Anak kepada pelakon Che Ta, Aaisyah Dhia Rania dilihat memakai pakaian pesakit hospital semalam.
Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.
Ads
“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
Ads
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
Ads
“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.
Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.
Kehamilan berlaku apabila telur yang disenyawakan hasil daripada penyatuan telur dan sperma berjaya menanam dirinya ke dalam rahim. Namun begitu, tidak semua kehamilan berkembang secara normal. Terdapat pelbagai komplikasi yang boleh berlaku semasa kehamilan, dan salah satu yang paling berbahaya ialah kehamilan ektopik.
Istilah “kehamilan ektopik” berasal daripada perkataan Greek ektopas yang bermaksud “tidak pada tempatnya”. Ia merujuk kepada keadaan di mana telur yang telah disenyawakan menanam dan mula berkembang di luar rahim.
Dalam kehamilan biasa, telur yang disenyawakan akan bergerak dari tiub falopio ke rahim untuk menanamkan diri dan membesar. Namun, apabila pergerakan ini terganggu, telur tersebut boleh melekat di tempat yang tidak sepatutnya, sekali gus menyebabkan kehamilan ektopik.
Kebanyakan kes berlaku di tiub falopio dan dikenali sebagai kehamilan tiub. Keadaan ini sering berpunca daripada kerosakan atau penyempitan tiub falopio yang menghalang telur daripada bergerak ke uterus.
Menariknya, hampir separuh daripada wanita yang pernah mengalami kehamilan ektopik tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang jelas. Namun, terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh meningkatkan risiko.
Wanita yang aktif secara seksual sangat disarankan peka dengan sebarang perubahan pada badan, terutama jika ada tanda yang kelihatan seperti kehamilan awal namun disertai ketidakselesaan yang tidak biasa.
Ada wanita yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal, ada yang hanya mengalami simptom ringan, dan ada juga yang mengalami simptom yang jelas serta semakin teruk.
Antara gejala kehamilan ektopik ialah:
Kesakitan ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau muncul perlahan-lahan dalam tempoh beberapa hari. Dalam kebanyakan kes, sakit ini lebih ketara pada satu bahagian sahaja.
Pendarahan mungkin berbeza daripada haid biasa. Ada yang mengalami pendarahan ringan, ada juga yang lebih banyak atau kelihatan lebih gelap daripada biasa.
Gejala ini boleh menjadi tanda keadaan semakin serius. Ia berlaku apabila darah daripada pendarahan dalaman mula meresap ke bahagian abdomen dan memberi kesan kepada saraf tertentu, lalu menyebabkan sakit bahu.
Kesakitan ini biasanya:
Sentiasa terasa dan tidak hilang
Lebih teruk apabila baring
Bertambah sakit apabila bergerak
Tidak lega walaupun selepas mengambil ubat tahan sakit
Jika anda mengalami tanda ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Sesetengah wanita mengalami rasa tidak selesa pada perut seperti masalah usus, atau rasa sakit sewaktu membuang air kecil atau besar.
Jika tiub falopio pecah, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang berbahaya. Dalam kes yang jarang berlaku, pengsan boleh menjadi tanda awal yang pertama. Ini adalah situasi kecemasan dan memerlukan rawatan segera di hospital.
Kebanyakan wanita mula mengalami gejala sekitar minggu keenam kehamilan, iaitu kira-kira dua minggu selepas haid terlepas. Bagi wanita dengan kitaran haid tidak teratur, kehamilan mungkin tidak disedari pada peringkat awal.
Disebabkan simptomnya yang pelbagai dan kadangkala samar, mendiagnosis kehamilan ektopik bukanlah sesuatu yang mudah tanpa pemeriksaan lanjut.
Diagnosis kehamilan ektopik biasanya melibatkan gabungan beberapa pemeriksaan dan ujian perubatan.
Pengesanan awal sangat penting bagi mengelakkan komplikasi serius yang boleh mengancam nyawa wanita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan berlagak tetapi tindakan pelakon Amar Baharin larang bayinya disentuh atau dicium oleh orang yang tak dikenali ada sebabnya.
Bahkan tindakannya itu mendapat persetujuan dan sokongan daripada ramai netizen di instagram yang turut berkongsi pengalaman bayi masing-masing mengalami kesan buruk pada kesihatan selepas disentuh dan dicium oleh orang yang tidak sihat.
Sebagai bapa, Amar nyata terkesan apabila membaca artikel dalam website Pa&Ma mengenai nasib diterima oleh seorang bayi akibat sikap tidak sensitif sesetengah pihak.
Sebagai selebriti, Amar mengakui dia dan isterinya Amyra Rosli turut tidak terlepas daripada situasi Aqeef Anaqi, 6 bulan menjadi tumpuan orang ramai yang hendak menyentuh dan mencium si comel.
Namun selepas membaca kisah bayi malang tersebut, Amar tidak teragak-agak untuk meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan sikap kurang prihatin sesetengah pihak dalam instagram peribadinya.
Ternyata pelakon ini benar-benar kesal dengan apa yang terjadi sehingga meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan si kecil.
“Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung?” tulis Amar di Instagramnya.
Amar turut mengakui tak akan sesuka hati menyentuh mana-mana bayi yang ditemui walaupun geram dengan kecomelan mereka.
“Aku sendiri tak pernah nak sentuh mana-mana baby yang aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sebab aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa-apa jadi kat baby tu” ujarnya lagi.
Dia juga tidak akan teragak-agak untuk menegur sekiranya terlihat situasi tersebut berlaku pada mana-mana bayi.
Justeru Amar turut berpesan kepada semua ibu bapa supaya jaga keselamatan anak dengan baik. Tak perlu risau orang mengata bila kita tak bagi mereka cium anak kerana yang penting anak tak dapat kesan buruk daripada perbuatan tersebut.
“Dan aku berharap supaya ibu bapa di luar sana, tolong tolong… tolong jaga anak-anak korang dengan baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa macam ni. Please,” tegasnya lagi.
Bagi Amar, dia tidak kisah pandangan orang lain yang beranggapan dia dan isterinya agak sombong bila melibatkan bab menyentuh atau mencium anaknya.
Sebagai bapa apa yang lebih dipentingkan adalah mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku ke atas kesihatan dan keselamatan anaknya.
Kebanyakan wanita apabila bergelar isteri dan selepas itu bertukar status seorang ibu, kehidupannya akan berubah. Dulu mungkin boleh keluar untuk rehatkan minda dengan kawan-kawan tetapi bila ada anak dan isteri, perkara itu diletakkan nombor dua.
Persoalan yang selalu bermain difikiran seorang isteri adalah suami dan anak. Betul tak? Tapi perasan tak keadaan ini juga akan membuatkan isteri rasa sedikit stres. Mungkin masa anak-anak buat bising dan sepah rumah, ibu dah stres. Bila anak tidur, adalah sikit me time tapi fikiran ibu pula macam rasa anak terbangun atau menangis pula.
Kenapa keadaan ini boleh berlaku pada isteri dan macam mana nak buat diri kita sentiasa gembira dengan insan tersayang. Perkongsian dari penulis Keibubapaan dan Kekeluargaan, Mohd Fhais ini cukup memberi input positif buat anda sebagai isteri.
Masa jaga stres, masa tidur pun stres
Mulanya tak faham tengok isteri stres masa anak dah tidur. Ingatkan bila anak dah tidur dia lega dan happy, rupanya tidak.
Masuk bilik buka pintu biasa la ada bunyi sikit. Tak semena-mena kena sound, “buka pintu tu slow sikit nanti anak bangun”.
Masa tengah teman dia lipat baju tiba-tiba dia suruh, “abg g tengok anak kejap, macam bunyi suara aisy”. Padahal kita tak dengar pape pun.
Selagi mata tak lelap selagi tu duk stress je mak-mak ni ye.
Lama juga saya perhati, sekarang baru faham kenapa boleh jadi stres.
Rupanya isteri saya ni kurang Self Love. Dia tak buat aktiviti yang dia suka, dia kurang masa Me-Time dan kurang buat Self Care. Patut la!
Bila setiap hari dengan rutin yang sama, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur.
Selama bertahun-tahun buat benda yang sama, sampai satu saat dia lupa terus tentang diri sendiri, yang duk dalam kepala hanya anak kerja, anak kerja.
Setiap hari buat benda yang sama, otak pun boleh jadi sempit tau!
Itu yang sampai boleh terbayang bayang dalam minda anak menangis padahal anak tengah lena di buai mimpi sampai meleleh air liur.
Alhamdulillah, sekarang dah tak stress nampaknya..
Semenjak saya bagi isteri saya ikut Girl Fitness Club, hari demi hari saya nampak perubahan. Semakin hari semakin kurang stress, kalau setakat anak menangis ni dia boleh senyum lagi la.
Sehari sejam, seminggu 1-2 kali. Tak lama pun, dia pergi buat apa yang dia suka, saya buat apa yang dia perlukan. Saya jaga anak kat rumah.
Dah tak ada lagi dia cakap abg jangan bising, abg tengok anak, abg buat itu ini. Sekarang semua dia buat sendiri. Anak terjaga tengah tengah malam pun dia boleh cool lagi. Hebat sungguh Self Love ni ye.
Betullah apa orang kata, “we get what we deserve”
Kita layak di sayangi dan di hargai hanya apabila kita sendiri boleh memberi orang sekeliling rasa di sayangi dan rasa di hargai.
Self Love setiap orang berbeza. Ada yang suka shopping, ada yang suka tengok drama, ada juga yang suka tidur. Bagi peluang kat isteri cari kegembiraan dia, percayalah bila dia dah jumpa kalian akan jadi orang yang paling gembira dan bersyukur.
Sumber: Mohd Fhais
Isteri happy, anak happy, suami pun turut happy.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.