Di sebalik air yang tenang, rupanya tersimpan duka paling dalam. Malang tak berbau, tragedi ini meragut pelajar tingkatan tiga.
Khabar duka ini tular semalam di media sosial. Remaja Tingkatan 3 dipercayai ditarik dan dibaham oleh buaya ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Sejak malam tadi, video di sekitar kawasan kejadian tersebut mula dimuat naik oleh penduduk di sana ke platform media sosial
Difahamkan, insiden menyayat hati ini berlaku ketika Abi sedang memancing di kawasan sungai tersebut. Beberapa pihak mendakwa kehadiran buaya mungkin berpunca daripada jaring ikan berisi ayam mentah yang diletakkan oleh individu tidak dikenali satu perbuatan yang kini dipersoal hebat oleh masyarakat setempat.
Ads
Difahamkan jasad mangsa telah dikesan, namun proses membawa naik masih berdepan kesukaran. Orang ramai yang mendengar berita terus membanjiri lokasi untuk melihat pihak bomba mengendalikan kejadian terbabit.
Ads
Ads
@myramanja2Allahuakbar kawan sekolah anak aku baru tgktn 3 kena baham buaya😭
Salam takziah buat keluarga Abi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diberi keampunan oleh-Nya. Salah seorang rakan turut berkongsi kesedihan di TikTok, mengenang sahabat yang pergi terlalu awal. Pihak penyelamat bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ketika ini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa kepada bayi 8 bulan yang maut, Muhammad Al-Fateh Amri, selepas didakwa didera pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka terharu apabila ditawarkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) percuma oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Selain pasangan tersebut, rawatan IVF percuma ini turut diberikan kepada 64 pasangan lain yang terpilih.
Ibu kepada allahyarham Muhammad Al-Fateh, Pn Sabrina Hakiem Zaini, 40, bersama suaminya, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 40, meluahkan rasa syukur atas peluang kedua untuk menimang cahaya mata.
Sabrina yang bekerja sebagai guru berkata, tawaran daripada Tunku Azizah membuka jalan untuk mereka menjalani rawatan IVF selepas tragedi menimpa anaknya, Muhammad Al-Fateh Amri, pada 6 September tahun lalu.
“Saya sangat bersyukur kerana selepas kejadian itu, Tuanku terus memberi kami peluang untuk menjalani rawatan IVF.
“Kami berharap rawatan kali ini berjaya dan sekali lagi diberi rezeki untuk menimang cahaya mata,” ujarnya.
Majlis penyampaian surat tawaran tajaan rawatan IVF TAFF yang berlangsung semalam disempurnakan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur.
Baginda, selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF menyerahkan sendiri surat tawaran tersebut kepada 65 pasangan yang terpilih untuk menjalani rawatan IVF secara percuma.
Dalam pada itu, suami Sabrina, En. Mohd Fikry Amri mengakui terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai Tengku Ampuan Pahang pada Januari lalu, memaklumkan baginda berkenan menaja rawatan IVF mereka melalui TAFF.
“Saya benar-benar tidak menyangka kes pemergian anak kami, Al-Fatih, yang meninggal dunia di rumah pengasuh mendapat perhatian Tengku Ampuan sendiri.
“Kami sangat bersyukur kerana diberikan peluang ini dan menerima tajaan rawatan IVF daripada baginda.
“Selama 13 tahun kami menunggu untuk mendapat zuriat dan sempat menjaga Al-Fateh selama lapan bulan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia dan isteri bercadang untuk menjalani rawatan IVF percuma itu di Melaka kerana memudahkan segala urusannya dan isteri.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Tragedi menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih menghantui hati ramai. Seorang gadis kecil yang sepatutnya membesar dengan penuh kasih sayang, pergi meninggalkan kita dengan cara yang cukup memilukan akibat perbuatan buli yang tidak berperikemanusiaan.
Hari ini, episod duka itu memasuki bab baharu apabila lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, berhubung kes yang meragut nyawa Zara.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah meneliti kertas siasatan polis dan memutuskan untuk mendakwa beberapa individu berdasarkan keterangan yang diperoleh. Menurut AGC, keputusan untuk mendakwa suspek dilakukan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, berlandaskan bukti serta fakta hasil siasatan.
Tragedi ini bukan sekadar kisah Zara seorang, tetapi satu tamparan buat kita semua tentang betapa seriusnya isu buli yang semakin membarah dalam masyarakat.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini, pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada pagi 16 Julai.
Terkini ketika berita ini ditulis 8.15am: Perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang dikawal ketat menjelang prosiding lima remaja.
Kelihatan seawal jam 7 pagi, perkarangan kompleks mahkamah sudah mula dipenuhi dengan kehadiran anggota keselamatan, petugas media serta orang awam yang ingin mengikuti rapat perkembangan kes berprofil tinggi ini.
Kadang-kadang rezeki datang dengan cara yang tidak disangka. Itulah yang berlaku kepada seorang usahawan kek dari Semenyih, Nurul Izzah Abdul Halim, 31, apabila kisah lucu melibatkan anaknya tular di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai.
Menurut Nurul Izzah, insiden tersebut berlaku Sabtu lalu ketika beliau baru sahaja menyiapkan tempahan kek untuk dihantar kepada vendor. Namun, disebabkan cuaca buruk, urusan itu terpaksa ditangguhkan.
“Lepas siap semua kek, saya terus letak dalam kereta. Cuma masa tu kunci tak jumpa, hampir 30 minit baru dapat. Bila tengok langit gelap dan angin kuat, saya yakin ribut nak datang, jadi saya tak jadi hantar,” jelasnya.
Selain kek, beliau juga sempat menyediakan manisan Dalgona Candy untuk dijual pada harga RM2 sebiji. Namun, katanya lagi, beliau berpesan kepada anak supaya menjual dengan harga RM1 sahaja kerana hasilnya kurang menjadi.
Tanpa diduga, anaknya tersalah faham lalu menjual kek tapak kuda yang sepatutnya berharga RM5 sebiji secara percuma.
“Esoknya, ada pelanggan datang bertanya, ‘Acik sini ada jual kek tapak kuda ke? Ingatkan seringgit je.’ Masa tu baru saya sedar rupanya anak tersalah jual. Kek yang harga RM5 tu habis diberi percuma,” katanya sambil ketawa kecil.
Disebabkan kisah itu, ramai menyangka ia hanyalah strategi pemasaran untuk menarik perhatian. Namun, Nurul Izzah menjelaskan perkara itu berlaku secara spontan.
“Ya, memang orang bisnes kena pandai bercerita. Kalau tidak, orang tak pandang posting kita. Tapi untuk minta simpati, itu memang tak ada,” tegasnya.
Kek tapak kuda hasil tangan Nurul Izzah dijual RM5 sebiji, dibuat segar setiap hari dan sudah beberapa kali menarik minat pelanggan setia di kawasan Semenyih. Kini, beliau berniaga dari rumah sahaja kerana perlu menjaga dua anaknya.
Lebih manis, selepas kisah itu tular, seorang individu telah tampil untuk membayar semula semua kek yang telah diberikan percuma oleh anaknya.
“Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai cara. Anak-anak dapat makan kek, saya tetap dapat duit, dan individu itu pula dapat pahala. Ada lebihan duit, insya-ALLAH saya akan infaqkan kek untuk anak-anak yatim atau maahad tahfiz,” katanya yang telah mengusahakan jenama Izady Cake sejak hampir lima tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!