Gigitan bayi semasa menyusu amat menyakitkan. Memang tidak dapat ditahan, kadang-kadang mama rasa nak hentikan sahaja penyusuan. Fikir dua kali ye mama kerana anda boleh cuba 8 cara ini dulu sebelum give up!

Menyusukan bayi yang sudah tumbuh gigi atau bergusi keras ada cabarannya; iaitu cabaran digigit! Pada usia enam bulan misalnya ada segelintir bayi yang mula tumbuh gigi.  Jom ketahui cara-cara untuk mengelakkannya.

1. ALIRAN SUSU
Sebaik-baiknya, dari awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit bayi. Bagaimana caranya? Hal ini dapat anda lakukan dengan terlebih dahulu mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payu dara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.

Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payu dara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi Betul

2. BERALIH PAYU DARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.

Sambil melakukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah. Nyatakan perasaan cara elak gigitan bayi yang anda alami akibat gigitannya itu. Antara yang boleh anda luahkan ialah, “Mama sakit bila sayang gigit mama.” ataupun “Adik tak sayang mama ke? Kasihan mama kena gigit.” Walaupun gigitannya itu mungkinakan menimbulkan rasa marah akibat rasa sakit digigit, namun anda dinasihatkan agar menegur bayi secara sopan.

Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi Betul3. MENEKAP MUKA BAYI
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payu dara anda. Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda mengalami sesak nafas. Jadi, ia akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.

Jika si anak memang gemar menggigit, anda boleh melakukan cara ini dalam kadar yang kerap. Dengan yang demikian, lama-kelamaan bayi akan faham bahawa dia akan mengalami masalah sukar bernafas jika dia terlalu kerap menggigit payu dara anda.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi Betul4. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar-benar memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga. Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi Betul5. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekali gus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi Betul6. GIGIT SESUATU
Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit tambahan pula jika dia sedang mengalami masalah gatal gusi. Oleh itu, jadikan teether dan kain tuala beku sebagai alat alternatif bagi mengelakkan diri anda digigit bayi.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi Betul7. JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, ia akan menyebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi apabila ia mungkin penyebab bayi enggan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.

8. TELITI GAYA PENYUSUAN
Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.

8 Cara Elak Gigitan Bayi Semasa Menyusu. Mama Tolong Pastikan Aliran Susu Lancar & Posisi BetulOleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI