
Bayangkan anak masuk darjah satu, semangat nak belajar… tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih. Itu bukan sebab dia tak fokus, tapi sebab dia RABUN.
Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan. Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan untuk mewajibkan saringan kesihatan mata bagi murid Tahun 1, sebagai langkah awal memastikan kesihatan mata anak-anak tidak menjejaskan pembelajaran mereka.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, seramai 55% daripada 2,008 murid Tahun 1
yang disaring tahun lalu di bawah Program Mata Hati Wilayah didapati mempunyai masalah kesihatan mata.Daripada jumlah itu:
88% alami rabun jauh
4% alami rabun warna
8% alami masalah juling
Situasi ini menunjukkan keperluan untuk mengambil tindakan segera di peringkat sekolah rendah, terutamanya ketika minggu orientasi Tahun 1.
Apa yang lebih membimbangkan, ramai murid tidak sedar pun mereka rabun. Mereka mungkin fikir keadaan itu normal, sehinggalah prestasi akademik mereka mula terjejas.
Laporan World Report on Vision oleh WHO menunjukkan, kanak-kanak yang alami masalah penglihatan cenderung untuk:
Kurang keyakinan diri
Prestasi akademik lebih rendah
Kurang fokus dan motivasi belajar
Menurut Dr Zaliha, gangguan penglihatan juga boleh mengganggu:
Perkembangan motor
Kemahiran kognitif
Perkembangan bahasa
Sekiranya tidak dirawat dari awal, anak-anak ini mungkin mengalami kelewatan dalam perkembangan
yang boleh berpanjangan sehingga dewasa.Melalui Program Mata Hati Wilayah, murid yang dikenal pasti mempunyai masalah penglihatan menerima bantuan cermin mata. Hasilnya sangat memberangsangkan:
Sekolah yang terlibat termasuk SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy dan SK Seri Bintang Utara.
Sebagai ibu bapa, kita adalah barisan depan dalam mengenal pasti perubahan pada anak. Tanda-tanda anak mungkin rabun termasuk:
Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, bawa mereka untuk pemeriksaan mata
di klinik atau optometris berdaftar.Cadangan untuk menjadikan saringan mata sebagai sebahagian daripada sesi orientasi Tahun 1 adalah langkah tepat dan sangat wajar. Ia bukan sahaja membantu mengesan masalah rabun dari awal, tetapi juga memastikan anak-anak dapat belajar dan berkembang dengan lebih baik.
Kesihatan mata adalah sebahagian daripada kejayaan anak di sekolah. Jangan pandang ringan!