Mana-mana ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata pasti teruja mahu membeli-belah keperluan dan kelengkapan yang bakal digunakan oleh si anak nanti. Antara barang yang dibeli termasuklah pakaian, kelengkapan mandian, lampin dan sebagainya. Tidak lupa juga peralatan lain seperti katil, car seat, stroller dan lain-lain.
Persoalannya, perlukah semua barang ini dibeli dalam satu masa? Jawapannya, tidak semuanya perlu dibeli sebelum bayi lahir. Boleh tangguh dahulu.
Rancanglah pembelian. Tambahkan peralatan selepas mendapati diri anda atau bayi sangat memerlukannya. Malah, kalau tiada keperluan untuknya, langsung ia tidak perlu dibeli. Lebih menjimatkan!
Baby cot
Katil bayi terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis. Biasanya baby cot diperbuat daripada kayu. Rekaannya dihasilkan mengikut peringkat umur bayi.
Baby cot biasanya sesuai untuk bayi selepas lahir sehingga umurnya enam bulan. Katil seperti ini tidak lagi selamat selepas bayi sudah pandai merangkak.
Walau bagaimanapun, jika berkeinginan mengasingkan bayi semasa dia tidur, anda disarankan membeli katil bayi yang boleh digunakan sehingga bayi berumur dua tahun agar lebih jimat.
Baby bouncer (kerusi goyang bayi)
Bayi yang baru lahir tidak digalakkan untuk digoyang atau dihenjut kerana perbuatan ini boleh menggegarkan otak dan boleh menyebabkannya tercedera tanpa anda sedari.
Ads
Adalah lebih baik jika anda hanya membaringkan bayi yang baru lahir di atas tilam bayi sahaja. Tangguh dahulu pembelian baby bouncer. Apabila anak sudah besar sedikit, barulah anda boleh menggunakannya. Namun, tidak digalakkan untuk menghenjut atau menggoyangkannya terlalu kuat ya.
Stroller
Dalam kebanyakan barang keperluan bayi, stroller merupakan antara yang mahal harganya. Harga kereta sorong bayi bergantung kepada rekaan dan jenama. Lebih canggih rekaan, lebih tinggi harganya.
Dapat dilihat kebanyakan ibu bapa gemar membeli stroller sejak bayi belum lahir lagi. Bayi yang baru lahir, sebaik-baik didukung agar dia merasai kehangatan tubuh ibu atau bapa dan dapat mendengar denyutan jantung anda. Oleh yang demikian, dia berasa lebih selamat.
Setelah bayi bertambah umur, barulah anda membelinya. Itu pun jika anda kerap keluar bersiar-siar atau membeli belah.
Ads
Buaian bayi
Sesetengah ibu bapa gemar menggunakan buaian untuk menidurkan bayi. Hal ini kerana ada anggapan bahawa buaian sangat membantu bayi untuk tidur.
Sebenarnya, penggunaan buaian bayi tidak dibenarkan kerana terdapat banyak kes kemalangan yang berlaku akibat penggunaannya. Antaranya ialah bayi jatuh dari buaian.
Kerusi makan bayi
Kerusi makan bayi hanya berguna semasa waktu makan. Bayi anda baru laihir! Dia hanya akan menggunakan pada usia enam bulan dan ke atas.
Ads
Playpen
Kelengkapan ini hanya akan berguna apabila bayi sudah pandai bermain. Anda boleh beli playpen selepas bayi mula belajar merangkak. Semasa dia bermain, letakkan dia di dalam playpen agar dia tidak sewenang-wenangnya memasukkan barang-barang terlarang ke dalam mulut semasa mengutipnya di atas permukaan lantai.
Walker
Walker dipercayai boleh membantu bayi untuk belajar berjalan. Akan tetapi, sekiranya bayi diletakkan di dalam walker terlalu awal, bayi akan cenderung untuk melangkaui proses pertumbuhan semula jadinya seperti merangkak dan bertatih.
Malah, penggunaan walker tidak digalakkan kerana boleh mengundang bahaya kepada bayi jika tidak dipantau oleh orang dewasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi khabar gembira apabila isterinya Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.
Lain sangat pembawakan ‘hero’
Menerusi perkongsian video di Instagram, Hafiz yang juga pengasas jenama Aaina Beauty dan Aaina Clinic berkata isterinya mengalami beberapa simptom hamil yang agak teruk bagi kehamilan kali ini.
Malah, Hafiz turut memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi yang sudah diberi nama sebagai Rayqal.
“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat
“Lately ini, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya.” kongsi Hafiz.
Dari dulu, kalau isteri pregnant. Saya promise dekat dia, saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup.
Bawa semangat anak
Bagaimanapun, Hafiz terpaksa meninggalkan Aina buat seketika kerana terlibat komitmen kerjayanya dan bertemu dengan usahawan-usahawan di bawah syarikat mereka. Di kesempatan itu, usahawan ini turut berharap agar Aina akan terus kuat mengharungi fasa kehamilan.
“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa & train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun & saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nanti pun saya berada di Indonesia.
“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya.
“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ini.
“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik” katanya.
Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 4 tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira empat bulan lagi, pasangan Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata ketiga.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mendedahkan isterinya, Datin Almy Nadia mengalami alahan kepada bau-bauan dan makanan sehingga sekarang.
Sarat hamil lima bulan, Almy dijangka melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 22 Disember ini.
“Bayangkan dia mengalami alahan dengan bau busuk, bau wangi dan bau makanan. Sejak mengandung ini, Almy makan sedikit sahaja.
“Sebagai suami, ia memberi kerisauan kepada saya kerana berat badannya juga tidak konsisten,” kata Fizz.
Dalam pada itu, Fizz turut mendedahkan berat badan Almy turun mendadak iaitu daripada 80 kilogram sehingga 70 kilogram.
“Berat badan Almy kena kekal dalam lingkungan 80 kilogram, kalau tidak, ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam perut.
“Walaupun Almy masih mengalami alahan tetapi dia tetap berkeras ingin menjaga sendiri dua puterinya,” jelasnya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pasangan itu turut memiliki dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.
Sumber: ig Fizz Fairuz & Almy Nadia/astro gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mahu ada zuriat sendiri? Disebabkan itulah setiap pasangan wajar berusaha untuk memperoleh anak secepat yang mungkin.
Salah satu usaha untuk memiliki anak dengan waktu yang lebih cepat adalah dengan rawatan IVF.
Dr. Tee Swi Peng, Senior O&G Consultant, Fertility Specialisr Clinical Assistant Professor of Metro IVF berkongsi persediaan dan langkah awal bagi pasangan yang ingin menjalani IVF.
Menurut Dr Tee Swi Peng, masa paling sesuai adalah mendapatkan rawatan IVF adalah selepas satu tahun menunggu untuk hamil.
Jika baru sahaja berkahwin, iaitu selama sebulan dan selebihnya pasangan dinasihatkan untuk menunggu terlebih dahulu.
Namun ia berbeza bagi pasangan yang sudah berusia lebih 35 tahun, boleh datang seawal usia enam bulan berkahwin.
Proses ini akan mengambil masa yang agak lama dan kebiasaannya ia bermula dengan sejarah dan rawatan atau masalah ketidaksuburan sebelum ini.
Rawatan awal masalah ketidaksuburan
* Ambil darah dan periksa air mani.
* Pemeriksaan HSG untuk melihat samada tiub tersumbat atau tidak.
* Kenalpasti masalah pasangan dan sediakan rawatan sesuai.
* Pengambilan ubat Clomiphene untuk merangsangkan ovari dan seterusnya mengeluarkan telur.
* Jika pasangan masih gagal hamil, rawatan IUI diperkenalkan terlebih dahulu dimana sperma terbaik diambil dan kemudiannya dirangsangkan pada telur yang matang.
Rawatan IVF antara yang disarankan seterusnya untuk pasangan namun ia melibatkan tempoh masa yang agak lama dan kos yang tinggi.
5 langkah awal bagi pasangan yang ingin menjalani rawatan IVF ini.
* Telur dirangsang sebaiknya dari jumlah lima telur hingga 15 telur terbaik.
* Di dalam makmal, telur isteri akan disenyawakan dengan sperma bagi proses persenyawaan berlaku melalui ICSI.
* Sperma terbaik pula akan dipilih untuk disuntik ke dalam telur.
* Telur yang disenyawakan ini akan membahagi menjadi embrio daripada dua sel ke seterusnya dan kemudiannya dipindahkan ke dalam rahim.
* Proses menunggu adalah selama 14 hari sebelum keputusan diketahui samada hamil atau pun tidak.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Siapa sangka, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram—yang sinonim dengan gaya serius sebagai juri program realiti—kini tular di TikTok apabila...