Anak mana yang tidak rindukan ibu dan bapanya selepas berpisah lama. Anak kedua pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lila Amina mengundang hiba orang ramai bila mana menangis tatkala melihat bapanya yang pulang dari mengerjakan umrah.
Selepas lebih dua minggu ditinggalkan, anak kedua Awal dan Scha itu seakan merajuk lantas tangisannya membuatkan ramai yang turut sayu hati.
Momen penuh hiba itu sempat dirakamkan Awal dan Scha sebaik tiba di kediaman mereka.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Awal di Instagramnya, Lila ketika itu dikendong oleh pembantu rumah mereka namun menangis sebaik disapa Awal.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” seloroh Awal menerusi kapsyennya.
Lila yang menangis terus memeluk kemas bapanya sambil menangis teresak-esak seakan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.
Ads
Bukan hanya Lila bahkan Awal juga dilihat turut bergenang air mata sambil memujuk anak kecilnya itu. Walau memujuk dengan membuka kopiah putih yang dipakainya namun pujukan itu tidak berhasil. Tangisan Lila kian berpanjangan sambil memeluk kemas ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan wargamaya turut hiba
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Shuib dan Watie yang selamat bernikah semalam. Majlis penuh meriah itu pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak Shuib.
Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
Pasangan raja sehari itu bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Mateen dilihat mengenakan pakaian sedondon berona putih bagi meraikan kehadiran Watie dalam hidup mereka.
Tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam tempoh terdekat ini, akui Watie, Shuib memintanya untuk memberi tumpuan kepada empat cahaya matanya yang kini semakin membesar.
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” kongsi Watie.
Malah kongsi Shuib lagi, dia sudah mempersiapkan beberapa projek perniagaan melibatkan isterinya namun kini mahu isterinya itu fokus pada anak-anak.
“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus fokus pada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.
“Uwais sekarang dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu dan bapa,” kongsi Shuib lagi.
Dikhabarkan Shuib dan Watie akan turut bersama anak-anak untuk bercuti ke Turkiye selepas berbulan madu di Langkawi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Mahu membuat kejutan kepada diri mereka sendiri, penyanyi Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya cukup teruja bila mana jantina bayi kedua mereka yang bakal dilahirkan sedikit masa lagi kini sudah pun diketahui.
Melalui pelancaran video muzik single terbaru berjudul Be Mine semalam, Ayda dan Nabil bakal menimang seorang bayi lelaki.
Difahamkan, Ayda dan suaminya Nabil Mahir sengaja mahukan kejutan dimana jantina bayi kedua mereka hanya diketahui oleh pengarah video muzik berkenaan, Rewan Ishak.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu mengakui sebak apabila ‘party popper’ mengeluarkan kertas berwarna biru yang menandakan simbolik jantina lelaki.
“It’s a BOY! Alhamdulillah! Video muzik ‘Be Mine’ dah ada di platform YouTube saya. Please watch!
“Ramai menangis tengok masa sidang media. So lovely! The ending…. Haih… menangis.
“Siapa teka baby boy! You guys betul! Yay! Alhamdulillah sepasang. (Sis tengah pujuk Nabil tutup kilang),” tulisnya semalam.
Terdahulu Ayda dan Nabil sebelum ini mahu membuat kejutan buat diri mereka sendiri dan tidak mahu mengetahui jantina anak mereka sehingga masa yang sesuai.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil yang juga pengacara pada 1 Januari 2021 dan melahirkan Ana pada 21 September 2021 selain dijangka menimbang anak kedua pada hujung tahun ini.
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.Dalam video pendek...