Ajal dan maut di tangan Tuhan. Seorang bayi berusia 18 bulan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuh.

Bayi berkenaan, Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar.

DIHANTAR IBU JAM 7 PAGI

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, ibu Noorsyaqinas Rosni, 25, menghantar Muhammad Aidil ke rumah pengasuh pada jam 7 pagi. Bagaimana pun ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Kuala Kangsar, ibu ini telah dimaklumkan Muhammad Aidil telah dihantar ke hospital.

“7 Pagi Perpisahan Terakhir…” Ibu Hilang Anak 18 Bulan Terjatuh Panjat Jeriji Rumah Pengasuh
Gambar hiasan.

DIHANTAR DALAM KEADAAN BAIK

Razali turut memberitahu yang Muhammad Aidil dihantar dalam keadaan baik oleh Noorsyaqinas ke rumah pengasuh. Dia bagaimana pun didatangi ibu pengasuh memberitahu anaknya itu dimasukkan ke hospital

“Ibu mangsa memberitahu menghantar anak lelakinya itu dalam dalam keadaan baik ke rumah pengasuh, namun pada jam 9 pagi ketika sedang bekerja, dia didatangi ibu kepada pengasuh memberitahu anaknya berada di hospital.

BAYI TERJATUH SELEPAS MEMANJAT JERIJI TINGKAP BILIK

Razali memaklumkan Noorsyaqinas diberitahu Muhammad Aidil telah terjatuh selepas memanjat jeriji di rumah pengasuh.

IKLAN

“Wanita terbabit bergegas ke hospital dan bertemu pengasuh untuk bertanyakan keadaan anaknya dan dimaklumkan bayinya terjatuh selepas memanjat jeriji tingkap dalam bilik.”

MASIH BUKA MATA MASA DIHANTAR KE HOSPITAL

Menurut Razali, pengasuh turut memberitahu Muhammad Aidil masih membuka mata ketika dihantar ke hospital. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan si kecil ini termasuk rawatan pernafasan & bekalan oksigen namun tiada tindak balas.

“Doktor yang merawat memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia selepas diberi rawatan pernafasan (CPR) dan dimasukkan bekalan oksigen selama satu jam bermula 8.40 pagi tetapi tiada tindak balas,” katanya.

IKLAN
“7 Pagi Perpisahan Terakhir…” Ibu Hilang Anak 18 Bulan Terjatuh Panjat Jeriji Rumah Pengasuh
Gambar hiasan.

TIDAK SAMPAI SEBULAN

Razali berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati Muhammad Aidil telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak awal bulan ini dan dia dihantar pada hari bekerja sahaja.

TIADA UNSUR JENAYAH, ORGAN DALAMAN PUNCA KEMATIAN

Menurut Razali, Noorsyaqinas memaklumkan tiada sebarang kesan tanda kecederaan fizikal pada tubuh bayi itu. Siasatan awal yang dijalankan mendapati Muhammad Aidil hanya bertiga dengan pengasuh yang berusia 24 tahun dan anak pengasuh berkenaan yang berusia setahun.

Pengasuh yang menyedari mangsa tidak memberi reaksi dan dalam keadaan tidak sedar apabila dipanggil, terus bertindak membawa mangsa ke hospital.

IKLAN

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada tanda kesan jenayah yang boleh menjurus berlakunya jenayah dan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian disebabkan masalah organ dalaman.

JANTUNG BESAR TIDAK SEPERTI KANAK-KANAK SEUSIANYA

Razali turut memaklumkan jantung Muhammad Aidil juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar tidak seperti kanak-kanak seusianya. Bedah siasat juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Razali berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kecuaian terhadap penjagaan kanak-kanak mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI