Personaliti dakwah terkenal, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, 47, berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cucu perempuan baru-baru ini.
Lebih istimewa, cucu comelnya itu diberi nama, diakikah dan telah ditahnik pada hari ketujuh kelahiran yang mana mengikut sunnah dalam agama Islam.
“Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah SWT. Solawat dan salam utk junjungan Rasulullah SAW. Hari ketujuh kelahiran cucunda kami yang tersayang. Alhamdulillah dapat kami sempurnakan Akikah nya, tahniknya dan memberi nama kepada bayi solehah ini pada hari yang ketujuh.”
“Kami namakan si comel ini dengan nama SARA EL LATHEEFA.”
Beliau turut menitipkan doa buat cucu tersayang agar menjadi wanita yang solehah dan berjaya di dunia akhirat.
Ads
“Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti dan dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia.”
Ustazah turut berkongsi disebalik nama indah cucu tersayang, Sara El Letheefa buat pengikutnya di laman Instagramnya.
Ads
“Kata Tokwan nya ( @drazahar.yaakub ) makna el- Latheefa itu ialah kelembutan yang memberi impak positif yang besar. Aamiin. Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak @aropothman @alifah.ismail @drazahar.yaakub merafa’kan kesyukuran kepada Allah SWT.”
“Kami mendoakan agar @asyrafmurtadhaa & @sazafieraa dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali utk anak2 kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.”
Ads
“Semoga sahabat-sahabat semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan. MashaaAllah. La quwwata illa billah.”
Selalu sangat anak-anak cirit birit, malah kali ini lebih kerap. Selain pemakanan yang tidak serasi, salah satu punca yang mak ayah perlu tahu adalah cara kita mencuci perkakasan di rumah termasuklah botol susu dan sebagainya.
Punca utama pastinya wujud kuman dan bakteria yang berada di span pencuci pinggan di rumah. Sebaiknya gunakanlah span khas untuk kesemua peralatan anak ini. Malah paling utama, jaga dan bersihkanlah span ini sentiasa agar kuman-kuman yang terdapat padanya dapat dikurangkan.
Perkongsian Public Health Malaysia ini mak ayah perlu ketahui untuk mengelakkan masalah cirit birit disebabkan jangkitan kuman pada span.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.
Span adalah SYURGA bagi kuman. Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
✅ Rebus 5 minit atau,
✅ Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit atau,
✅ Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hakikatnya, bukan mudah untuk turunkan berat badan selepas bersalin. Apa-apa pun, dengan usaha dan strategi yang betul, anda pasti boleh melakukannya. Jom teliti beberapa tip yang dapat membantu anda menjayakan misi menurunan berat badan.
Amalkan pemakanan seimbang sejak hamil
Seelok-eloknya amalan pemakanan sejak dari hamil dijaga. Seharusnya, kehamilan tidak boleh dijadikan alasan untuk makan 2 orang.
Peningkatan berat badan mendadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko terhadap kehamilan dan kelahiran.
Selepas bersalin, amalan pemakanan sihat sangat membantu mempercepatkan pemulihan luka bersalin, pemberi tenaga dan penurunan berat badan. Selepas habis tempoh 44 hari, jangan pula anda makan semahu-mahunya.
Penyusuan susu ibu
Menyusu susu ibu memang bagus untuk bayi. Malah, ia juga baik untuk anda. Hal ini kerana, kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu meningkatkan tahap metabolisme anda. Hasilnya, lemak-lemak di bahagian pinggul, paha dan perut mudah disingkirkan.
Sekurang-kurangnya, susukan bayi anda secara eksklusif hingga 6 bulan dan jika mampu teruskan lagi sehingga mencecah usia 2 tahun.
Kerap bergerak
Anda masih boleh bergerak dan melakukan beberapa aktiviti ringan semasa berpantang. Cukuplah dengan banyakkan berjalan di dalam rumah. Pergerakan sebegini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan anjal.
Namun, jangan terlalu aktif dan lasak. Lebih-lebih lagi jika anda bersalin melalui pembedahan.
Memakai bengkung
Sejak dahulu, ibu lepas bersalin mengamalkan pemakaian bengkung secara konsisten supaya dapat menjaga bentuk badan. Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, badan secara automatik akan rasa cepat kenyang. Ia juga berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan, anda digalakkan memakai bengkung moden. Jika bimbang tentang bekas luka jahitan, lapikkan dengan tuala wanita bersih sebelum memakainya.
Biarpun tempoh berpantang sudah habis, anda masih boleh terus memakai bengkung supaya bentuk badan yang langsing dapat dikekalkan.
Bertungku
Selain mengamalkan makanan berpantang dan berbengkung, bertungku juga patut diamalkan. Haba daripada daun-daun herba yang digunakan dapat membantu mengeluarkan peluh.
Badan akan terasa lebih segar dan ringan. Luka pembedahan juga lebih mudah sembuh melalui bertungku. Amalkan bertungku selepas mandi pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.
Minum air mencukupi
Anda digalakkan untuk banyakkan minum air bukan sahaja untuk tujuan menyusu malah ia merupakan cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan dalam membantu mengempiskan perut.
Apabila anda minum banyak air, perut tidak terasa kosong dan membuatkan anda kurang makan. Amalkan minum segelas air kosong sebelum makan supaya tidak terlebih makan.
Berehat secukupnya
Tidak dapat dijadikan di awal rasa selepas kelahiran, waktu tidur di malam hari banyak terganggu. Rehat yang tidak mencukupi membuatkan kadar metabolisme dalam badan menurun.
Kesannya, anda semakin susah menurunkan berat badan selepas bersalin. Oleh itu, dapatkan rehat secukupnya dalam kesempatan yang ada.
Manfaatkan waktu bayi tidur untuk sama-sama tidur bagi mengembalikan tenaga selepas kerap berjaga malam. Waktu tidur yang mencukupi serta pemakanan dan gaya hidup sihat pasti dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang diinginkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka anak yang kelihatan normal pada luaran rupanya menyimpan seribu derita. Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna dan pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah.
Memetik laporan dari Harian Metro, Aqil yang tidak mempunyai alat sulit sempurna sejak dilahirkan menyebabkan anak kecil ini terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan untuk memudahkannya membuang najis.
Selain itu, Aqil yang berstatus orang kurang upaya (OKU) terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz lebih besar daripada sepatutnya dan dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi.
Berkongsi kisah di sebalik penderitaan Aqil yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik, Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman, 41 bapa Aqil berkata doktor tidak mengesan sebarang masalah dan komplikasi sewaktu Aqil di dalam kandungan isterinya, Mardiana Supartak, 39. Katanya, perkara itu hanya diketahui sebaik Aqil dilahirkan dan mereka reda walaupun agak berat menerima kenyataan itu.
“Saya dan isteri tidak menjangkakan Aqil dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal.
“Pada mulanya kami memang sedih, tetapi cuba menerima hakikat selepas memikirkan amanah dan tanggungjawab untuk membesarkan Aqil.
“Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.
Mohamad Hairul Nizam berkata, sejak dilahirkan, Aqil pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan.
Katanya, kesempatan menjaga Aqil di ICU itu digunakan untuk mempelajari kaedah penjagaan betul daripada doktor dan jururawat termasuk cara menukar ganti bag stoma.
“Saya dan isteri memang tiada asas penjagaan kanak-kanak berpenyakit kronik kerana tiada pengalaman sebegitu sewaktu membesarkan tiga anak lain.
“Namun, doktor dan jururawat banyak membantu malah saya belajar dengan memerhatikan cara mereka melakukannya sewaktu di wad.
“Mulanya memang agak kekok untuk mempraktikkannya di rumah, tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan kini, anak sulung saya turut membantu menukar beg stoma Aqil sekiranya sudah penuh atau sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru,” katanya.
Mohamad Hairul Nizam berkata, buat masa ini, dia tidak mampu membelikan susu formula khas seperti disyorkan doktor kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Menurutnya, dia hanya hanya mampu memberi vitamin kepada Aqil untuk meningkatkan ketahanan antibodinya supaya tidak mudah demam dan selsema yang meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Katanya, dia pernah pernah bekerja di dekat kilang elektronik di Hulu Klang, tetapi berhenti lima tahun lalu kerana mahu menceburi perniagaan sate.
“Namun, perniagaan hanya bertahan setahun saja iaitu dari 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan berhenti kerana pekerjaan itu membuatkan saya terdedah kepada kuman sewaktu membeli barangan keperluan di pasar.
“Jadi, saya risaukan Aqil terkena jangkitan kerana pada waktu itu, dia kerap keluar masuk hospital akibat batuk serta selsema yang berlarutan selama tiga bulan.
“Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta,” katanya.
Jauh di sudut hati, Mohamad Hairul Nizam dan isteri sentiasa berdoa dan berharap ada peluang untuk anaknya membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Hairul Nizam di 012-292 4629 atau menyumbang ke akaun CIMB Bank bernombor 7603947775.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.