Anak kembar pasti menjadi tumpuan ramai kerana kecomelan mereka! Ramai pasangan pasti teringin nak bayi kembar kerana unik dan mempunyai wajah yang sama, tetapi berbeza karakter. Namun tak semua direzekikan dengan anak kembar.
Comel memang comel tapi nak menjaga bayi kembar memerlukan tenaga yang berganda, kewangan yang berganda dan kesabaran yang berganda! Ragam mereka pun pasti berganda-ganda.
Itulah yang dilalui oleh ibu muda kepada 3 cahaya mata kembar ini. Dia merakam setiap momen anak kembarnya sejak bayi sehingga berusia 1 tahun lebih. Memang comel dan banyak ragam!
Ads
Memang tak mudah lebih-lebih lagi ketika siapkan mereka seperti ikat rambut, pakaikan baju.
Mummy Kaylee berkongsi kenangan yang paling disukai ketika bersama kembar tiga yang lahir di Alaska.
Ads
Si kembar sentiasa aktif bermain, bergurau dan gelak ketawa bersama-sama.
Rata-rata suka melihat telatah si kembar namun ada yang menyatakan rasa penat dengan hanya melihat mereka bertiga apatah lagi yang menjaganya.
Perkembangan bayi mula dilihat seawal usia bayi 1 bulan. Jika dilihat daripada perkembangan bayi bermula usia 1 bulan hingga 12 bulan, mama dan papa pasti akan dapat lihat yang ‘si kecil’ kesayangan mama dan papa semakin ‘maju’ dari bulan ke bulan.
Selepas berhari-hari kepenatan, tidak cukup tidur dan anak melayan kerenah bayi meragam, kadang-kadang membuatkan mama dan papa risau tentang ‘bonding.’ Paling utama sering mama dan papa terfikir adakah mereka sudah lakukan yang terbaik buat si manja kesayangan.
Persoalan ini membuatkan ibu bapa mula tidak senang dan resah. Maka hari ini ketahuilah, bahawa dalam proses kita berterusan menghadapi kesukaran membesarkan bayi, sebenarnya kita telah berjaya membentuk ‘bonding’ yang sangat istimewa – ada caranya untuk kita tahu.
Manusia kecil (bayi), mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menunjukkan bahasa cinta dan penghargaan buat ibu bapa. Bahkan, cara mereka ini lebih indah dari puisi-puisi cinta ataupun lain-lain ‘grand gesture’ seumpamanya. Lihat dengan teliti, dan cari tanda cinta ini pada bayi kita.
1. Bayi kenal bau dan bunyi kita (1 bulan)
Suara dan juga bau kita pastinya termasuk dalam senarai koleksi kegemarannya. Sebab itu bayi pada usia ini akan pusingkan kepalanya mencari kita, walaupun pada ketika itu terdapat orang lain juga di dalam bilik. Bahkan mengikut kajian ‘neuroscientist’, bayi yang berusia seawal 1 minggu pun akan memusingkan kepala ke arah ‘breast pad’ yang direndam dengan susu ibu.
2. Bayi tersenyum pada anda (2 bulan)
Pada dua minggu awal kelahiran, senyuman anak mungkin hanyalah sekadar ‘passing gas’. Namun ketahuilah, apabila usianya mencecah 2 bulan, senyuman yang diberikan istimewa untuk kita. Yup! Istimewa untuk kita. Bayi akan mula menyedari bahawa dengan memberi senyuman, dia akan mendapat perhatian kita. Cubalah senyum dulu tanpa suara, dan lihatlah bayi kita tersenyum kembali.
3. Bayi mahu anda sentiasa dalam pandangannya (4 bulan)
Dalam lingkungan usia 4 bulan pula, ianya menjadi satu perkara yang sangat digemari bayi untuk melihat mata anda. Bayi akan sangat suka untuk renung mata kita sepertimana kita suka merenung mata si comel. Jika perkara ini berlaku, jangan pula kita ‘ignore’ mereka. Kerana ketahuilah, ini ialah peluang yang baik untuk mengajar bayi kita nilai positif daripada ‘give-and-take’.
4. Bayi mula ber- ‘nangingilala’ dan minta anda untuk angkatnya (6 bulan)
Lihatlah bayi kita cuba memanggil dan meminta untuk diangkat. Tidak kiralah bayi anda rapat dengan orang lain (pengasuh) sekalipun, namun pasti dia akan tetap suka untuk kita angkat mereka. Kerana bagi bayi kecil, tiada yang boleh mengganti pelukan kasih sayang ibu dan ayah. Sebuah aura berbeza dapat dirasa dari ‘mom or dad’s loving arms’.
5. Bayi akan sentiasa ‘check in’ kehadiran dan akan menangis jika ditinggalkan (8 bulan)
Waktu ini bayi kita mungkin sudah boleh bergerak meniarap atau merangkak ke sana sini. Bayi akan menerokai dunia yang serba baru baginya namun ketahuilah dia tetap akan ada masanya berhenti seketika dan mencari kembali (check in) ibu bapa. Kalau tidak dijumpai, maka bersedialah untuk mendengar tangisan meganya. Inilah yang dipanggil ‘separation anxiety’ yang menjadi bukti cinta si bayi pada kita.
6. Bayi suka untuk memberi ciuman pada kita (12 bulan)
Dalam lingkungan usia 1 tahun, bayi kita sudah pandai meniru cara anda menunjukkan kasih sayang. Sepertimana kita memberi ciuman cinta kepada bayi. Kini, si bayi pula yang pandai memberi ciuman kasih sayang pada kita. Ya, mereka belajar dari kita. Apabila tindakan ini disambut dengan mesra dan penuh penghargaan kembali dari kita, maka saksikanlah, ciuman itu akan lebih kerap mendatangi selepas ini.
Kasih sayang ibu bapa ialah bukti kecintaan yang tiada kepentingan diri, tidak bersyarat dan sentiasa rasa cukup dengan segala yang dimiliki.
Hernia atau dalam bahasa biasanya angin pasang ialah salah satu keadaan yang sering berlaku kepada bayi lelaki. Tapi tahukah anda hernia sebenarnya boleh berlaku kepada bayi perempuan juga?
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, hernia adalah adalah satu jenis penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi ialah hernia. Ia adalah satu benjolan tidak normal bagi organ dalaman keluar melalui pembukaan normal atau tidak normal, tetapi masih berada di bawah lapisan kulit.
Ini disebabkan kelemahan pada dinding di dalam perut kerana otot bayi belum matang.
Secara umum terdapat dua jenis hernia iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Internal bermaksud hernia yang berada di dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar.
External hernia lebih mudah dikesan kerana dapat dilihat dari luar. Jenis yang sering ditemui ialah hernia inquinal yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat. Bayi umumnya mengalami external hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Hernia umbilical berlaku apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan di dinding perut.
Biasanya penyakit ini berlaku pada bayi baru lahir. Ia disebabkan oleh salur darah umbilical yang membekal makanan untuk fetus membesar di dalam rahim tertutup dan tidak sempurna.
Hernia jenis (hernia umbilical) ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis.
Ia bergantung pada saiz, ada sekecil 1 cm dan ada yang melebihi 5 cm.
Jika bayi terlalu kecil, kita tunggu sehingga umurnya mencecah tiga hingga empat tahun sebelum pembedahan dilakukan.
Hernia bersaiz kecil berukuran lebih kurang 1 sentimeter (cm) pada bayi biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan.
Ada kalanya usus yang tersumbat di dalam rongga boleh mengalami kereputan apabila bekalan darah berkurangan dan tiada bekalan oksigen. Apabila ia terjadi, ia boleh membahayakan pesakit.
Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu hairan, bukankah bayi manusia telah hidup selama 9 bulan di dalam air? Jadi mengapa ada bayi yang takut mandi?
Enam Sebab Anak Takut Mandi (0-2 tahun);
1.Posisi Badan yang Tak Selesa
Di dalam rahim, bayi duduk dengan kedua tangan dan lutut yang rapat ke abdomen/perut serta kepalanya tunduk ke dada. Posisi ini membuat bayi merasa bagai berpeluk selama 9 bulan. Posisi ini juga menghalang kedua tangan bayi dari menggapai-gapai.
Ramai bayi ‘infant’ (0-3 bulan) yang super sensitif dengan posisi yang membuatkan tangannya menggapai di udara: ia buat bayi merasa bagai di tolak dari suatu tempat yang tinggi (free falling position) dan ketakutan kerana posisi itu asing bagi mereka.
Telangkupkan badan bayi di lengan anda atau tiarapkan bayi di dalam tab mandinya (tahan kepalanya dengan lengan) untuk posisi yang lebih di gemarinya.
2. Sensitif dengan Suhu
Ramai orang hanya bercakap soal suhu air mandi bayi. Bagaimana dengan suhu bilik mandi? Suhu bilik ketika menyiapkan bayi untuk mandi (atau selepas mandi)? Serta suhu tangan orang yang memegang bayi ketika badannya tak berpakaian?
Tahukah anda, bayi 0-8 minggu mempunyai ‘total thermal immaturity’? Ia bermaksud bayi tidak mampu seimbangkan suhu badan dan sangat sukar untuk badan bayi kekalkan suhu asasnya ke 37-37.5 °C.
YA, BACA BETUL-BETUL. 37-37.5 °C ya. BUKAN 27-27.5 °C.
Hanya sekitar usia 18 -24 bulan nanti baru bayi tahu selaraskan suhu badannya secara semulajadi.(Climakid: Dr Candice Ostrowka)
Ini sebabnya mengapa keseluruhan proses mandi sejak: buka baju ➡ pegang bayi tak berbaju ➡ masuk dalam air ➡ lap badan ➡ pakai baju: boleh jadi satu acara paling sukar untuk bayi bertahan dengan suhu.
3. Bayi Sudah Keletihan
Berapa ramai ibu yang sedar setiap usia anak ada masa berjaga maksimum yang mereka boleh tahan sebelum kembali mengantuk?
Misalnya:
Bawah 1 bulan: minimum (beberapa minit-puluh minit)
1 bulan: 30-45 minit
2 bulan: 45 minit – 1 jam 15 minit
3 bulan: 1 jam 15 minit – 1 jam 30 minit
4-6 bulan: ~ 2 jam
7 bulan -12 bulan: ~ 3 jam
12 bulan- 18 bulan : ~3-4 jam
Lihat masa berjaga bayi kecil yang sangat singkat. Bayi mungkin sudah keletihan dan mahu tidur ketika anda baru mahu memandikannya akibat telah mengguna masa sebelum ini untuk menyusu, bermain atau menukar lampinnya.
4. Tak Matang = Tak Faham
Saya yakin ramai ibu dapat faham bila saya sebut amat biasa anak kecil menjerit takut bila acara potong rambut, potong kuku, korek telinga dan melihat orang menggunakan vacuum cleaner, kan? Begitulah juga dengan acara mandi buat sebahagian anak.
Mengapa? Kerana semua benda di sekeliling anak kecil adalah benda baharu dan otak mereka pula masih lemah dalam bab ‘reasoning’ (memikir alasan di sebalik sesuatu).
Air yang mengalir masuk ke dalam mata, sabun yang terasa licin di badan, perasaan macam tak boleh bernafas bila air masuk hidung, bunyi air menyimbah jatuh ke lantai, C:..ini semua boleh jadi punca anak takut.
Anak lihat , anak dengar, anak bau , anak dapat rasa sesuatu dari keseluruhan acara mandi TAPI, dia tak dapat faham apa yang terjadi.
5. Tak Boleh Beza Realiti VS Imaginasi VS Fantasi
Ini selalunya terjadi buat anak yang ‘sudah ada fikirannya sendiri’ iaitu yang berusia setahun ke atas. Anak yang dahulunya tak takut mandi,pun tiba-tiba boleh jadi penakut. Kenapa?
Baik, ingat lagi ketika anda di tipu bulat-bulat dahulu bahawa jika tertelan biji rambutan maka nanti pokok rambutan akan tumbuh dari atas kepala anda? Terus anda ‘blacklist’ semua biji buah, bukan?
Itu berlaku di zaman anda ‘tidak tahu apa’…
Jika anda menonton cerita, anda tahu itu semua rekaan. Namun tidak bagi anak kecil. Bunyi pam tandas di ikuti dengan air mangkuk tandas yang menghilang benar-benar buat anak rasa dia boleh di sedut hilang dari mangkuk tandas.
Anak mungkin rasa paip air boleh pecah dan tiba-tiba berlaku banjir yang akan lemaskan dia seperti mana yang dia lihat di dalam cerita.
Atau di sebalik saluran air keluar itu ada badut menakutkan atau labah-labah gergasi yang menunggu untuk menerkamnya.
6. Anak Tahu Apa Akan Berlaku Selepas Mandi
Seawal 4-5 bulan, anak sudah dapat mengagak rutin biasa kehidupan. Ini berikutan berlakunya perkembangan mental dunia kejadian (usia 19 minggu) dan dunia hubungan (usia 26 minggu).
Misalnya, selepas mandi di awal pagi, ibu akan menghantar saya ke rumah pengasuh. Maka, anak mungkin akan sengaja bikin drama waktu mandi di awal pagi untuk sabotaj perjalanan rutin.
Hal ini makin meneruk bila anak mahir hal autonomi (kuasa) sekitar usianya 15 bulan iaitu bila berlaku perkembangan mental dunia prinsip. Inilah usia anda lihat anak menjadi baby bos dan tentukan apa yang dia mahu.
Misalnya: anak hulurkan kasut yang dia nak pakai kepada anda atau anak serta merta bertindak tutup pintu bilik untuk halang anda keluar.
Maka, jika selepas acara mandi bermaksud masuk tidur, mungkin itu yang buat anak tak gembira dengan mandi.
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.