Aaisyah Dhia Rana siapa yang tidak kenal dengan anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta ini bukan. Menginjak usia 9 tahun, Aaisyah memang gemar bergaya. Apa sahaja yang digayakannya sentiasa mencuri pandangan.
Setiap gaya yang ditampilkannya menarik perhatian ramai terutama ketika beraksi persis seorang model. Sama seperti ibunya, gadis kecil ini bijak mengatur langkah ketika berada di depan kamera.
Aaisyah Dhia Rana Anak Dara Che Ta Persis Macam Model
Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia sembilan tahun.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,”
Jom kita jamu mata antara gaya comel Aaisyah Dhia Rana.
Gelagat si comel Ardy Wira, anak pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad seringkali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya bercakap.
Bahkan Wira juga sudah pandai membaca ayat Al-Quran dengan baik menerusi beberapa perkongsian video ibunya di media sosial.
Terbaru, Wira terus menjadi kesayangan dan buah hati semua bila mana melaungkan azan buat pertama kalinya biarpun usianya kini baru mencecah empat tahun sepuluh bulan. Memang luar biasa!
Menerusi perkongsian tersebut, Ardy Wira atau lebih mesra disapa Wira kelihatan memakai baju tidur pijama berwarna biru gelap dan memakai kopiah berdiri serta melaungkan azan maghrib di rumah mereka.
“MashaAllah TabarakaAllah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira first azan,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Alunan merdu kalimah Allah itu sudah semestinya mampu mencairkan hati seorang ibu, begitu juga pengikut setia Wira di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa bangga dan sebak apabila melihat reaksi Wira.
Malah, ramai yang memuji cara didikan Betty kerana berjaya mendidik anaknya dengan ilmu agama dan akhlak yang cukup baik.
Terdahulu, anak kepada pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis ini pernah mencuri perhatian apabila dia kelihatan tidak kekok dan lancar membaca Al-Quran beserta taranumnya malah cukup petah berkata-kata.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Biarpun masih muda dan baharu saja mendirikan rumah tangga, Alif Muhaimin mempunyai prinsipnya sendiri bagi mengekalkan keharmonian perkahwinan bersama isteri tercinta, Nur Fatin Alissa. Kata bekas juara Hero Remaja 2017/2018 ini, ketelusan antara pasangan sangat penting untuk memastikan rumah tangga sentiasa bahagia.
Tidak membenarkan suami atau isteri untuk melihat apa kandungan di dalam phone atau merahsiakan kata laluan media sosial tidak patut berlaku. Seharusnya pasangan perlu tahu semua info tersebut biarpun kelihatan remeh kerana itulah antara perkara yang menjadi kunci kepercayaan dalam sesebuah perkahwinan.
“Dalam media sosial sekarang ni ada perbalahan yang melibatkan privasi dengan pasangan. Tak boleh suka hati nak tengok phone atau media sosial pasangan kita. Ada yang setuju, ada yang tidak.
Tapi bila ada perselisihan faham, mulalah kita ‘tarik’ semula kebenaran pasangan untuk tengok phone kita semua. Semua unsur negatif ni dah tertanam fikiran kita, buat kita rasa ego sebab fikir diri ni dah cukup bagus.”
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini lagi, kini semua orang cenderung untuk merasa ego. Tambahnya, bukan saja lelaki tetapi kaum wanita juga sudah mula ada rasa begitu mungkin kerana tersakiti dengan layanan pasangan yang tidak menghormati mereka.
Itu menyebabkan mereka menjadi ‘keras’ dan akhirnya timbul rasa ego kerana mahu menjaga perasaan sendiri.
Alif percaya dengan perbincangan secara baik dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain akan membuatkan sesebuah perkahwinan lebih bahagia dan sentiasa harmoni. Sebagai seorang suami dan bapa, perkara yang paling Alif utamakan adalah rasa sabar dan jangan sesekali berkasar dengan pasangan.
“Pada Alif, lelaki tak boleh naik tangan. Tak kisahlah kalau pasangan nak marah ke, baling-baling barang ke, jangan sesekali pukul isteri. Paling teruk pun, mungkin boleh keluar rumah.”
Kadang-kadang perselisihan faham yang berlaku disebabkan hal remeh sahaja, tapi sikap ego dan tak mahu mengalah yang membuatkan ia merebak seperti kuman yang menghancurkan rumah tangga.
Sebaik-baiknya jika ada sebarang masalah, bawalah berbincang dan saling menghomrati, jadilah pendengar dan jangan mengharapkan orang lain sahaja untuk menumpukan perhatian kepada kita. Layanlah pasangan seperti mana kita mahu mereka melayan kita.
Tak perlu lama pun, lima ke sepuluh minit setiap hari, luangkan masa bersama pasangan anda. Tiada gangguan luar, nikmati masa bersama. Biarpun kesannya mungkin tidak nampak hari ini, jika ia diamalkan secarakonsisten dapat memberi kebahagiaan kepada hubungan suami isteri.
Lima ke 10 minit itu, solatlah bersama pasangan. Kemudian berdoalah supaya perkahwinan sentiasa dilindungi. Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya.
Ambillah waktu solat Maghrib dan Isyak untuk solat dengan suami atau isteri. Pasangan berkahwin yang mengamalkan solat berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni. Banyak manfaat yang boleh dirasai apabila anda mengamalkan solat berjemaah.
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri. Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.