“Abang Buat Apa Ni Sayang” Gambar Comel Anak Amar Bahrin Buat Warganet Terhibur!

Share

Keletahnya sering menjadi perhatian wargamaya. Ada sahaja aksi dan telatah lucunya yang cukup menghiburkan. Anak pasangan pelakon, Amar Bahrin dan Amira Rosli, Afeeq Anaqi sememangnya sering menjadi perhatian.

Mana tidaknya, dengan wajah comelnya ditambah dengan pelbagai aksi lucu sering membuatkan wargamaya terhibur.

Terbaru menerusi Instagram ibu dan ayahnya, si comel Afeeq Anaqi terus menghiburkan semua dengan perkongsian sekeping gambar yang cukup lucu tapi kreatif.

Gambar yang menunjukkan Anaqi duduk di hadapan mesin cuci pakaian sambil mengambil gambar pusingan basuhan itu dengan hanya bertuala cukup membuatkan wargamaya terhibur malah gembira melihat aksi lucu Anaqi.

“Terlalu bosan tangkap gambar manusia penuh dengan filter… saksikan hasil karya Anaqi yang terbaru,” tulis di kapsyen @afeeqanaqi.

Dalam pada itu, menerusi Instagram, Amar turut berkongsi gambar yang sama.

“Pastikan “sahih” baru kongsi.

“Ni memang sahih anak aku… Abang buat apa ni sayang? @aqeefanaqi,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian gambar Amar itu membuatkan ramai terhibur dan seronok melihat aksi Anaqi yang sentiasa kreatif. Pelbagai reaksi turut dikongsikan wargamaya.

“Dia nak tengok baju betul-betul bersih ke tidak tu”

“Mungkin dia nampak sesuatu yang daddy tak nampak. Haaaa

“Mungkin sebagai bukti dah basuh baju”

 

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @amarbaharin & @afeeqanaqi

IKLAN