Bayangkan anak masuk darjah satu, semangat nak belajar… tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih. Itu bukan sebab dia tak fokus, tapi sebab dia RABUN.

Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan. Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan untuk mewajibkan saringan kesihatan mata bagi murid Tahun 1, sebagai langkah awal memastikan kesihatan mata anak-anak tidak menjejaskan pembelajaran mereka.

55% Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata, Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda-Tanda Awal!

55% Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, seramai 55% daripada 2,008 murid Tahun 1 yang disaring tahun lalu di bawah Program Mata Hati Wilayah didapati mempunyai masalah kesihatan mata.

Daripada jumlah itu:

  • 88% alami rabun jauh

  • 4% alami rabun warna

  • 8% alami masalah juling

Situasi ini menunjukkan keperluan untuk mengambil tindakan segera di peringkat sekolah rendah, terutamanya ketika minggu orientasi Tahun 1.

Ads

Anak Tak Sedar Mereka Rabun

Apa yang lebih membimbangkan, ramai murid tidak sedar pun mereka rabun. Mereka mungkin fikir keadaan itu normal, sehinggalah prestasi akademik mereka mula terjejas.

Laporan World Report on Vision oleh WHO menunjukkan, kanak-kanak yang alami masalah penglihatan cenderung untuk:

  • Kurang keyakinan diri

  • Prestasi akademik lebih rendah

  • Kurang fokus dan motivasi belajar

Gangguan Penglihatan Boleh Jejaskan Perkembangan Anak

Menurut Dr Zaliha, gangguan penglihatan juga boleh mengganggu:

Ads
  • Perkembangan motor

  • Kemahiran kognitif

  • Perkembangan bahasa

Sekiranya tidak dirawat dari awal, anak-anak ini mungkin mengalami kelewatan dalam perkembangan yang boleh berpanjangan sehingga dewasa.

Bantuan Cermin Mata Beri Impak Positif

Melalui Program Mata Hati Wilayah, murid yang dikenal pasti mempunyai masalah penglihatan menerima bantuan cermin mata. Hasilnya sangat memberangsangkan:

  • 92% menunjukkan peningkatan dalam aspek komunikasi, keyakinan dan minat belajar.
  • Lebih fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
  • Pergaulan dengan rakan sebaya turut bertambah baik.

Sekolah yang terlibat termasuk SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy dan SK Seri Bintang Utara.

Ads

55% Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata, Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda-Tanda Awal!

Apa Peranan Ibu Bapa?

Sebagai ibu bapa, kita adalah barisan depan dalam mengenal pasti perubahan pada anak. Tanda-tanda anak mungkin rabun termasuk:

  •  Kerap mengecilkan mata bila tengok TV
  • Rapat sangat dengan buku atau skrin
  • Kerap mengadu sakit kepala
  • Tidak fokus dalam kelas atau ketinggalan pelajaran

Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, bawa mereka untuk pemeriksaan mata di klinik atau optometris berdaftar.

Cadangan untuk menjadikan saringan mata sebagai sebahagian daripada sesi orientasi Tahun 1 adalah langkah tepat dan sangat wajar. Ia bukan sahaja membantu mengesan masalah rabun dari awal, tetapi juga memastikan anak-anak dapat belajar dan berkembang dengan lebih baik.

Kesihatan mata adalah sebahagian daripada kejayaan anak di sekolah. Jangan pandang ringan!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads