6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Ads
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ads
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ads
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Memang mencabar tugas membesarkan anak di zaman digital. Apa pun ibu ayah kena ajar anak jadi orang berakhlak supaya bila besar mereka tahu menghormati ibu ayah, cikgu dan orang lain.
Macam-macam kita baca dan dengar kisah tingkah laku anak-anak zaman sekarang yang tak takut melawan ibu bapa dan guru yang membesar dan mendidik mereka.
Di zaman digital ini tak cukup kalau didik anak untuk jadi bijak pandai sahaja kalau akhlak mereka ‘ke laut’. Kepandaian itu boleh dibentuk dan dididik tetapi akhlak kalau dari kecil tidak dititik beratkan memang payah la si anak itu nak jadi orang yang berperibadi mulia.
Mulalah macam-macam video viral kita tengok kelakuan anak-anak sekarang melawan ibu bapa, cikgu, orang tua dan membuli rakan-rakan.
Kes terbaru yang melibatkan Cikgu Azizan, guru sekolah yang disaman oleh ibu bapa murid yang ditampar oleh guru tersebut akibat perbuatan menghidu gam di kawasan sekolah, membuli, memukul murid lain dan ponteng sekolah.
Cikgu Azizan atau nama sebenarnnya Azizan Manap telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menampar pelajarnya yang dikatakan menghidu gam, membuli pelajar lain dan ponteng sekolah. Ibu bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis mendakwa Cikgu Azizan di bawah akta Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Mendidik anak bukan tugas yang mudah tetapi sekiranya kita mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw, InshaAllah impian mempunyai pakej anak yang bijak dan berakhlak mampu menjadi kenyataan. Jom semak apakah tip yang boleh diamalkan.
Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar mengikut pemerhatian mereka iaitu apa yang dilakukan oleh individu di sekeliling terutama ahli keluarga.
1. Cakap lemah lembut dengan anak
Sejak anak lahir ke dunia, biasakan bercakap dengan anak dalam nada yang lemah lembut. Ucapkan perkataan yang baik-baik kerana bayi dan kanak-kanak cepat menyerap apa yang didengarinya dan mudah terikut. Jadi, jika ibu bapa hendak menegur atau memarahi anak, gunalah bahasa yang paling sopan dan bukan yang kesat, kasar dan keras.
2. Biasakan dengar zikir dan selawat
Apabila anak anda sudah mula pandai bercakap, lagi banyak perkataan yang akan diserap masuk ke dalam kotak memorinya. Maka biasakan si kecil mendengar selawat, zikir dan lain-lain amalan yang memuji Allah. Kalau lihat sesuatu yang cantik, ajar anak ucap SubhanaAllah. Selepas makan, ajarkan anak ucap Alhamdulillah dan sebagainya lagi.
3. Ajar anak bercakap benar
Apabila anak membuat kesilapan, ajarnya untuk bercakap benar. Jangan takut untuk mengaku kesalahan. Jangan biasakan anak berbohong semata-mata kerana takut kena marah. Mereka perlu sentiasa diingatkan supaya berani mengaku kesalahan.
Bercakap benar itu penting untuk menjadi anak yang berakhlak. Beritahu anak supaya mencontohi sifat mulia Rasulullah saw yang sentiasa bercakap benar.
4. Ajar adab sopan bercakap dengan orang dewasa
Kalau tak diajar mereka memang tak tahu adab untuk bercakap dengan orang dewasa selain daripada ibu bapa. Sebaik anak masuk ke prasekolah, ibu ayah kena pesan anak supaya hormatkan cikgu dan cakap bersopan santun dengan mereka.
Tanamkan dalam diri anak supaya sentiasa menghormati guru-guru. Walaupun kadang-kala ada perkara yang anda tidak sependapat dengan guru tetapi jangan sekali-kali mengutuk atau membuat komen negatif tentang guru di depan anak anda.
5. Pergaulan dengan kawan sebaya
Kebanyakan anak-anak berusia 2 hingga 6 tahun akan tinggal bersama kawan-kawan di taska, rumah pengasuh dan ke tadika. Ajar anak anda adab bergaul dengan kawan-kawan. Walaupun masih kecil, sentiasa ingatkan mereka supaya berkawan dengan baik, tidak berbangga diri, jangan menyakiti kawan dan mengambil hak orang lain.
6. Mengajar anak adab makan & minum
Percaya tak yang anak sekecil usia setahun sudah boleh mengangkat tangan dan membaca Bismillah (walaupun dia belum tahu membacanya dengan betul) dan duduk setiap kali hendak makan atau minum? Ia bukan perkara mustahil sekiranya anda biasa mengajarnya sejak bayi lagi.
7. Ajar anak jaga kebersihan
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amalan penting yang mesti diajar kepada anak-anak sejak kecil. Anda boleh melatih mereka untuk membuang sampah kecil di dalam tong sampah di rumah, mengutip sisa makanan yang berterabur selepas makan, mengelap air yang tertumpah, memberus gigi sebelum dan selepas tidur, memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul pakaian dan sebagainya lagi bersesuaian dengan peringkat usia anak. Jika dibiasakan mereka tidak akan kekok menjaga kebersihan.
8. Ajar anak adab berpakaian
Semakin membesar, anak-anak mesti akan makin bijak termasuk dalam bab memilih pakaian yang hendak dipakai. Masa ini gunalah peluang yang ada untuk mengajar mereka memilih pakaian yang menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
9. Ajar anak adab masuk dan keluar tandas
Setiap kali anda hendak menukar lampin atau memandikan anak, biasakan membaca doa sebelum masuk dan keluar dari tandas serta melangkah kaki kiri ketika masuk dan kanan ketika keluar dari tandas. Amalan mudah seperti ini akan dicontohi oleh si kecil.
10. Ajar anak adab sebelum tidur
Sebelum tidur, ajar anak adab yang sepatutnya diamalkan oleh mereka seperti membersihkan diri, mengambil wuduk (jika anak sudah besar), membaca doa, menghadap kiblat kemudian barulah diikuti dengan ‘bedtime stories’ untuk mereka.
Anak-anak ibarat kain putih yang bersih. Mereka amanah yang dititipkan oleh Allah kepada ibu bapa. Maka didiklah mereka dengan amalan cara hidup Islam supaya mereka membesar sebagai anak yang bijak dan berakhlak mulia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu dan ayah, tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anak tapi lebih dari itu. Sehinggakan semasa tidur pun kita digalakkan melakukan beberapa perkara untuk merangsang minda separa sedar mereka.
Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi mereka secara keseluruhannya.
Amalan Ketika Anak Sedang Tidur
1) Setiap malam apabila anak tidur kita hendaklah wiridkan Ya Latif (Yang Maha Melembutkan) ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali
2) Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
3) Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita semasa anak tengah tidur tu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Kalau boleh usaplah tangan atau rambutnya agar anak berada dalam keadaan separuh sedar.
4) Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, contohnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak-anak kita.
Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita menjadi anak soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pemandangan: alfurqan74
(Al-Furqan: Ayat 74)
Semoga menjadi amalan seharian kita, dan anak-anak menjadi saham akhirat kita kelak. Amin.
Doktor Selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Ace yang berusia 3 tahun 4 bulan dan disahkan menghidap ‘Mild Autism’.
Menurutnya, dia akur apabila guru di sekolah baru Ace meminta untuk Dr.Say memohon kad OKU buat anak sulungnya itu kerana menurut pendapat guru tersebut, banyak kelebihan dan kemudahan yang Ace bakal dapati daripada kad tersebut.
Dr. Say meluahkan rasa bagi pihak anaknya dan mengundang sebak ramai pengikut di Instagram.
Rata-rata berpendapat pilihan sekolah yang kedua adalah tepat dan sesuai untuk Ace. Ada juga yang berpendapat Ace mungkin lebih gembira jika ditempatkan di sekolah baru.
Pola tidur bayi sering membuat ibu bapa risau apabila anak sukar tidur malam. Ketahui tempoh tidur bayi mengikut usia serta cara melatih pola tidur bayi supaya anak tidur lebih lena.