Setiap ibu tiada niat nak membeza-bezakan anak-anak. Namun kadang-kadang terasa penat bila si abang tak nak dengar arahan dan dalam tak sedar kita pula membandingkan anak-anak semata ingin si abang menurut perintah.
Situasi ini turut dilalui oleh isteri selebriti, Pu Abu iaitu Ain Afini dan turut dikongsi di laman instagramnya.
Menurutnya, dia mula sedar semalam ada kesalahan dalam melayani anak-anak mereka.
Semalam umi bawak aysar afi gunting rambut. Umi buat satu kesalahan dan baru umi sedar semalam
Masa gunting rambut umi banyak puji ” bagusnya afi duduk elok ” ” hensemnya afi “. Tujuan umi puji sebab nak bagi afi tak nangis masa gunting rambut dan tak susahkan orang tapi umi terlepas pandang aysar. Aysar pandang dengan pandangan sedih, tak confident.
Ads
Kadang tanpa sedar banyak dosa kita dengan anak. Tanpa sedar kita banyak pilih kasih. Bab ni sampai ke besar anak2 akan ingat…
Kadang tak perasan kita tunjukkan melalui perbezaan, percakapan. ” Abang taknak mengalah, abang takyah ikut umi. Adik baik, adik ikut pergi taman ” , ” abang cuba rajin sikit ” bagi mak2 ia cuma satu perkataan yang nak mendidik tapi ia boleh jadi kebencian sampai dewasa buat anak2
Ads
Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, sebagai ibu belum terlambat untuk berubah demi anak-anak.
Ada anak yang baik sikapnya jadi kita kurang bagi perhatian pada dia dan melebihkan yang lain sedangkan dia cuma anak kecik. Yang juga perlu perhatian dan kasih sayang 🥹
Belum terlambat, kita as parents kalau mampu minta maaf pada anak-anak, kita sedang ajar rasa hormat paling besar. Umi sayang semua sama rata tapi umi kadang salah cara, maaf abang 🤍
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Ain. Adakalanya tak sedar terlebih beri perhatian pada anak lain.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Pernah tak melihat anak dibawah umur 2 tahun nampak macam pukul muka adik dia atau baby? Ingat ya, dia bukan pukul. Sebenarnya, dia sedang cuba hendak membelai, namun tanganya belum boleh dia kawal pergerakannya dengan baik.
Cuba 3 langkah berkesan ini, untuk atasi kejadian seumpama ini :
1. Ibu bapa perlu jaga state diri.
Ibu atau bapa perlu sabar dan ingat yang anak ini masih dalam PROSES belajar. Tahan diri dari memarahinya.
2. Pegang lembut dan kemas tangannya.
Ambil tangannya dengan kemas dan lembut. Jangan dengan cara yang kasar atau menyakitkannya.
3. Beri kata peneguhan dan tunjukkan cara.
Cakap kepada dia; ” Sayang nak usap adik ya…good boy sayang mama ni…kita usap macam ni ya…gently..gently… macam mama usap pipi sayang mama ni…good boy mama sayang adik ya… Mama Loves You so much!
Walaupun dia mungkin nak pukul, namun dengan melakukan cara ini, dia tahu perbuatan yang menjadikan mamanya lagi sayang dia.
Ingat anak itu sedang belajar bagaimana hendak melayan adik dia. Oleh itu tunjukkan cara yang betul.
Jangan asyik menyangka dia jealous dengan adik dia…itu namanya doa yang tidak diingini.
Mudah kan, bila dah faham ni. InsyaAllah, ramai dah boleh lakukannya. Ibu yakin, sayang juga boleh. Ibu doakan.
Mempunyai baby comel pasti impian setiap pasangan yang berkahwin, tidak kira sama ada baby comel itu lelaki mahupun perempuan. Namun, dalam keseronokan mendapat baby comel, anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya, terutama apabila ia berkaitan dengan kulit, penggunaan produk yang bersesuaian dan masalah kulit yang mungkin dialami oleh baby comel anda.
Bayi baru lahir mungkin mengalami banyak masalah kulit memandangkan kulit mereka sedang mengadaptasi persekitaran di luar rahim. Jika dirawat dengan betul, kecacatan kulit tersebut akan hilang dari semasa ke semasa dan membentuk kulit yang cantik dan mulus.
Berikut adalah masalah kulit paling biasa dalam kalangan bayi baru lahir:
Disebabkan oleh rembesan kelenjar kulit, benjolan kecil putih atau kuning ini, yang berada pada muka bayi, sebenarnya adalah sista yang diisi dengan keratin dan sebum. Milia juga boleh berlaku di gusi. Berita baiknya adalah keadaan ini akan hilang dalam beberapa hari atau minggu pertama tanpa memerlukan sebarang rawatan. Minyak dan krim boleh memburukkan keadaan tersebut.
Berbentuk seperti lepuh kecil diisi cecair (atau nanah) atau benjolan merah di belakang, dada atau ketiak bayi, miliaria disebabkan oleh kelenjar peluh di dalam kulit yang tersumbat. Keadaan ini paling berkemungkinan ditemui di iklim panas dan lembap atau jika bayi dipakaikan pakaian yang terlalu tebal.
Cradle cap ialah keadaan kulit di mana penghasilan sebum yang terlalu banyak menyebabkan sel-sel kulit melekat, yang secara normalnya, tidak menyebabkan penghasilan tompok kuning berminyak atau keras di kepala bayi.
Lebih kurang 30% bayi baru lahir mempunyai jerawat dalam tempoh 4 bulan pertama (kebanyakannya bermula selepas 2 minggu). Pakar percaya bahawa kemunculan benjolan merah atau putih ini adalah disebabkan oleh transmisi hormon ibu kepada bayi. Memandangkan keadaan ini boleh hilang sendiri, tiada keperluan kepada minyak atau krim yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Keadaan ini dicirikan oleh ruam percikan merah (sebahagiannya mempunyai benjolan putih kekuningan di tengah) yang kebiasaannya berada di belakang, muka, dada atau lengan bayi. Berita baiknya adalah ia tidak membahayakan dan kebiasaannya hilang dalam tempoh beberapa bulan.
Sesetengah tanda lahir hilang dengan sendiri manakala ada juga yang kekal seumur hidup. Tanda lahir yang kerap berlaku ialah:
−Tompok Mongolia: Ia berlaku dalam lebih 90% dari orang Asia, orang asli Amerika, Afrika Amerika dan bayi Hispanik. Ia adalah tanda lahir berwarna hijau kebiruan atau sinar kebiruan yang paling kerap ditemui di belakang atau punggung bayi. Tanda lahir ini adalah berbentuk leper dan kebiasaannya hilang dalam tempoh 2 tahun.
−Tanda lahir gigitan bangau merah jambu: Ini adalah tanda lahir leper berwarna merah jambu yang berlaku di jambatan hidung, di bawah kelopak mata atau di belakang leher. Tanda tersebut boleh dirujuk sebagai “ciuman malaikat” jika ia berada di depan atau “gigitan bangau” jika di belakang.
−Hemangioma infantil (atau strawberi): Diperbuat dari saluran darah, tanda lahir berwarna merah ini bertambah saiz dan ketinggian dari semasa ke semasa. Kebiasaannya bermula antara umur 2-4 minggu. Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 tahun untuk hilang jika tidak dirawat.
Kulit bayi sentiasa sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kulit baby comel anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.
Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:
Jika baby comel anda berusia kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.
Apabila sudah melebihi 6 bulan dan anda perlu keluar di siang hari, anda perlu:
Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit baby comel anda. Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap (ointment) pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif. Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak anda untuk mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya. Jangan lakukannya dengan kerap. Dua kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak anda agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika anak anda mengalami ekzema.
Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:
Perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri anda dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal. Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat daripada doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.
Untuk mengelakkan alahan dan ruam, anda harus hanya menggunakan sabun basuh baju yang bebas daripada bau dan pewarna. Jangan lupa untuk basuh baju, sarung tilam dan selimut anak anda secara berkala dan berasingan dari pakaian ahli keluarga yang lain.
Produk yang dibuat menggunakan bahan-bahan asli seperti yang ada dalam produk organik adalah selamat untuk bayi kerana tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alergi dan toksik. Elakkan daripada membeli produk penjagaan bayi yang mengandungi bahan seperti di bawah:
Sebaliknya, semasa memilih produk penjagaan bayi, carilah produk dengan kandungan berikut:
Produk penjagaan diri bayi yang sering digunakan adalah seperti bedak, losen, minyak urut, salap dan tisu basah. Selain itu, antara produk lain yang perlu diberi perhatian ialah barangan mandian bayi seperti syampu, sabun badan, pencuci baju dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Bila kita memberi, memberilah dengan hati penuh rela dan rasa tawaduk sebab ada orang untuk kita memberi.
Dan bila kita berada di bawah, menerima, menerimalah dengan hati yang penuh bersyukur dan bergembiralah kerana Allah mendatangkan seseorang untuk memberi kepada kita. Itu rezeki kita juga yang Allah datangkan melalui orang itu. Maka ringankan mulut mengucap terima kasih dan janganlah mulut berat untuk mendoakan orang yang sudi memberi.
Menurut Ibu Rose, dia melihat terlalu banyak orang tidak tahu menerima pemberian dengan hati yang gembira dan bersyukur. Malah bila orang memberi ada yang berasa terhina. Pelik bin Ajaib mindset ni.
Dan lagi pelik bila mereka menyuruh anak mereka mengucap terima kasih bila diberi sesuatu. Mereka tidak sedar, apabila mereka di tempat menerima itu, mereka telah menunjukkan contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.
Kadang-kadang yang terbit di muka mereka adalah rasa sedih dan bersalah kerana orang memberi. Ada juga yang masam kerana orang memberi kepada mereka atau anak-anak mereka. Yang ini memang Ibu tak faham langsung mindset mereka.
Ibu teringat satu kejadian di dalam hidup Ibu. Pada masa itu Ibu masih seorang Ibu muda yang penuh masalah. Hari itu, Arwah Mak Mertua Ibu membawa Ibu, suami dan anak-anak membersih kubur Arwah nenek.
Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang tua dan nampak uzur. Arwah Mak Mertua mengatakan dia itu menjaga kebersihan kubur di situ. Ibu lantas bertanya, “Boleh Ji nak bagi sikit sedekah Ma?” Ma mengatakan boleh.
Ibu hulur beberapa ringgit yang Ibu ada masa itu. Masa itu Ibu tidak bekerja jadi beberapa ringgit tu kira banyaklah bagi Ibu .Dia lalu mengangat tangan dan terus membaca doa kesyukuran. Ibu ingat lagi doanya; ” Ya Allah murahkan rezeki budak ini…”
Tak sampai sebulan selepas itu; memang rezeki Ibu melimpah ruah dengan peluang pekerjaan yang bertambah-tambah. Masalah pun telah banyak dapat diatasi.
Inilah contoh akhlak mulia seseorang itu bila menerima. Menerima dengan penuh rasa bersyukur dan menunjukkan penghargaan kepada yang memberi.
Tidak kira di mana tangan kita; tunjukkanlah akhlak yang baik bila memberi dan juga menerima.
Jangan berat mulut mengucapkan terima kasih. Jangan susahkan diri menunjukkan muka yang manis. Tidak hina kita bila menerima pemberian.
Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik bila menerima, untuk mengucap terima kasih dengan muka yang manis dan hati yang gembira; agak-agaknya adakah anak-anak kita akan tahukah berterima kasih kepada kita?
Kita ajarlah seribu kali untuk dia mengucapkan terima kasih bila dia diberi kita beri sesuatu, kalau contoh dari kita sendiri tidak pandai mengucap terima kasih, maka jadilah kita seperti ketam mengajar anak berjalan betul!
Adakah kita mahu begitu?
Kredit: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.