Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpula namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Sibuk Mama Papa ‘pancing’ anak datang kepada mereka
Acara yang diadakan pada 3 Ogos 2019 bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 209 bertempat di SACC Convention Centre ini nyata meriah dan menggamatkan suasana di pentas utama pada hari itu. Tema pada tahun ini, adalah superhero dan kesemua peserta begitu comel dalam persalinan adiwira mereka.
Mogok, tak mahu merangkak nampaknya dik…
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 60 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Ads
Semua get ready okay!
Pertandingan ini yang terbahagi kepada enam pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada enam grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, Sweet Captain America dan Charming Black Widow. Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 12 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Ads
Turut hadir Pengarah Urusan Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta Dazrin Kamaruddin, pelakon dan juga Juara Fear Factor merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Para pemenang bergambar kenangan bersama Editor Pengurusan, Pn. Wan Erni dan Editor Pa&Ma, Pn. Hasnita
Pemenang-pemenang Pa&Ma Merangkak Race 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Muhammad Nazran Rayyan Nor Nasrin, Naib Juara, Muhammad Aidil Naufal Mohd Hamely, dan Tempat Ketiga, Adrianne Nur Al-Amin manakala dua bayi saguhati adalah Aisy Zill Yusuf Mohd Fazreen dan Nur Auni Saffiya Mohamad Shadan.
Ads
Acara ini turut dijayakan oleh para penaja hadiah iaitu Grolier, Chomel Baby dan Style Charming serta baucer dari butik bayi Baby Valet untuk dua pemenang kategori khas, Baby Merangkak in Style. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya bergelar ibu! Bagi yang bakal melahirkan tentu tidak sabar menghitung hari menanti kehadiran permata hati. Sudah bermacam perkara dirancang buat si kecil dan pelbagai persediaan dilakukan bagi menyambut kelahirannya. Tidak dinafikan, ada kalanya kita lebih banyak berbelanja barang keperluan anak berbanding barang peribadi. Tetapi ibu harus ingat, barang keperluan selepas bersalin juga perlu diberi perhatian termasuk peralatan penyusuan susu ibu.
Bagi memastikan semua barang keperluan ibu dan bayi tidak ada yang tercicir, anda digalakkan membuat senarai semak atau checklist. Waktu sesuai membuat persediaan apabila usia kandungan menjangkau enam bulan. Anda boleh membeli sedikit demi sedikit mengikut bajet yang telah dirancang. Barangan bayi nampak cantik dan penting. Tapi harus diingat, letak keutamaan kepada apa jenis barangan yang diperlukan agar belian anda berbaloi. Jadi, tiba masanya untuk anda ‘usha’ ekspo bayi yang biasanya menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga biasa.
Bagi yang tinggal di sekitar Lembah Klang, ekspo bayi terdekat yang bakal berlangsung ialah:
TCE BABY EXPO
Tarikh : 21-23 Ogos 2015 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)
Masa : 10am – 9pm
Masuk: PERCUMA
Jadi, ini antara masanya untuk anda mendapatkan keperluan barangan bayi dan ibu yang sudah ada dalam checklist anda! Lebih menarik eskpo ini menawarkan lebih ganjaran dan lebih jimat bagi memastikan setiap pembelian anda berbaloi. Ada lebih 150 gerai dan 500 jenama boleh dipilih dan ada di antaranya menawarkan diskaun sehingga 75%! Malah semua pengunjung juga berpeluang dapat Photobook Percuma berharga RM79.90 setiap satu, 10,000 biji mug dan goodies percuma!
ANTARA KEPERLUAN BAYI (selain pakaian) YANG DIPERLUKAN:
Jangan lupa reserve tarikh 21 Ogos hingga 23 Ogos ini untuk berkunjung ke TCE Baby Expo di SACC Convention Centre Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Sediakan senarai semak dan bawa ia bersama anda!
Jangan lupa sertai peraduan ini:
BUY & FREE masa ekspo nanti kalau berbelanja lebih RM RM150 dalam satu resit. Hadiah Safebies Home Safety Mini Kit bernilai RM69.90 hingga RM89.90 bagi 4,000 ibu terawal!!
FILL-IN & WIN
JAWAB SOALAN MUDAH DI BAWAH & MENANG HADIAH BERJUMLAH lebih RM3000 tajaan TCE (The Concept Exhibition)!
Soalan 1 : Bila dan di mana TCE Baby Expo berlangsung?
Soalan 2 : Berapakah jenama barangan bayi, kanak-kanak dan ibu yang ditawarkan di Maternity & Children Expo ini?
Soalan 3 : Reka slogan paling kreatif tidak lebih 15 patah perkataan. BAGAIMANA PA&MA MEMBANTU SAYA MEMBUAT PERSIAPAN SEBAGAI IBU?
Soalan 4: E-melkan sekeping gambar aksi ceria anda dan anak (usia 6 tahun ke bawah).
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 23 OGOS 2015 (AHAD)
E-mel jawapan anda ke: pamagrup@gmail.com .
Tulis pada subject emel : PERADUAN TCE/PAMA
Sertakan butir-butir diri anda dalam emel tersebut:
Nama:
Alamat:
No telefon:
Pekerjaan:
No Kad Pengenalan:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kumpulan Avisena membuka Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena menjadikannya hospital pakar swasta terbesar untuk wanita dan kanak-kanak di Malaysia dengan kemudahan 133 katil dan 52 doktor pakar.
Upacara perasmian disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut hadir ialah Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menteri Besar Selangor, Tuan Amiruddin Shari turut hadir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Datuk Dr Omar Abdul Hamid berkata hospital ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dibuka kepada orang ramai Mei 2019 lalu.
BERKONSEPKAN HOTEL BUTIK
Konsep hotel butik yang memberikan layanan peribadi kepada pesakit disamping kemudahan empat buah dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) mesra kanak-kanak yang lengkap, Unit Kritikal Untuk Bayi (NICU) dan Unit Separa Kritikal (HDU). Pembukaan hospital ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap pemberian rawatan untuk wanita dan kanak-kanak di negeri ini.
KEPAKARAN O&G LENGKAP BUAT WANITA, REMAJA & KANAK-KANAK
“Hospital Pakar Wanita & Pakar Kanak-Kanak ini bukan sahaja dilengkapkan dengan teknologi dan peralatan perubatan terkini, bahkan ia juga turut menyediakan kepakaran dalam bidang obstetrik dan ginekologi serta kepakaran tambahan seperti gineonkologi, ginekologi kanak-kanak dan remaja, uroginekologi dan ubat-ubatan fetomaternal (janin dalam kandungan ibu); pusat infertiliti, pediatrik umum dengan kepakaran tambahan dalam kardiologi, gastroenterologi, ENT dan dermatologi.
PUSAT PEDIATRIK TAWAR PERKHIDMATAN MENYELURUH
“Pusat pediatrik juga menawarkan kepakaran dalam neonatalogi, pembedahan pediatrik dengan kepakaran tambahan dalam prosedur laparoskopi, ortopedik dan pengurusan kesan terbakar di samping perkhidmatan gigi pediatrik secara menyeluruh,” kata beliau dalam majlis pembukaan di samping memaklumkan bidang aestetik dan plastik akan ditawarkan dalam masa terdekat.
SEPERTI BERADA DI RUMAH
Direka khusus untuk wanita dan kanak-kanak, hospital ini mewujudkan sebuah bilik khas untuk ibu pesakit pediatrik yang dipanggil Anjung Bonda. Bilik ini khas untuk para ibu berehat dan memulihkan diri. Tidak seperti bilik bersalin di hospital lain, bilik bersalin di Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena direka bagi mewujudkan rasa tenang, nyaman dan seperti berada di rumah.
KITTY SCANNER & SUITE DENGAN PEMBANTU
Untuk mengelakkan rasa takut pada kanak-kanak ketika menjalani prosedur radiologi, sebuah mesin pengimbas olok-olok dipanggil kitten scanner disediakan. Hospital juga mewujudkan sebuah taman permainan di atas bumbung bangunan dan bilik mainan dengan alat permainan terapi di setiap wad pediatrik.
Di tingkat 11 pula terdapat ruang santai, Sutera Lounge, bilik menunggu yang boleh digunakan oleh pesakit dan pelawat. Avisena mempunyai sejumlah 16 bilik suite dan bilik eksekutif yang lengkap dengan khidmat seorang pembantu.
PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK TERMODEN SEDANG DIBANGUNKAN
Datuk Dr Omar juga berkata Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena dalam peringkat terakhir menyiapkan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak termoden bersifat sehenti yang menyediakan khidmat penilaian dan penghantaran untuk kanak-kanak dengan keperluan khas termasuk Pakar Perkembangan Kanak-Kanak, Pakar Terapi Pertuturan, Pakar Terapi Occupational, Psikologis Klinikal, Pakar Pemakanan, Pakar Terapi Permianan serta kelengkapan Bilik Sensori/ Snoezelen yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.
TERUS TEROKAI PELANCONGAN KESIHATAN
Beliau berkata Kumpulan Avisena akan terus menerokai industri pelancongan kesihatan dan menarik pelancong terutamanya dari Australia, Indonesia dan Asia Barat dengan kerjasama Hotel Marriot. Ini termasuk pembinaan hospital dengan 250 katil di Lembah Klang dan memperluaskan rangkaiannya di beberapa buah lokasi di Selangor pada masa hadapan. Kumpulan ini juga berharap untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa tempoh 3 tahun dari sekarang.
SUMBANGAN RM25K UNTUK 2 PEMBEDAHAN PESAKIT KANAK-KANAK
Dalam majlis pelancaran ini, Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena menaja sepenuhnya kos dua pembedahan berjumlah RM25, 000 yang dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia lima tahun bagi prosedur laparoskopi (inguinal hernia) dan pembedahan klef lelangit bagi bayi berusia 10 bulan. Ibu bapa kedua-dua pesakit hadir bagi menerima cek.
Kumpulan Avisena turut mempunyai sebuah lagi Hospital Pakar Avisena yang memuatkan 118 katil dengan jarak hanya kira-kira 200 meter daripada Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik buat parents to be dan ibu ayah yang mahu mendapatkan barangan keperluan bayi. Pada 2-4 Ogos 2019, akan berlangsungnya Pa&Ma Baby Fiesta bertempat di SACC Convenction Centre. Terdapat lebih daripada 100 vendor dari jenama diyakini yang akan membuat jualan dengan tawaran harga istimewa. Diskaun kaw-kaw!
Fiesta bayi ini buat julung kali dianjurkan oleh NU Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama majalah Pa&Ma bagi menghargai sokongan pembaca dan pihak -pihak yang pernah bekerjasama dengan majalah ini. AXA AFFIN, Boost App dan Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital merupakan penaja bersama untuk fiesta ini dan menawarkan pelbagai pakej serta aktiviti menarik ketika berlangsungnya acara ini.
Tahukah anda, AXA AFFIN merupakan syarikat insurans hayat pertama yang menawarkan pelan kad perubatan online? Anda boleh mendapatkan pelan perubatan serendah RM37 sebulan. Menarik kan! Terdapat juga permainan dan hadiah menarik menanti anda. Jadi jangan lupa untuk kunjungi booth AXA AFFIN.
Siapa yang tidak tahu akan Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital? Sebuah hospital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan untuk wanita dan kanak-kanak yang diyakini. Pada 2 Ogos 2019 nanti, bertempat di pentas utama, Avisena Specialist Hospital akan membuat demonstrasi penyediaan makanan dan snek sihat untuk anak.
Demonstrasi ini akan dikelolakan oleh Pakar Pemakanan hospital itu, Cik Siti Nurhayati. Pada 4 Ogos 2019 pula, bakal ibu boleh datang untuk mempelajari tentang teknik pernafasan ketika bersalin. Taklimat ini akan disampaikan oleh Ahli Fisioterapi hospital ini, Pn. Kaiyisah.
Jadikan fiesta ini lebih meriah dan penuh ganjaran dengan membeli-belah tanpa tunai bersama Boost App! Boost merupakan aplikasi e-Dompet Malaysia yang mudah, selamat dan pantas. Nikmati fiesta Pa&Ma sepenuhnya tanpa perlu risau jika anda tidak membawa wang tunai yang mencukupi atau perlu mencari mesin ATM. Hanya imbas dan bayar melalui telefon pintar anda dan nikmati pulangan tunai melalui Shake Rewards.
Di samping itu, anda dapat menikmati pulangan tunai sehingga RM10 bagi perbelanjaan terkumpul RM150 pada hari yang sama. Anda hanya perlu mengunjungi booth Boost (booth 084) dan cuba nasib anda dalam permainan ring toss atau putar roda untuk meraih ganjaran sebanyak RM5, RM8 atau RM10 bagi perbelanjaan anda! Penebusan adalah terhad kepada satu kali bagi setiap pengguna.
Dengan lebih daripada 90,000 titik jualan peniaga, menggunakan Boost adalah mudah dimana-mana sahaja. Anda juga dapat menggunakan aplikasi Boost untuk pembayaran bil, tambah nilai pra bayar, menderma kepada institusi keagamaan dan rumah amal berdaftar, bayar parkir dan pelbagai lagi. Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Boost melalui App Store atau Google Play sekarang!
Selain membeli-belah dan merebut peluang untuk mendapatkan diskaun terhebat, anda juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain sesi meet and greet dengan selebriti terkenal seperti Datin Fouziah Ghous, Mawar dan Raf, Dazrin serta banyak lagi, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma.
Pada 2 Ogos 2019, akan dianjurkan sebuah seminar penyusuan dengan para panel seperti Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan & Sakit Puan serta dua lagi pakar bertauliah. Seminar pada hari tersebut bakal mengupas topik keberkesanan penyusuan ibu dalam membentuk anak-anak berjaya.
Beralih pula kepada 3 Ogos 2019, Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race bagi bayi dalam lingkungan lapan ke 12 bulan. Seramai 50 peserta akan menyertai pertandingan ini. Menariknya, hadiah untuk Merangkak Race adalah wang tunai! Pada hari ini juga akan berlangsung majlis pelancaran komuniti Moms To Be Pa&Ma.
Komuniti ini mensasarkan golongan ibu mengandung terutamanya yang hamil buat kali pertama. Selain itu, banyak aktiviti lain yang boleh anda sertai di booth Pa&Ma. Salah satu daripadanya adalah permainan Roda Impian yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan untuk dimenangi.
Pada 4 Ogos pula, Superhero Junior Gader akan diadakan. Seramai lebih kurang 100 orang kanak-kanak berusia daripada lapan ke 12 tahun akan menyertai aktiviti ini. Pasti meriah kerana dewan akan dipenuhi anak-anak berpakaian seperti adiwira.
Juga ada permainan Roda Impian pada hari Ahad tetapi hanya untuk pemenang Grand Finale. Terdapat 10 hadiah istimewa untuk dimenangi. Antaranya adalah basikal, stroller, car seat, tiket percutian dan banyak lagi. Nak tahu apa hadiahnya , anda kena datang dan putar sendiri okay?
Pa&Ma mengharapkan kedatangan anda semua bagi memeriahkan acara kami yang bakal berlangsung sepanjang tiga hari ini. Bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam, banyak tawaran menarik yang disediakan para peniaga. Bahkan kami di team Pa&Ma juga akan setia menanti anda di booth kami. Banyak hadiah yang mahu kami kongsikan dengan anda, jadi jangan fikir-fikir dah. Tetapkan tiga tarikh ini dalam planner anda untuk berjumpa kami di Pa&Ma Baby Fiesta ini. Jumpa anda di sana!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!