Menjelang hari-hari terakhir sebelum tarikh jangkaan bersalin, sudah pasti anda menyiapkan semua kelengkapan dan keperluan bayi yang bakal dilahirkan. Malah kelengkapan untuk diri sendiri gunakan semasa berpantang nanti pun, pasti sudah lengkap kesemuanya.

Senarai persiapan saat akhir ini perlu anda tengok juga. Manalah tahu kalau anda belum siapkannya. Jika dibuat sekarang, kelak tidaklah anda kelam-kabut.

1. Cuci pakaian bayi

Biarpun pakaian bayi yang anda belikan untuknya masih baru, anda tetap perlu mencucinya! Hal ini kerana anda tidak tahu bagaimana keadaan baju itu dibuat, disimpan dan dipasarkan sebelum anda membelinya.

6 Persiapan Last Minute Sebelum Bersalin. Ibu Hamil Wajib SemakDalam pada itu, baca label pakaian terlebih dahulu mengenai cara mencuci pakaian itu. Mungkin ada yang perlu dicici dengan air panas atau sekadar sejuk. Jadi, periksa terlebih dahulu.

Gunakan juga bahan pencuci khusus untuk pakaian bayi. Dibimbangi kulit bayi baru lahir kelak menjadi sensitif.

2. Beli pad payudara

IKLAN

Ramai ibu hamil terlepas pandang dengan kepentingan pad ini. Ia sangat penting semasa dalam berpantang kerana payudara mudah mengalami kebocoran semasa atau selepas anda menyusukan bayi.

6 Persiapan Last Minute Sebelum Bersalin. Ibu Hamil Wajib SemakDengan menggunakan pad payudara anda dapat mengatasi masalah susu meleleh, lalu mencemari kebersihan baju yang anda pakai. Hal ini kerana apabila anda menyusukan bayi menerusi sebelah payudara, sebelah payudara lagi akan mengeluarkan susu.

Anda boleh memilih sama ada mahu menggunakan pad payudara boleh basuh atau pakai buang. Namun, ada ibu yang lebih bijak apabila menggunakan bekas penyimpanan susu ibu khas untuk menakung susu yang meleleh. Kemudiannya ia dikumpulkan dan disimpan di dalam botol atau bekas penyimpanan susu ibu untuk digunakan pada masa akan datang.

3. Cuci kelengkapan penyusuan bayi

IKLAN

Semua peralatan penyusuan bayi seperti botol susu, botol penyimpanan susu, puting, rak pengering botol dan yang berkaitan dengannya perlu dcuci dengan sempurna.

Mungkin anda hanya akan gunakan kesemua barang ini semasa mula mahu mengumpul stok perahan susu ibu. Tidak mengapa jika dilakukan daripada awal. Sekurang-kurangnya ia bersih ketika anda perlu menggunakannya nanti.

4. Periksa bateri

Periksa semua kelengkapan dan keperluan bayi yang perlu menggunakan kuasa bateri. Contohnya seperti pam payudara. Jangan nanti, apabila mahui digunakan, barulah anda kelam-kabut mencari bateri. Bukankah nanti akan mengganggu urusan anda yang sepatutnya berjalan dengan lancar pula.

IKLAN

5. Pasang car seat

Jangan ambil mudah tentang hal memasang car seat di dalam kereta. Dibimbangi berlaku kesilapan tanpa disengajakan sehingga boleh mengancam nyawa anak anda ketika menggunakannya. Oleh sebab itu, anda perlu belajar tentang cara-cara memasang car seat dengan betul.

6 Persiapan Last Minute Sebelum Bersalin. Ibu Hamil Wajib SemakSelain belajar cara memasang car seat, anda perlu juga tahu cara membuka semula car seat tersebut. Apabila belajar daripada awal, anda pasti akan terbiasa dengan proses itu nanti.

6. Beg ke hospital

Periksa sekali lagi beg hospital anda. Dikhuatiri ada benda yang belum dimasukkan ke dalamnya. Sebaik-baiknya, buat senarai semak keperluan yang perlu dibawa. Jangan terkurang atau terlebih pula.

6 Persiapan Last Minute Sebelum Bersalin. Ibu Hamil Wajib Semak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI