Acha Septriasa, pelakon yang cukup dikenali ramai menerusi filem Heart, kini memegang status baharu dalam hidupnya seorang ibu tunggal. Perkahwinannya bersama jurutera teknologi maklumat, Vicky Kharisma, telah pun berakhir apabila mereka sah bercerai pada 19 Mei 2025.

Berita ini pastinya menyentuh hati ramai wanita dan ibu, terutamanya mereka yang pernah melalui fasa getir dalam kehidupan berumahtangga.

Acha Septriasa Kini Bergelar Ibu Tunggal, Kuat Demi Anak

Difahamkan, Acha, atau nama penuhnya Jelita Septriasa, 35, memfailkan penceraian di Mahkamah Agama Jakarta Pusat pada Disember 2024. Permohonan itu dilakukan selepas setahun pasangan ini tidak lagi tinggal bersama.

Rumah Tangga Mula Retak Sejak 2021

Menurut salinan keputusan mahkamah, hubungan Acha dan suaminya mula berantakan sejak Oktober 2021, apabila pertengkaran dan perselisihan mula mewarnai kehidupan mereka. Malah, sepanjang tempoh itu, suaminya dikatakan beberapa kali melafazkan talak, termasuk ketika bergaduh sesuatu yang pastinya meninggalkan kesan emosi yang mendalam buat si isteri.

Ads

Mahkamah akhirnya memutuskan perceraian secara verstek (tanpa kehadiran suami), selepas Vicky tidak menghadiri perbicaraan meskipun telah dipanggil secara rasmi.

Kuat Demi Anak

Perkahwinan yang dibina sejak 1 Disember 2016 itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bridgia Kalina Kharisma, kini berusia 7 tahun. Bagi Acha, meskipun rumah tangganya tidak lagi seperti dahulu, keutamaan kini adalah membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dan kestabilan emosi.

Ads

Acha Septriasa Kini Bergelar Ibu Tunggal, Kuat Demi Anak

Sebagai ibu, pastinya bukan mudah untuk menerima perpisahan. Namun Acha membuktikan bahawa walaupun terluka, dia tetap kuat demi anak yang menjadi pelengkap hidupnya.

Ads

Cinta Yang Bermula Di Malaysia

Pasangan ini pernah melalui fasa bahagia. Mereka berkenalan ketika masing-masing menuntut di sebuah universiti di Malaysia. Hubungan diteruskan meskipun Vicky berhijrah ke Sydney, Australia atas urusan kerja, dan Acha turut mengikut jejaknya selepas mereka bernikah.

Namun seperti yang kita tahu, setiap perkahwinan itu penuh ujian. Tidak semua perjalanan sampai ke garisan penamat yang diimpikan.

Kini, Acha kembali aktif dalam dunia seni dan memberi tumpuan kepada kehidupan sebagai seorang ibu. Di sebalik senyuman yang dipamerkan, ramai yang dapat merasakan kekuatan wanita ini yang menjadi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana.

Kadangkala, menjadi kuat itu bukan pilihan tetapi satu keperluan. Demi anak. Demi diri sendiri. ❤️

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads