Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan berjaya, Kieda yang mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga selepas hamper lima tahun menunggu.
Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kieda memberitahu dia sudah melakukan ujian kehamilan dan hasilnya ternyata positif.
“Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan.
“Lima tahun tunggu,” kongsinya menerusi video itu.
Ads
Tambah Kieda lagi menerusi kapsyennya, dia juga terasa seakan bermimpi bila impiannya dan suami untuk menambah zuriat mereka akhirnya dimakbulkan Allah.
“Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi,” tulisnya di kapsyen.
Usahawan crepe yang cukup terkenal ini juga sempat membuat kejutan buat suaminya bagi berkongsi khabar gembira itu.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Kieda dan suami malah mendoakan segala urusan Kieda sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah.
Keguguran berulang bukan disebabkan oleh keadaan mama (isteri) sahaja, banyak faktor lain yang menjadi punca. Suami dan ahli keluarga kena faham!
Keguguran berulang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia sering kali dihadapi wanita yang mendambakan zuriat yang tak kunjung tiba. Jangan risau, kerana ada rawatan dan sokongan boleh diberikan untuk mengelakkan ia berulang lagi.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan, masalah ini sering terjadi kepada kandungan yang berusia 24 minggu ke bawah.
DEFINISI KEGUGURAN
Apakah keguguran ?
Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal.
KEGUGURAN BERULANG
Apakah keguguran berulang-ulang ?
Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat
11 FAKTOR MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN BERULANG
Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan?
Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.
Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan
UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.
ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan
FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.
PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun
PERKEMBANGAN BAYI TIDAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.
JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.
BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran
KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.
FAKTOR IMUN (Immune Factors)
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.
Berat badan berlebihan
Merokok, pengambilan kafein dan alkohol secara berlebihan.
risiko berlakunya keguguran BERULANG meningkat APAbila terjadinya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut berisiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.
DOKTOR AKAN MENYIASAT
Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang melalui ujian-ujian berikut iaitu:
RAWATAN
Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.
Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan daripada awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga ke hujung kehamilan.
Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat selebriti, Azrinaz Mazhar Hakim yang mengumumkan kehamilan keempatnya semalam.
Melalui instagramnya, Azrinaz menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya dengan turut berkongsi beberapa keping gambarnya ketika sesi fotografi diadakan.
Katanya lagi, perkongsian ini bukanlah trowback sambil mengesahkan kehamilannya yang kini sudah berusia tujuh bulan.
” Ini bukan throwback. Apa yang anda sedang lihat sedang berlaku sekarang.
” Merah jambu atau biru, apapun ini adalah anak saya nombor empat,” begitu kongsi Azrinaz.
Malah kata bekas personaliti televisyen ini lagi, dia kini sudah pun memasuki minggu ke 30 kandungannya.
Dengan turut berkongsi beberapa keping gambarnya memakai sepersalinan dress putih untuk sesi fotografinya, Azrinaz tampil cukup berseri-seri, aura ibu hamil.
” Saya sekarang hamil tujuh bulan atau lebih tepat lagi, 30 minggu.
” Alhamdulillah syukur. Allah mengurniakan saya dan suami sekali lagi peluang untuk kami memiliki zuriat pada usia begini, ” tulisnya lagi yang terharu dengan rezeki yang dilimpahkan Allah.
Malah ibu kepada Areesya Malaykha ini juga tidak menyangka rezeki untuk hamil lagi dalam masa terdekat memandangkan usia Malaykha kini baru berusia dua tahun.
” Saya tak sangka akan hamil lagi dalam jarak terdekat ini selepas #AreesyaMalaykha. Tapi kenapa perlu menunggu jika saya boleh lakukan sekarang,” selorohnya di instagram.
Malah ibu yang sentiasa tampil elegan dan cantik ini juga turut memohon doa dari semua agar dipermudahkan kelahirannya kelak.
” Buat semua keluarga dan rakan-rakan, doakan saya dan baby dipermudahkan kelahiran kelak,” katanya lagi.
Semoga Azrinaz dipermudahkan kehamilan malah proses kelahiran juga berjalan dengan lancar kelak. Tahniah!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @azrinazmazharhakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah kepada pengacara dan pelakon, Ain Edruce yang bakal menimang cahaya mata kedua apabila berkongsi momen sewaktu mengadakan majlis ‘gender reveal’ di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ain memuat naik beberapa gambar peribadi bersama suami dan anak ketika memaklumkan yang anak pertamanya, Soraya bakal menjadi kakak tidak lama lagi.
Melalui hantaran tersebut, Ain turut mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dikurniakan rezeki lagi buat keluarga kecil mereka untuk menambah seorang lagi ahli selepas mengalami keguguran awal tahun lalu.
“Soraya gonna be kakak❤️❤️❤️
“Alhamdulillah for this rezeki. Awal tahun hari tu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur. Tak pernah aku rasa sedih macam tu dalam hidup aku tapi Alhamdulillah Allah bagi lagi rezeki untuk kami sekeluarga,” tulisnya.
Ain juga turut meminta agar kesemua rakan di Instagram turut mendoakan kesihatannya dan bayi di dalam kandungan malah dipermudahkan sehingga bersalin kelak.
“Doakan baby ain sihat okay,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Ain dan suaminya Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019. Hasil perkongsian hidup selama hampir 5 tahun, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Soraya yang dilahirkan pada Mei 2021.
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.