Ibu bapa kepada bayi 8 bulan yang maut, Muhammad Al-Fateh Amri, selepas didakwa didera pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka terharu apabila ditawarkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) percuma oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Selain pasangan tersebut, rawatan IVF percuma ini turut diberikan kepada 64 pasangan lain yang terpilih.
Ibu kepada allahyarham Muhammad Al-Fateh, Pn Sabrina Hakiem Zaini, 40, bersama suaminya, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 40, meluahkan rasa syukur atas peluang kedua untuk menimang cahaya mata.
Sabrina yang bekerja sebagai guru berkata, tawaran daripada Tunku Azizah membuka jalan untuk mereka menjalani rawatan IVF selepas tragedi menimpa anaknya, Muhammad Al-Fateh Amri, pada 6 September tahun lalu.
“Saya sangat bersyukur kerana selepas kejadian itu, Tuanku terus memberi kami peluang untuk menjalani rawatan IVF.
“Kami berharap rawatan kali ini berjaya dan sekali lagi diberi rezeki untuk menimang cahaya mata,” ujarnya.
Majlis penyampaian surat tawaran tajaan rawatan IVF TAFF yang berlangsung semalam disempurnakan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur.
Ads
Baginda, selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF menyerahkan sendiri surat tawaran tersebut kepada 65 pasangan yang terpilih untuk menjalani rawatan IVF secara percuma.
Dalam pada itu, suami Sabrina, En. Mohd Fikry Amri mengakui terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai Tengku Ampuan Pahang pada Januari lalu, memaklumkan baginda berkenan menaja rawatan IVF mereka melalui TAFF.
“Saya benar-benar tidak menyangka kes pemergian anak kami, Al-Fatih, yang meninggal dunia di rumah pengasuh mendapat perhatian Tengku Ampuan sendiri.
“Kami sangat bersyukur kerana diberikan peluang ini dan menerima tajaan rawatan IVF daripada baginda.
“Selama 13 tahun kami menunggu untuk mendapat zuriat dan sempat menjaga Al-Fateh selama lapan bulan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia dan isteri bercadang untuk menjalani rawatan IVF percuma itu di Melaka kerana memudahkan segala urusannya dan isteri.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Ads
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
“Besar pengorbanan dia, saya memang tak dapat nak balas jasanya. Moga Allah bagi ganjaran syurga buatnya,” kata pelakon Along Eyzendy mengulas pengorbanan isteri, Hamidah Mohd. Yatim yang mendermakan sebelah buah pinggang untuk dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Pelakon berusia 42 tahun itu dan Hamidah, 37, melakukan proses pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang pada 15 April lalu dan kini masih dalam pemulihan.
“Kami masuk wad pada 10 April lalu. Pada 16 April baru saya dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU). Mungkin saya akan ditahan selama dua minggu dan isteri keluar awal sikit. Alhamdulillah, keadaan kami berdua stabil,” katanya.
Along berkata, keinginan isterinya untuk mendermakan sebelah buah pinggang bermula apabila menemaninya setiap kali menjalani pemeriksaan doktor.
“Doktor beritahu cara untuk pulihkan buah pinggang sepenuhnya ialah menerusi pemindahan buah pinggang. Dari situlah isteri kata dengan doktor, dia berminat nak buat.
“Mulanya saya terkejut juga. Dia cakap buat ujian dulu untuk tengok keserasian. Dia nak dermakan buah pinggang kanan.
“Setahun juga kami ambil masa untuk buat pemeriksaan untuk tengok hasil. Kebetulan darah kami sama jenis AB. Alhamdulillah isteri pun sihat tiada apa-apa penyakit,” katanya.
Menurut Along, proses itu sepatutnya dibuat pada Januari lalu tetapi tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
“Kos untuk proses ini saya tanggung sendiri. Namun syukurlah saya dapat sumbangan daripada kawan sekolah. Saya amat terharu dan berterima kasih kepada mereka.
“Sedikit sebanyak ia membantu juga. Harapan saya agar cepat sembuh untuk kembali bekerja bagi menampung keluarga,” katanya yang mengajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Perkahwinannya dengan Hamidah, seorang suri rumah tangga dikurniakan tiga anak. Terdahulu media melaporkan Along menghidap sakit buah pinggang kronik dan hanya 19 peratus saja berfungsi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Riang nak sambut raya bertukar tragedi. Dua beradik cedera parah selepas dipercayai terkena mercun bola dalam kejadian menyayat hati di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada Selasa.
Kegembiraan yang sepatutnya diisi dengan gelak tawa kini bertukar menjadi tangisan dan kesakitan. Difahamkan kejadian pertama yang berlaku di Kedah pada Ramadan ini.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.15 malam itu mengakibatkan mangsa berusia empat dan tujuh tahun dikejarkan ke Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Beliau berkata, siasatan awal polis ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak menyedari anak mereka sedang bermain mercun di luar rumah.
“Hasil siasatan mendapati dua beradik itu bermain mercun bola yang diperoleh dari rakan sekampung.
“Manakala ibu kanak-kanak tersebut memaklumkan dia hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera.
“Ketika kejadian bapa kanak-kanak itu tiada di rumah,” katanya.
Abdull Razak berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan.
Bagaimanapun, abang parah dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.
“Kita telah membuka kertas siasatan bersangkut kejadian ini yang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.
“Manakala denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal,” katanya.
Ini merupakan kejadian pertama akibat mercun berlaku di negeri ini bagi Ramadan tahun ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MK K-Clique dan isteri adakan majlis akikah bayi sulung, “Tengok pipi Aya Rayana pun dah tahu comel. Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 Ogos yang lalu.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menganggap kelahiran bayi sulungnya itu sebagai pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri. Sebulan selepas kelahiran bayinya itu, MK berkongsi pula nama anaknya. Aya Rayana, nama yang menjadi pilihan pasangan ini.
MK K-Clique & Isteri Adakan Majlis Akikah Bayi Sulung, “Tengok Pipi Aya Rayana Pun Dah Tahu Comel”
Terbaharu, MK dan isterinya telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulungnya itu. Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Zalleysahar85 menarik perhatian ramai. Video itu memaparkan sekitar majlis aqiqah berlangsung.
Majlis aqiqah itu diadakan di kampung MK. Warna merah jambu menjadi tema untuk majlis tersebut. Menerusi hantaran itu juga dapat dilihat pelamin kecil yang disediakan khas untuk majlis tersebut.
Jelas terbayang kegembiraan pada ajah MK dan juga isterinya, Hajaar. Perkongsian video tersebut meraih perhatian ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, MK dan Hajaar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.
Datuk Siti Nurhaliza buat 'live' dalam bilik Afwa cuit hati warga maya - "Ibu bisinglah." Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi satu insiden lucu membabitkan anak keduanya, Muhammad Afwa, yang berlaku ketika beliau sedang membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.