Pasangan ini sering menjadi inspirasi kerana perkongsian tentang kehidupan dan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa. Baru-baru ini, warga maya terhibur apabila Nadzmi berkongsi sebuah video ketika mereka sekeluarga sedang menjalani penggambaran.
Dalam video tersebut, Nadzmi melakonkan watak sedang marah. Suara dikuatkan dan nampak seperti dia benar-benar marahkan Ardell. Tapi, lain pula jadinya apabila anak mereka ketawa melihat lakonan ayahnya itu.
Ads
Telatah comel Urwa itu secara tidak langsung membuatkan Ardell tergelak dan seluruh kru produksi juga terhibur. Sempat juga Nadzmi berkata pada anaknya, “Yuwa jangan gelak, tengah berlakon. Abi bukan buat lawak, Abi tengah marah!”.
Berikut respon warga maya apabila menonton video si comel Urwa:
Ads
Memang comel sungguh Urwa ni! Muka pun manis je, suka senyum dan ketawa. Tak perlu dipertikaikan lagi, Urwa memang mewarisi kecomelan ibunya dan sifat kelakar dari ayahnya. Semoga Urwa terus membesar dengan sihat dan membanggakan kedua-dua orang tuanya.
Kalau dapat, anak mesti suka. Mahukan anak belajar sambil belajar, boleh klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada Ogos lalu, pelawak Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Setelah empat bulan proses itu dilakukan, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi isterinya akan melalui proses terpenting dalam IVF iaitu memasukan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Namun dalam perkongsian itu, pasangan ini berserah kepada ketentuan Allah. Jika berjaya alhamdulillah namun seandainya gagal mereka perlu reda dan bersyukur dengan apa saja yang dah ditentukan.
Menerusi satu hantaran video terbaru di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Video itu memaparkan Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Di komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Kakak doakan mama ye..”
Sementara itu, di instagram Anne pula, dia berkongsi paparan video yang melihatkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah menangis setelah mendapat tahu keputusan mamanya tak berjaya. Walaupun masih kecil, Tiara seolah-olah faham apa yang berlaku.
Lagi bertambah sebak, melihat Anne yang memujuk Tiara sambil mengalir air mata dan meminta anaknya mendoakan agar Allah berikan rezeki baby lagi pada masa akan datang.
“Kakak nak kawan baby..sambil memeluk mamanya.”
Allah dah aturkan yang terbaik
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Achey Bocey & Anne Achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebenaran untuk ketua keluarga atau wakil keluarga keluar membeli barang makanan atau keperluan dengan membawa seorang lagi ahli bersamanya telah dibenarkan.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.
Masa sama, warta kerajaan itu mengekalkan peraturan sebelum ini, iaitu mereka yang mahu keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain, hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.
Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.
Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada 21 Mac lalu, Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan, untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP Fasa 3 yang berakhir semalam, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula hari ini hingga 12 Mei depan.
Sesi persekolahan seperti biasa. KPM akhirnya disahkan menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus menjawab khabar angin yang tular sejak kebelakangan ini mengenai kemungkinan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Khabar angin tersebut sebelum ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat. Ramai yang tertanya-tanya sama ada sistem pembelajaran akan berubah secara mengejut seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak kementerian menegaskan bahawa sesi persekolahan ketika ini berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berhubung pelaksanaan PdPR.
Menurut KPM, mereka sentiasa prihatin terhadap kegusaran masyarakat dan memahami kebimbangan ibu bapa yang mahukan suasana pembelajaran terbaik serta selamat untuk anak-anak.
“Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.”
Penegasan mengenai sesi persekolahan seperti biasa KPM ini sedikit sebanyak melegakan ramai ibu bapa yang sebelum ini risau memikirkan kemungkinan perubahan sistem pembelajaran secara mengejut.
Bagi kebanyakan keluarga, kestabilan dalam sistem pendidikan amat penting supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan rutin pembelajaran di sekolah tanpa gangguan.
Lebih-lebih lagi bagi ibu ayah yang mempunyai anak-anak baharu melangkah masuk ke Tahun 1 dan sekolah rendah, pastinya pelbagai kebimbangan bermain di fikiran daripada soal keselamatan, penyesuaian diri anak di sekolah hinggalah kestabilan emosi mereka dalam persekitaran baharu.
Bagi ibu bapa, fasa awal persekolahan adalah tempoh penting untuk anak membina keyakinan diri, belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu. Sebarang perubahan mendadak seperti PdPR pastinya memberi cabaran besar kepada anak-anak kecil ini.
Dengan pengesahan bahawa sesi persekolahan seperti biasa KPM diteruskan, ramai ibu bapa kini berasa lebih tenang kerana anak-anak dapat terus belajar secara bersemuka bersama guru dan rakan sekelas.
Tinjauan di ruangan komen media sosial KPM mendapati rata-rata ibu bapa meluahkan rasa lega dan syukur dengan penjelasan tersebut.
Ramai yang menyifatkan keputusan meneruskan sesi persekolahan seperti biasa KPM sebagai langkah terbaik demi memastikan perkembangan akademik dan sosial anak-anak tidak terganggu.
Pembelajaran secara bersemuka dianggap lebih berkesan terutama bagi murid sekolah rendah yang memerlukan bimbingan secara langsung daripada guru.
Interaksi dengan rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak.
Ada juga yang berharap agar pihak sekolah terus mempertingkatkan aspek keselamatan serta kebajikan murid supaya ibu bapa dapat menghantar anak ke sekolah dengan hati yang tenang.
Antara perkara yang sering menjadi perhatian termasuklah kebersihan kawasan sekolah, pemantauan disiplin murid, serta komunikasi yang jelas antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Langkah-langkah ini penting bagi memastikan suasana pembelajaran kekal kondusif selari dengan keputusan meneruskan sesi persekolahan seperti biasa KPM.
Dalam situasi yang mencabar, komunikasi jelas daripada pihak berautoriti amat penting bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan masyarakat.
Penyebaran maklumat tidak tepat boleh mencetuskan kebimbangan yang tidak perlu, terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan anak-anak.
Justeru itu, orang ramai disarankan agar sentiasa merujuk sumber rasmi sebelum mempercayai atau berkongsi sesuatu berita.
Apa pun, ibu ayah disarankan untuk sentiasa mendapatkan maklumat sahih daripada saluran rasmi dan tidak mudah terpengaruh dengan berita tidak pasti berkaitan sesi persekolahan seperti biasa KPM.
Dengan maklumat yang jelas dan tepat, ibu bapa dapat membuat keputusan terbaik demi kesejahteraan dan masa depan pendidikan anak-anak.