Biasanya bayi akan menangis untuk memberi isyarat kepada ibu bapanya bahawa dia rasa tak selesa, nak tidur, lampin penuh atau lapar.
Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham? Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Merenung tepat ke mata
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Bunyi bbbbb
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Ads
Genggam sambil menggerakkan tangan
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Ads
Mata meliar
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Menggosok telinga
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Ads
Menendang
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Kebanyakkan ibu bapa berfikir bahawa bayi baru lahir tidak memerlukan mainan, tapi tanggapan tersebut kurang tepat. Bayi 0-6 bulan memerlukan mainan untuk membantu pertumbuhannya, merangsang skill motor, sensori dan anak akan menjadi lebih cerdas.
Bermain merupakan proses pembelajaran yang amat penting untuk permulaan kehidupan anak-anak. Bayi akan cepat belajar melalui barang permainan mereka. Inilah contoh-contoh mainan yang membolehkan anak 0-6 bulan menjadi cerdas dan bijak.
5 MAINAN YANG MEMBOLEHKAN ANAK BIJAK DARI 0-6 BULAN
“Mainan pun membawa kesan terhadap berkembangan minda anak ke?” Mestilah, mommy-mommy pun kena bijak dan pandai memilih mainan yang sesuai dengan usia mereka.
Sebenarnya, ada beberapa contoh permainan anak yang mendidik. Walaupun ramai ibu bapa menganggap “alah anak baru lahir, tak payah lah nak main mainan sangat!” Tapi, ternyata pendapat macam tu tak betul okay. Sebab mainan ni membantu perkembangan si kecil.
“Jadi apa mainan tu?”Hah, jomm akak terangkan 1 per 1 beberapa jenis mainan yang mendidik.
Selepas anak dilahirkan, mata mereka ni belum sempurna untuk melihat. Kalau mommy nak tau, dia hanya dapat melihat warna hitam putih dengan jarak pandang sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan saja.
Tapi pandangan mata si kecil akan bertambah baik seiring dengan waktu. Jadi untuk permulaan, mommy boleh tunjukkan si kecil gambar hitam putih dan dia akan memerhatikannya tanda tertarik dengan gambar tersebut.
Kemudian mommy gerakkan gambar hitam putih itu lalu amati adakah si kecil mengikut arah gambar tersebut. Mommy boleh try masa bayi berusia satu hingga dua bulan.
Play gym ni salah satu mainan yang mendidik. Sebab mainan gantung dapat membantu merangsangkan pancaindera bayi usia satu hingga empat bulan.
Lepas tu si kecil akan tersenyum kalau nampak mainan ini berpusing di hadapannya. Apatah lagi mainan gantung ini boleh berbunyi dan bergerak sendiri di atas bulatannya. Sekaligus menarik minat bayi untuk bermain.
Kalau anak dah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Jadi mommy bolehlah bagi anak mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil.
Perkenalkan buku lembut yang dibuat dari kain dan memiliki tekstur yang berbeza pada setiap halamannya. Kemudian, bacakan cerita setiap hari sebelum tidur, sekaligus menarik minatnya membaca buku sejak kecil.
Pilih buku yang mempunyai jalan cerita yang tidak terlalu panjang hanya beberapa patah ayat saja dalam satu halaman.
Kalau anak mommy dah pandai merangkak, mainan bola membantu merangsang kemampuannya untuk terus merangkak.
Apatah lagi, dia dapat sentuh dan mendapatkan bola tersebut ketika bergerak. Begitulah seterusnya. Sampailah mommy dapat melihat si kecil tangkas semasa merangkak demi mendapatkan bola yang berada di hadapan matanya.
Pastikan mommy memilih bola yang mempunyai pelbagai tekstur, boleh berbunyi apabila dipicit dan lembut.
Mainan lembut ini dapat meransang pergerakan tangan mereka, kalau mereka tengah baring. Mommy boleh bagi maianan lembut ni untuk anak fokus pada sesuatu benda
Warna najis ialah petanda kepada tahap kesihatan si kecil. Mama dan papa baru tentunya berasa pelik najis bayi berubah-ubah warnanya. Ia berubah seiring perkembangannya dan jenis susu atau makanan yang diambil.
Ia juga menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang dialami si manja.
Sepanjang proses tumbesaran, warna najis akan berubah mengikut;
• Tahap umur
• Jenis susu yang diminum
• Jenis makanan yang diambil
1. NAJIS MEKONIUM
Semasa baru lahir, warna najisnya ialah hitam kehijauan dan melekit seperti minyak. Kemonium terhasil daripada air ketuban, mukus, sel kulit dan apa sahaja yang ditelan bayi semasa bayi di dalam rahim ibu. Ia tidak terlalu busuk.
Semasa bayi menginjak ke usia dua hari, warna najisnya semakin cerah dan lembut dengan warna kehijauan dan kurang melekit. Ini adalah tanda sistem penghadamannya mula menghadam susu awal ibu ( kolustrum) atau susu formula dengan baik.
2. NAJIS BAYI MENYUSU SUSU IBU
Bagi bayi yang meminum susu ibu, najisnya berwarna kuning kehijauan dan bertekstur seperti krim. Ia agak cair dan kelikatannya seakan-akan najis cirit birit. Teksturnya seakan-akan seperti krim mustard dan keju yang dicampurkan. Ia mempunyai biji-bijian dan baunya tidak terlalu busuk. Bagi bayi yang menyusu susu ibu, banyak warna najis yang normal dan anda tidak terlalu risau. Jika najis bayi sedikit kehijauan, ia mungkin disebabkan anda memakan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Jika bayi tidak menunjukkan sebarang masalah, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.
Jika najis susu seperti berbuih, bayi mungkin meminum terlalu banyak susu awal atau foremilk yang mana rendah kalori. Foremilk mengandungi kurang kalori berbanding susu akhir atau hindmilk yang kaya dengan lemak. Untuk mengawal keadaan ini, berikan bayi susu ibu yang mencukupi bagi setiap payudara supaya bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmlik.
3. NAJIS BAYI MENYUSU SUSU FORMULA
Najis bayi yang menyusu susu ibu agak likat seperti mentega kacang iaitu kuning gelap keperangan atau hijau keperangan. Baunya agak tajam berbanding najis bayi yang menyusu susu ibu tetapi tidak terlalu busuk berbanding najis yang sudah memakan makanan pelengkap.
4. NAJIS BAYI YANG MEMAKAN MAKANAN PELENGKAP
Apabila bayi anda mula memakan makanan pelengkap seperti puri buah dan sayur serta bijirin, anda akan mendapati najis bayi juga akan berubah dari segi warna dan konsistensi. Lebih-lebih lagi bagi bayi yang meminum susu ibu.
Baunya lebih kuat dan warnanya akan bertukar kepada perang gelap atau coklat. Teksturnya pula lebih pekat daripada mentega kacang tetapi tidak terlalu padat.
5. NAJIS BERCAMPUR DENGAN CEBISAN MAKANAN
Ada kalanya bayi akan membuang najis yang mempunyai cebisan yang berwarna seperti merah, jingga dan sebagainya. Ia mungkin sebilangan makanan yang tidak sempat dihadam sepenuhnya dan bergerak ke bahagian usus. Ia mungkin kerana bayi memakan terlalu banyak jenis makanan atau tidak mengunyahnya dengan baik sebelum ditelan. Anda perlu merujuk kepada pihak doktor sekiranya bayi menghasilkan najis seperti itu dalam jangka masa yang lama.
6. CIRIT BIRIT
Anda akan mengetahui bayi mengalami cirit birit apabila najisnya agak berair berbanding biasa. Warnanya mungkin kuning, hijau atau kerperang-perangan. Adakalanya ia boleh terkeluar daripada bahagian atas lampin!
Cirit birit mungkin petanda kepada masalah penghadaman, infeksi atau alahan. Jika tidak ditangani dengan cepat, ia boleh menyebabkan masalah kurang air dalam badan atau dehidrasi. Segera dapatkan rawatan sekiranya bayi anda berusia lebih muda daripada tiga bulan dan mengalami masalah cirit birit yang berterusan. Lebih-lebih lagi jika najis mengandungi darah!
7. SEMBELIT
Sembelit ditandai dengan pembuangan najis yang berketul dan keras. Dia juga mungkin tidka selesa semasa membuang air besar kerana kesukarannya untuk mengeluarkan najis. Lebih menyedihkan jika ia mempunyai titisan darah!
Pembuangan najis sembelit yang tidak memudaratkan sekiranya hanya berlaku sekali dua. Tetapi sekiranya mengakibatkan pendarahan atau sembelit yang berterusan, adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Doktor selalunya akan bertanya mengenai jenis susu dan makanan yang diambil bayi serta mencadangkan cara untuk mengatasinya.
8. NAJIS BERLENDIR
Sekiranya si kecil menghasilkan najis kehijauan yang berlendir, ia menandakan berlakunya infeksi atau alergi. Jika perkara ini berlaku berterusan, dapatkan rawatan doktor segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selama tujuh bulan usia Ameena Sofia, Shakilla Khoriri yang juga isteri penyampai radio, Fizi Ali bersyukur masih berpeluang menjaga puterinya sendiri secara sepenuh masa di rumah.
Shakilla berkata, meskipun tugas menjaga anaknya serta menjadi suri rumah tangga satu tugas yang memenatkan dan kerja tak pernah habis, namun dia menganggap itu satu pengorbanan yang besar buat seorang wanita bergelar isteri.
“Dalam tempoh tujuh bulan dok melayan dan menghadap budak ni sampai pandai nak SING ALONG! Macam-macam perangai dia aku dah hafal dan arif LEBIH dari bapak dia atau siapa pun.
“Aku anggap Allah bagi ‘CAN’ untuk aku sendiri jaga susah payah dan tengok budak ni membesar dan berubah dari hari ke hari.
“Allah bagi rezeki ni dekat aku walaupun setiap hari aku tengok diri aku macam orang gaji dalam rumah sendiri. Memikirkan kerja rumah yang macam tak akan habis nak kemas dengan budak ni punya ‘DEMAND’.
“Yes! Aku tak nak ada maid. Tak nak ada helper. Even aku BOLEH je kalau nak ada. Aku nak buat sendiri selagi ada daya..
“So nanti aku boleh ceritakan pada Ameena macam mana susah dan senangnya aku besarkan dia. Setiap hari fikir pasal makanan apa yang sedap dan terbaik untuk dia,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video anaknya yang comel yang bersama-sama ikut menyanyi dengannya.
Tambah Shakilla lagi, dia bersyukur kerana kerjanya sebagai pelakon tak membuatkan dia perlu terikat setiap masa dan mempunyai lebih buat masa untuk keluarga.
“Aku syukur sebab aku kerja dalam bidang aku buat sekarang. Kerja yang tak IKAT aku. Syukur! Dan aku syukur sebab aku ada teman yang kerja kuat untuk bela aku dengan budak ni..
“Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada sebab dia. Kena muntah berak dengan Ameena pun aku tahu ada sebab. So far hidup aku dengan Fizi more than happy kalau nak dibandingkan sebelum ni.
“Syukur… Aku syak Allah bagi aku banyak masa dengan budak ni sekarang sebab nanti lamaaaaaaaaaa aku nak tinggal budak ni.
Shakilla akui selagi ada peluang jaga dan besarkan Ameena dia sanggup buat apa saja kerana masa kecil anak sekali saja dan tak boleh nak undur kembali.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Sumber: ig Shakilla Khoriri & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.