Burger adalah alternatif sajian untuk si kecil. Syaratnya ia mesti dibuat sendiri dan bukannya menggunakan patty daging yang siap diproses. Ia homemade!

Tidak dinafikan ibu ayah akan sentiasa mencari jalan agar anak makan sajian yang dihidangkan. Sajian yang berkhasiat dan seimbang penting bagi memastikan tumbesaran si kecil pada tahap yang optimum.

Resipi burger ayam dari The Baby Little Fat ini boleh mama papa gunakan untuk menyediakan patty daging ayam untuk sajian burger si kecil. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan rencam. Cuma yang tinggal ialah kerajinan dan kesungguhan.

Mini Homemade Chicken Burger

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Isi ayam
  • Telur
  • Tepung gandum (unbleached)
  • Bawang putih
  • Paprika
  • Bawang besar Holland
  • Roti ban kecil (plain baby bun)

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

LANGKAH PENYEDIAAN

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#1 Masukkan ayam boneless dan masukkan dalam blender kering atau food processor. Kalau takde semua tuuu guna je blender biasa. Tambah air sikit kalau tersekat di skala 4.

IKLAN

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#2 Ini adalah daging ayam yang siap dikisar.

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#3 Tambahkan bawang holland, telur dan bawang putih. Kemudian kisar sekali lagi. Bawang holland adalah senjata kesedapan burger ini.

IKLAN

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#4 Masukkan paprika.

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#5 Sediakan pinggan yang ditabur tepung untuk diletakkan patty yang siap dibentuk nanti.

IKLAN

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#6 Buat bentuk bulat kecil bersesuaian dengan saiz ban. Masukkan dalam peti sejuk beku untuk kekalkan bentuknya kira-kira selama 30 minit.

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

#7 Kemudian anda boleh goreng dengan minyak sedikit sehingga patty masak. Letakkan patty daging ayam ini di tengah roti ban yang telah dibelah. 

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Yang Kat Kedai. Tapi Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

Siap untuk dihidangkan untuk anak dan seisi keluarga.

Sumber: The Baby Little Fat 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI