atau marah.
Ini kerana si kecil sedang memerhatikan setiap perlakuan anda sebagai contoh teladan.
Nilaikan cara anda bertutur dengan anak
Sejujurnya, bagi penulis sendiri, sukar untuk kita melihat tindakan sendiri secara objektif.
Jika anda mungkin tertanya-tanya bagaimana caranya anda berinteraksi dengan anak setiap hari, mungkin cara berikut boleh membantu.
Bayangkan anda merakam percakapan dengan si kecil dan mainkan semula gambaran secara visual bersama suara.
Adakah nada suara anda kedengaran penyabar dan penuh kasih sayang? Bagaimana pula tumpuan yang diberikan sewaktu anak sedang bertutur?
Atau mungkin anda membayangkan diri sibuk bermain telefon – melayari media sosial, berbalas mesej – dan bukannya memberikan sepenuh perhatian kepada anak?
Daripada gambaran tentang diri anda sendiri, adakah anda berasa diri berada pada tahap terbaik? Soalan paling utama, sesuaikah ia untuk dijadikan sebagai contoh teladan?
Seandainya, jawapan anda adalah tidak, maka perlu untuk anda melakukan perubahan dalam cara percakapan dengan anak.
Adakah nada suara anda kedengaran kasar, tidak sabar dan marah ketika menegur atas kesalahan anak?
Atau mungkin anda menggunakan nada melenting kepada anak walaupun mereka tidak melakukan kesalahan hanya kerana diri berasa letih?
Maka, untuk menjadi ikutan terbaik, berikan perhatian pada nada suara yang digunakan ketika bercakap dengan anak walaupun pada saat anda ingin membetulkan tingkah laku si kecil.
Contoh teladan: Gunakan nada positif
Berikut adalah 5 sebab penting mengapa nada suara dan percakapan yang digunakan memainkan peranan penting dalam komunikasi dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak:
1. Anak akan lebih mudah mendengar
Umumnya, ia adalah perkara yang paling logik.Tanyakan diri sendiri – anda suka apabila ditegur seseorang dengan nada marah dan menjengkelkan atau menerima teguran daripada individu yang bercakap menggunakan nada tenang dan baik?
Walaupun mungkin wujud perselisihan faham atau anda perlu membetulkan kesilapan anak, gunakan nada suara yang lembut tetapi tegas.
Kaedah ini dipercayai lebih meraih perhatian anak dan mereka akan mudah mendengar setiap teguran.
2. Nada kasar belum tentu berkesan
Apabila anda menjerit atau menggunakan nada yang agresif kepada anak, kecenderungan untuk mendapat hasil yang baik adalah tipis.
Malahan, sikap tersebut boleh merosakkan hubungan anda, apatah lagi untuk menjadi contoh teladan yang baik.
Ya, mungkin mereka mendengar untuk jangka masa pendek dan akan kembali mengulangi kesilapannya semula. Adakah itu yang anda mahu?
Maka, jika anda mahu anak mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk mengawal tingkah lakunya sendiri, mulakan tabiat bertutur dengan baik.
3. Anak menganggap ibu bapa sebagai contoh teladan
Cara paling mudah dan berkesan untuk membuatkan anak bercakap dengan baik kepada anda dan juga individu di sekelilingnya adalah dengan bertutur secara sopan kepada mereka.
Dan jika anda lebih gemar mengkritik dan bercakap kasar kepada anak, jangan melenting seandainya menerima layanan yang sama daripada mereka!
4. Hubungan dengan anak lebih kukuh
Percayalah, jika anda memperlakukan anak dengan rasa hormat dan baik, ia secara tidak langsung akan mengukuhkan ikatan antara kalian.
Jangan malu untuk ucapkan ‘terima kasih’ dan ‘tolong’ apabila bertutur dengan anak. Jelaskan bahawa mereka juga perlu melakukan perkara yang sama kepada anda mahupun individu lain.
Melayani satu sama lain dengan sopan santun dan rasa hormat akan mendekatkan anda dengan anak.
Manakala percakapan yang agresif tanpa rasa hormat sudah tentu akan memberikan kesan sebaliknya.
5. Anak menjadi lebih hormat
Apabila anda menggunakan nada yang baik dengan anak di rumah, secara semula jadi mereka akan melakukan perkara yang sama di sekolah dan tempat lain.
Pastinya, individu di sekeliling akan memberikan komen mengenai tingkah laku dan cara percakapan anak yang baik.
Secara tidak langsung ia akan menimbulkan rasa bangga serta keyakinan dalam diri mereka yang membawa ke alam remaja dan seterusnya.
Mulakan daripada diri anda
Jadi melalui perkongsian di atas secara mudah dapat disimpulkan, jika mahukan anak mempunyai tabiat dan tingkah laku yang baik, maka anda perlu menjadi contoh teladan terbaik.
Jangan pula menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri pun tidak betul!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...