Kumpulan Avisena membuka Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena menjadikannya hospital pakar swasta terbesar untuk wanita dan kanak-kanak di Malaysia dengan kemudahan 133 katil dan 52 doktor pakar.
Upacara perasmian disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut hadir ialah Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menteri Besar Selangor, Tuan Amiruddin Shari turut hadir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Datuk Dr Omar Abdul Hamid berkata hospital ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dibuka kepada orang ramai Mei 2019 lalu.
BERKONSEPKAN HOTEL BUTIK
Konsep hotel butik yang memberikan layanan peribadi kepada pesakit disamping kemudahan empat buah dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) mesra kanak-kanak yang lengkap, Unit Kritikal Untuk Bayi (NICU) dan Unit Separa Kritikal (HDU). Pembukaan hospital ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap pemberian rawatan untuk wanita dan kanak-kanak di negeri ini.
KEPAKARAN O&G LENGKAP BUAT WANITA, REMAJA & KANAK-KANAK
Ads
“Hospital Pakar Wanita & Pakar Kanak-Kanak ini bukan sahaja dilengkapkan dengan teknologi dan peralatan perubatan terkini, bahkan ia juga turut menyediakan kepakaran dalam bidang obstetrik dan ginekologi serta kepakaran tambahan seperti gineonkologi, ginekologi kanak-kanak dan remaja, uroginekologi dan ubat-ubatan fetomaternal (janin dalam kandungan ibu); pusat infertiliti, pediatrik umum dengan kepakaran tambahan dalam kardiologi, gastroenterologi, ENT dan dermatologi.
PUSAT PEDIATRIK TAWAR PERKHIDMATAN MENYELURUH
“Pusat pediatrik juga menawarkan kepakaran dalam neonatalogi, pembedahan pediatrik dengan kepakaran tambahan dalam prosedur laparoskopi, ortopedik dan pengurusan kesan terbakar di samping perkhidmatan gigi pediatrik secara menyeluruh,” kata beliau dalam majlis pembukaan di samping memaklumkan bidang aestetik dan plastik akan ditawarkan dalam masa terdekat.
SEPERTI BERADA DI RUMAH
Ads
Direka khusus untuk wanita dan kanak-kanak, hospital ini mewujudkan sebuah bilik khas untuk ibu pesakit pediatrik yang dipanggil Anjung Bonda. Bilik ini khas untuk para ibu berehat dan memulihkan diri. Tidak seperti bilik bersalin di hospital lain, bilik bersalin di Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena direka bagi mewujudkan rasa tenang, nyaman dan seperti berada di rumah.
KITTY SCANNER & SUITE DENGAN PEMBANTU
Untuk mengelakkan rasa takut pada kanak-kanak ketika menjalani prosedur radiologi, sebuah mesin pengimbas olok-olok dipanggil kitten scanner disediakan. Hospital juga mewujudkan sebuah taman permainan di atas bumbung bangunan dan bilik mainan dengan alat permainan terapi di setiap wad pediatrik.
Di tingkat 11 pula terdapat ruang santai, Sutera Lounge, bilik menunggu yang boleh digunakan oleh pesakit dan pelawat. Avisena mempunyai sejumlah 16 bilik suite dan bilik eksekutif yang lengkap dengan khidmat seorang pembantu.
Ads
PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK TERMODEN SEDANG DIBANGUNKAN
Datuk Dr Omar juga berkata Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena dalam peringkat terakhir menyiapkan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak termoden bersifat sehenti yang menyediakan khidmat penilaian dan penghantaran untuk kanak-kanak dengan keperluan khas termasuk Pakar Perkembangan Kanak-Kanak, Pakar Terapi Pertuturan, Pakar Terapi Occupational, Psikologis Klinikal, Pakar Pemakanan, Pakar Terapi Permianan serta kelengkapan Bilik Sensori/ Snoezelen yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.
TERUS TEROKAI PELANCONGAN KESIHATAN
Beliau berkata Kumpulan Avisena akan terus menerokai industri pelancongan kesihatan dan menarik pelancong terutamanya dari Australia, Indonesia dan Asia Barat dengan kerjasama Hotel Marriot. Ini termasuk pembinaan hospital dengan 250 katil di Lembah Klang dan memperluaskan rangkaiannya di beberapa buah lokasi di Selangor pada masa hadapan. Kumpulan ini juga berharap untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa tempoh 3 tahun dari sekarang.
SUMBANGAN RM25K UNTUK 2 PEMBEDAHAN PESAKIT KANAK-KANAK
Dalam majlis pelancaran ini, Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena menaja sepenuhnya kos dua pembedahan berjumlah RM25, 000 yang dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia lima tahun bagi prosedur laparoskopi (inguinal hernia) dan pembedahan klef lelangit bagi bayi berusia 10 bulan. Ibu bapa kedua-dua pesakit hadir bagi menerima cek.
Kumpulan Avisena turut mempunyai sebuah lagi Hospital Pakar Avisena yang memuatkan 118 katil dengan jarak hanya kira-kira 200 meter daripada Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah mestilah menjadi lokasi yang selamat dan bersih untuk anak. Oleh kerana si kecil lebih banyak menghabiskan masa di rumah, maka menjadi tanggungjawab ibu ayah menyediakan persekitaran yang selamat untuk si manja bernafas, bereksplorasi dan berkreatif.
Pastikan persekitaran yang bersih supaya anak selesa bernafas
Bayi dan kanak-kanak mudah alah pada bahan cemar udara kerana saiz badan mereka yang masih kecil serta sistem imun badan yang belum kuat sepenuhnya.
Si kecil perlu mengeksplorasi untuk belajar tapi pastikan ia selamat!
Seronok lihat bayi sudah pandai merangkak dan berminat mengekplorasi persekitarannya. Banyak objek di dalam rumah yang menarik perhatian si manja. Tapi awas, lagi banyak mereka meneroka lagi tinggi risiko dijangkiti kuman.
Anak bebas berkreatif tanpa anda risau rumah comot dan kotor!
Kebebasan menghasilkan karya kreatif dapat membantu merangsang kemahiran motor dan koordinasi tangan anak anda. Namun, tentu ramai ibu ayah yang ‘sakit mata’ tengok hasil kreativiti anak pada dinding rumah.
Kalau anda sedang tercari-cari penyelesaian untuk memastikan anak-anak bernafas dalam persekitaran bersih, bebas mengeksplorasi dengan selamat dan boleh berkreatif tanpa halangan, bolehlah cuba
Rangkaian Nippon Paint Mesra Kanak-kanak yang ada 3 teknologi unik memenuhi keperluan setiap fasa tumbesaran anak iaitu:
Active Carbon Technology yang menyerap formaldehid berbahaya dan menukarkan udara lebih segar supaya bayi selamat bernafas.
Silver Ion Technology menjadikan rumah selamat diteroka oleh si manja kerana menghalang penyebaran virus-virus dan bakteria-bakteria berbahaya pada dinding.
Anti-Stain Technology membuatkan si kecil bebas berkreativiti kerana dinding mudah dibersihkan semula.
Rangkaian Nippon Paint Mesra Kanak-Kanak terdiri daripada 3 teknologi unik yang memenuhi keperluan setiap fasa tumbesaran anak anda.
Udara bersih
Anti formaldehid dengan Active Carbon Technology.*
Bayi banyak menghabiskan masa di dalam rumah dan mereka juga paling sensitif kepada bahan kimia dan punca alahan dalam udara persekitaran. Dengan Active Carbon Technology yang menyerap formaldehid berbahaya dan menukarkan udara lebih segar supaya bayi selamat bernafas.
Eksplorasi Selamat
Anti-viral dan anti-bacterial dengan Silver Ion Technology
Kanak-kanak yang sedang belajar berjalan menyentuh setiap permukaan di rumah untuk berdiri lebih stabil. Kini si manja boleh bereksplorasi dengan selamat, kerana Silver Ion Technology menghalang penyebaran **virus-virus dan bakteria-bakteria berbahaya pada dinding.
Perak adalah antara antimikrobial semula jadi tertua di dunia. Ia menghalang pertumbuhan mikroorgannisma seperti virus, bakteria, kulapuk dan kulat.
Kreativiti
Kuasa pembersihan bagus dengan Anti-Stain Technology
Bila kanak-kanak mula ekspresikan kreativiti, dinding bagaikan kanvas besar untuk mereka menconteng. Dengan teknologi tersebut, mereka bebas berkreativiti kerana dinding kini mudah dibersihkan semula.
Mudah membersihkan kesan contengan atau kotoran sisa makanan seperti krayon, pensil warna, jus, sos dan lain-lain.
Lapisan filem cat tidak rosak walaupun selepas 10,000 sentalan. ***
*Fungsi ini hanya terdapat di dalam Odour-less AirCare.
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS), pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Velocity Mall pada 2 Oktober 2022 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tema BMS 2022 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 51 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada 11 pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada lima grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, dan Sweet Captain America.
Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 11 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Emy Haznida serta pelawak terkenal Bell Ngasri merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2022 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Hadif Hayyan (09), Naib Juara Jebat Zulfaqar (38), dan Tempat Ketiga, Muhammad Ayden (33) Yusuf manakala dua bayi saguhati adalah Muhammad Malique Izzuddin (36) dan Dhia Hanania Mohd Azam (34).
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM250, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM150. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang juga menerima hamper tajaan Kueh dan goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri dimenangi oleh peserta bernombor 30, Adib Amsyar. Kategori Khas ini membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM200 dan goodies bag dari Pa&Ma dan Simpan SSPN.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa kuat, namun bagi Syasya, bekas anggota kumpulan Dolla, pengalaman pertama mengandung membawa cabaran besar.Ketika kandungannya baru...