Bagaimana Ayu Abas tackle Arrian dan Andra hingga dua-duanya bijak dan petah? Tentu ada tekniknya. Bila kena caranya, maka mudahlah proses mendidik dilakukan.
Bila melihat Arrian anak-anak Tomok, Arrianshah Akid, 6 tahun dan Andrashah Iman, 3 lantas terus terfikir tentu banyak yang dilakukan oleh ibunya, Ayu Abas dalam merangsang perkembangan anak-anak ini.
Ibu memberikan pengaruh besar kepada anak-anak. Cara ibu berkomunikasi seperti bercakap, bermain , ekspresi wajah dan suara memberikan impak kepada pembentukan diri si anak.
Ini adalah antara yang dilakukan oleh Ayu kepada Arrian dan Andra.
BELAJAR BAHASA CINA
Untuk membantu Arrian mengulangkaji pelajaran Bahasa Mandarin di rumah, Ayu juga turut sanggup mempelajari tentang asas bahasa ini.
Perbualan yang santai tetapi mempunyai ‘isi’. Ayu memperuntukkan masa untuk berbual sambil melihat anak-anak makan atau bermain. Memang kelihatan santai tapi dalam masa yang sama anak-anak belajar tentang bahasa dan pertuturan. Anak-anak juga bebas memberikan pendapat mereka.
Ayu juga turut tidak mensia-siakan masa untuk main game dengan Andra walau pun di luar rumah. Ini bermakna Ayu sentiada ‘standby’ bahan mainan yang berfaedah untuk anak-anaknya. Mainan seperti kad imbasan ini nampak simple tapi boleh bantu Andra mengenali warna dan sebutan.
Memang betul, membaca jambatan ilmu. Banyak faedah yang diperolehi menerusi pembacaan. Justeru, Ayu menjinakkan anak-anaknya dengan buku dan membaca sejak dari awal. Ayu juga memilih buku yang bersesuaian dengan usia dan perkembangan mereka.
Ayu juga beri peluang kepada anak-anak untuk melakukan ekspresi dirinya. Membuat lukisan sempena hari ibu, persembahan bercerita dalam bahasa Mandarin dan sebagainya. Yang penting, ibu dan anak-anak happy!
Tidak bersikap terlalu serius dan menekan anak-anak dalam melakukan apa sahaja. Kawalan emosi yang baik terhadap anak-anak akan menyebabkan ibu dan bapa akan dihormati.
Tapi jangan rasa bersalah. Menangis ketika berpisah adalah sebahagian daripada aspek perkembangan si kecil.
Sebenarnya anak yang ada rasa cemas akan perpisahan menunjukkan yang dia mempunyai bonding yang kuat dengan ibunya.
Ini membuktikan ibu telah cukup memberikan ketenangan, keselesaan dengan kehadirannya bersama anak.
Ini juga membuktikan si kecil berkembang dengan positif kerana dia belajar bahawa dia akan bertindak aktif (dengan menangis) bila rasa tak selesa selain kerana dia belum faham yang ibu akan kembali bersamanya semula nanti.
Tak percaya tengok video Yusuf ni. Dia tak risau sebab tahu ada daddy yang sangat menyayangi dan akan menjaganya dengan elok.
Sebagai suami yang prihatin, Hairul memberi peluang kepada Hanis untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawanya selepas sebulan menjaga Yusuf sendirian ketika dia sibuk dengan penggambaran filem Paskal di Sabah.
Jadi sebelum menyambung penggambaran di Turki pula, Hairul yang kini bercuti dan pulang ke rumah tak kisah untuk mengambil alih tugas menjaga Yusuf pula sementara Hanis membuat urusannya pula.
Ramai di kalangan mereka yang bergelar ibu turut rasa terharu dan kagum dengan sikap sporting Hairul yang memahami tugas berat seorang isteri sehinggakan diberikan ‘me time’untuk merehatkan diri seketika tanpa anak di sisi.
Apa pun itu cara mereka suami isteri menguruskan rumah tangga dan anak. Setiap orang ada cara tersendiri. Jadi tak perlu kecam atau kutuk tindakan ibu yang meninggalkan anak di bawah jagaan ayah ketika mereka bercuti bersama kawan-kawan atau atas urusan kerja.
Yang penting suami yang beri keizinan kepada si isteri dan pastinya ayah pun hendak bonding time berdua dengan si anak pula
Biasanya kalau dalam situasi berebut barang atau mainan, selalunya kita akan minta anak sulung atau anak yang lebih tua mengalah, betul kan?
Tapi, bagi anak-anak kecil ni, MENGALAH BERMAKNA KALAH! Siapa suka kalah? Kalau kita yang dewasa ini pun tak suka, apatah lagi si anak kecil yang lagilah tak faham apa rasionalnya untuk mereka mengalah dengan adik kecil mereka, lebih-lebih lagi kalau harta perebutan itu memang hak milik dia.
Perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini sangat betul dan ibu bapa boleh cuba tip ini.
Ingat bila kita suruh anak sulung mengalah selalu, dia berpotensi membesar dengan perasaan marah terpendam, dendam, tidak puas hati dengan adiknya, dan menganggap adiknya adalah PESAING buatnya yang perlu selalu DITEWASKAN, DIKALAHKAN dan DISAKITI.
Sebab tu, anak yang lebih tua, selalunya tak ngam dengan adik bawah dia.
Sebab? Wujudnya ‘persaingan kecil dan berlanjutan’ yang berlaku antara mereka. Dan benda ini selalunya memang akan terbawa-bawa sampai anak-anak membesar remaja dan dewasa.
Kalau waktu kecil-kecil dulu, mereka bergaduh sebab tak matang dan tak dapat berfikir. Tapi bila dah meningkat remaja dan dah boleh berfikir, mereka tetap bergaduh sebab persaingan yang wujud waktu mereka kecil ini, yang telah mengganggu gugat KUALITI HUBUNGAN/BONDING mereka sebagai adik beradik.
Dan fenomena ini, adalah AMAT TIDAK SIHAT. Jangan kita biar kalau dah nampak yang anak-anak kita ini seakan-akan bersaing dan tak ngam antara satu sama lain.
Ada caranya, untuk kita ibubapa MANIPULASI situasi di mana anak-anak berebut barang ini sebagai satu peluang MENYUBURKAN KASIH SAYANG yang padu antara anak sulung/anak lebih tua dengan adiknya.
“Soalnya, bagaimana?”
Soalnya, jangan DISURUH ANAK SULUNG MENGALAH.
Tetapi, BUAT MEREKA MENGALAH DENGAN RELA HATI.
SURUHAN adalah dalam bentuk arahan. Arahan selalu dikeluarkan IBUBAPA TANPA KITA MERENUNG HAKIKAT KEPERLUAN SEBENAR ANAK KITA dalam sesuatu masa.
Kita perlu faham, anak sulung kita BUKAN TAK MAHU MENGALAH! Anak-anak ini jiwanya suci dan bersih, mudah saja untuk kita lentur sebenarnya!
Yang menjadikan mereka tak mahu mengalah, ADALAH KERANA ANAK INI CUBA PERTAHANKAN HAKNYA, ANAK INI CUBA MENUNTUT KEPERLUAN EMOSINYA! Dia bukan sekali-kali DEGIL dan tidak mahu mengalah.
Tidak sesekali begitu.
Jadi, bila kita nak anak sulung mengalah, perkara utama perlu kita lakukan adalah BERIKAN HAKNYA dan PENUHKAN KEPERLUAN EMOSINYA!
“Apa keperluan emosi anak ini KETIKA mereka sedang bergaduh dan berebut barang?” Simple.
Si Kakak/Abang, mahukan PENGIKTIRAFAN BAHAWA DIA DAN KEINGINANNYA JUGA PENTING, tidak segala-galanya dalam dunia ni, hanya adik saja yang penting.
Ini logika anak sulung kita. Sebab nak buktikan bahawa dia juga penting dan mesti dimenangkan, dia akan bersikap keras dan tak mahu mengalah.
Sangat penting untuk kita fahami bahawa, anak sulung juga MAHU DIRINYA DIPENTINGKAN DAN DISAYANGI oleh ibubapa sama macam adiknya juga. Ini KATA KUNCI DALAM BERHADAPAN DENGAN SITUASI INI.
Jadi, sekarang apa yang perlu dibuat kalau tak boleh suruh Kakak/Abangnya mengalah?
Sebelum tu, kita perlu jelas bahawa SURUH ANAK mengalah dan BUAT ANAK mengalah adalah 2 perkara yang berbeza.
Bila anak mengalah sebab disuruh, dia melakukannya kerana terpaksa. Semata-mata kerana suruhan.
Kena Bijak Manipulasi Anak
Tapi, kalau kita sebagai ibubapa berjaya MANIPULASI KEADAAN dan buat anak MENGALAH kerana sukarela, kerana emosinya difahami – inshaALLAH hubungan dia dengan adiknya akan terus mekar dengan kasih sayang.
Dan inilah apa yang PALING KRITIKAL UNTUK KITA JAGA BILA ANAK-ANAK BERGADUH BEREBUT BARANG – iaitu kita nak jaga HUBUNGAN BAIK DAN KASIH SAYANG SESAMA MEREKA ADIK BERADIK.
Biar terus MENYAYANGI, dan BUKAN MENYAYINGI.
Baik, contoh praktikal yang saya gunakan dalam drama cinta dan air mata Maryam dan Hanoonah berebut anak patung, adalah begini.
Hanoonah tarik patung sebelah, Maryam tarik lagi sebelah. Dua dua taknak lepas. Yang paling drama, Hanoonahlah. Menangis jerit-jerit konon dia sangat menderita terpaksa pertahankan ‘anak patung rebutan’ yang sememangnya bukan hak dia pun, tapi hak kakak.
Kakak pulak, pandang saya dengan wajah MENGHARAPKAN PENGADILAN.
Ya, anak sulung selalu mengharapkan pengadilan. Ingat kata kunci kita, “BERIKAN HAK KEPADA ANAK SULUNG dan PENUHI KEPERLUAN EMOSINYA yang mahu rasa DIMENANGKAN dan rasa dirinya SAMA PENTING atau LEBIH PENTING dari adiknya.
Dengan tone suara yang tenang dalam jeritan Hanoonah yang nak anak patung Maryam tu, saya bercakap dengan Maryam,
“ALLAHUAKBAR Kakak! Adik berebut ya dengan Kakak?” Saya tanya soalan dengan air muka penuh dramatik , just to make sure Maryam tahu yang saya TAHU dia berada di pihak yang benar. Taktik ini adalah taktik keramat yang akan LENTURKAN EGO dia.
“A’ah Ibu. Adik berebut mainan Kakak ni, ibu tolonglah…” Maryam mengadu, suaranya sedikit tinggi kerana tertekan dan kecewa, mungkin.
“Oh apa yang Ibu nampak, adik hari ni buat perangai tak solehah sebab berebut barang! Kalau macam tu, Ibu kena hantar adik ke rumah Tok Maklah, supaya Tok Mak boleh didik adik jadi anak solehah.” Dengan muka kesal saya explain pada Maryam.
Maryam ini bila dengar adik nak kena hantar kepada Tok Mak, apa lagi. Memang akan menggelabah. Adiklah permata dia, adiklah BFF dia, adiklah segalanya untuk dia! Mana boleh berenggang dengan adik dah!
“Ibu, janganlah hantar adik dekat Tok Mak!” Sambil masih lagi tidak melepaskan mainan, Maryam minta saya ‘reconsider’.
“Tak boleh Kakak, adik buat perangai tak solehah ni, kita kena hantar pada Tok Mak. Biar Tok Mak didik adik JADI ANAK SOLEHAH MACAM KAKAK..” (Perhatikan ayat yang saya tulis dengan tulisan besar.)
“Ye lah Ibu. Ibu tak payahlah hantar Adik. Biar Kakak je yang didik Adik jadi anak solehah. Takpa, takpa. KAKAK NI DAH SOLEHAH, Kakak bagi jelah adik main ni,” (Perhatikan ayat Maryam yang menunjukkan dia langsung TAK RASA KALAH DENGAN MENGALAH).
Dan Maryam pun lepaskan anak patung tu, bagi adik main sendirian tanpa sebarang gangguan lagi.
Adik? Sekelip mata drama air mata dia berubah jadi drama cinta! Tersengih-sengih sebab ‘menang.’
Hakikatnya, kedua-dua anak ini berasa menang. Cuma, ‘DEFINISI KEMENANGAN’ bagi mereka itu berbeza. Adik menang cara lain, Kakak menang cara lain.
Dalam hal ni, adik yang masih belum fully faham tentang emosi, BUKAN WATAK UTAMA kita.
Jaga Hati Anak Sulung
Yang paling PERLU KITA JAGA ialah hati dan perasaan anak sulung ini. Dia sudah besar, dia sudah faham, dia sudah pandai menilai berbanding adik yang keperluan emosinya tidak sekritikal anak yang lebih besar ini.
Kerana itu, dalam situasi berebut ini, SAYA AKAN GUNAKAN AYAT DAN PENDEKATAN YANG MENUNJUKKAN SAYA:
Bila drama perebutan dah habis, selalunya adik akan berlalu dengan ‘kejayaan dan harta rampasan perangnya.’ Dan masa inilah, saya akan peluk dan bercakap-cakap dengan Kakak bahawa dia sudah tunjukkan contoh yang baik, dia anak yang solehah dan segala pengiktirafan ke atas sikapnya yang baik.
Antara dialog paling penting saya gunakan untuk pastikan HUBUNGAN Maryam dan Hanoonah sentiasa baik, adalah dialog, “Kakak, KITA DIDIK ADIK JADI ANAK YANG SOLEHAH YA. Kita didik SAMA-SAMA sampai Adik pun jadi SOLEHAH MACAM KAKAK.. Adik belum faham lagi kan? Dia kecil lagi…”
Dan pada kebanyakan waktu, Kakak akan membalas, “A’ah ibu. KASIHAN ADIK TU, sebab dia kecik lagi. Dia tak pandai lagi jadi solehah. NANTI KAKAK DIDIK ADIK, ok Ibu?”
Allahuakbar, sejuk perut Ibu mengandung bila anak sulung ini selalu volunteer untuk sama-sama membantu saya mendidik adiknya.
Dan hari ini, sudah kira-kira 2 3 bulan saya gunakan taktik dalam tema“MENGAJAK ANAK SULUNG MENDIDIK ADIKNYA MENJADI BAIK SEPERTI DIRINYA.”
Alhamdulillah, kesan yang saya lihat dalam diri Kakak, subhanALLAH, sangat baik.
InshaALLAH, ibubapa yang lain juga boleh gunakan strategi ini.
Pandai-pandailah kita memanipulasi keadaan, gunakan perkataan yang betul dan jadikan SETIAP ADEGAN dalam rumah sebagai MEDAN untuk kita mendidik anak-anak kita dengan sehabis baik cara.
Saya tak beri jaminan, semua ibubapa terus akan mendapat hasil yang cemerlang dengan kaedah ini. Tetapi inshaALLAH saya YAKIN, sedikit sebanyak kaedah ini akan MELENTURKAN ego si anak sulung dan sekaligus menjadikan mereka faham bahawa MEREKA ADALAH PENTING dalam keluarga kita ini, dan mereka SEHARUSNYA menjadi contoh tauladan yang baik untuk adik-adik. Ini hasil yang kita nak buru sebenarnya.
Tahu kah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya! Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah. Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan.
1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.