Tahu kah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya! Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah. Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan.
1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
Ads
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
Ads
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
Ads
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pasti pernah mengalami hari yang luar biasa sibuk—penat bekerja, menjaga anak-anak, dan mengurus rumah tangga tanpa henti. Dalam kesibukan itu, ada kalanya mereka hanya mahukan sedikit masa untuk diri sendiri. Namun, detik yang kelihatan kecil itu boleh bertukar menjadi tragedi yang mengubah hidup selama-lamanya.
Itulah yang berlaku kepada Maya Hernandez, seorang ibu muda berusia 20 tahun dari Bakersfield, California. Niatnya hanya mahu memanjakan diri sebentar di spa kecantikan, tetapi keputusan tersebut telah meragut nyawa anak keduanya, Amillio Gutierrez, yang baru berusia setahun.
Menurut laporan NBC News, Maya memutuskan untuk singgah ke sebuah spa bagi mendapatkan rawatan suntikan bibir. Prosedur itu dijangka hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit. Sebelum masuk ke spa, Maya meninggalkan dua orang anaknya—Amillio dan anak sulungnya yang berusia dua tahun—di dalam kereta.
Kereta jenis Toyota Corolla Hybrid yang digunakan Maya mempunyai fungsi keselamatan automatik di mana enjin akan tertutup secara sendiri selepas kira-kira 60 minit jika tiada pergerakan. Maya tidak mematikan enjin dan telah memasang penghawa dingin bagi memastikan anak-anaknya kekal selesa.
Namun, siapa sangka? Fungsi automatik itu menjadi punca malapetaka.
Pada hari itu, suhu luar mencecah 38°C. Dalam masa lebih sejam, suhu dalam kereta meningkat sehingga 60°C—seumpama dalam ketuhar. Apabila enjin tertutup secara automatik, penghawa dingin turut berhenti. Maya pula menyangka anak-anaknya akan selamat dengan adanya bekalan makanan ringan dan susu yang ditinggalkan.
Tetapi rawatan di spa mengambil masa hampir 90 minit. Bila Maya kembali ke kereta, dia menemui Amillio dalam keadaan tidak sedarkan diri, mengalami sawan, dan mulut berbuih. Anak sulungnya pula dalam keadaan keletihan yang amat sangat kerana kepanasan dan dehidrasi.
Maya sempat memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan. Namun, segalanya sudah terlambat. Amillio disahkan meninggal dunia dengan suhu badan mencecah 42.8°C. Abangnya bernasib baik—masih stabil dan kini dalam jagaan perlindungan kanak-kanak.
Ibu muda ini kini berdepan dengan tuduhan jenayah termasuk pembunuhan tanpa niat (manslaughter) dan kekejaman terhadap kanak-kanak. Maya telah dibicarakan dan mengaku tidak bersalah.
Kes ini telah menjadi bualan ramai, bukan sahaja di California, malah di seluruh dunia. Nenek kepada kanak-kanak itu, Katie Martinez, berkata:
“They couldn’t even save themselves. They were strapped in their car seats. She shuts the doors and walked away.”
Kenyataan itu benar-benar menyayat hati dan menjadi peringatan buat semua ibu bapa.
Kisah ini menjadi satu peringatan yang tidak boleh dipandang ringan. Jangan sesekali meninggalkan anak-anak dalam kereta walau sekejap, sama ada untuk urusan ringkas mahupun kecemasan. Suhu di dalam kenderaan boleh meningkat dengan pantas dan meragut nyawa dalam sekelip mata.
Malang tidak berbau. Semoga tragedi ini membuka mata dan hati kita semua agar lebih peka dan bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ajar anak menggunakan ayat yang mudah kalau nak meraka pandai bahasa lain”, perkongsian yang menarik dari Puan Arda’a Ali ibu kepada adik Fatimah Noryyah di program TV Pa&Ma pukul 12 tengah hari di Astro Prima dan Maya HD. Beliau turut berkongsi cara mendidik anaknya menguasai bahasa lain.
CARA MENDIDIK ANAK MENGUASAI BAHASA LAIN
Saya mulakan dengan ayat-ayat yang mudah dalam bahasa Mandarin. Bila Fatimah sudah boleh gunakan bahasa tersebut, dia akan menggunakan dalam gaya bahasa yang mudah.
Semasa saya menjadi guru Mandarin, saya belikan anak saya buku mandarin tahap rendah. Dia mula belajar sebutan dan tulisan. Saya selalu tekankan cara menyebut empat bunyi yang penting dalam bahasa Mandarin.
Bagi Fatimah pula, bahasa Mandarin ini sangat mudah kerana ibunya pandai berbahasa Mandarin. “Di rumah saya dan ibu menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pertuturan dan kami selalu berlatih”.
Fatimah anak yang cepat belajar. Dia mula masuk pertandingan menyanyi di sekolah dan ketika itu ada ibu kawanya memperkenalkan Fatimah kepada juri di satu pertandingan menyanyi di Kepong. Selapas itu juri tersebut menghantar suara Fatimah ke Negara China. Fatimah menjadikan nyanyian sebagai minat dan bahasa Mandarin sebagai kelebihan buat dirinya.
Untuk ketahui lebih lanjut bagaimana peranan ibu bapa dan tip untuk menjadikan anak sebagai Si Cilik Multi Lingual boleh tonton episod ulangan Si Cilik Multi Lingual yang dibawakan oleh Novamil di Astro Prima & Astro Maya HD pada jam 9 malam nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bijak bukan lahir sebab tuah semata-mata. Ia bermula daripada otak yang sihat, tenang dan berfungsi dengan optimum.
Ramai ibu bapa terlalu fokus pada keputusan peperiksaan, jadual tuisyen yang padat dan latihan tanpa henti. Tapi satu perkara asas sering terlepas pandang keupayaan otak anak itu sendiri.
Bila otak letih, kurang nutrisi, kurang tidur dan dibebani tekanan, proses pembelajaran jadi perlahan. Anak jadi mudah lupa, susah fokus dan cepat emosi walaupun sebenarnya mereka berpotensi besar.
Berita baiknya, kita tak perlukan cara yang rumit atau mahal. Dengan perubahan kecil dalam rutin harian, otak anak boleh “dipowerkan” secara semula jadi.
Berikut 6 tips praktikal untuk bantu anak jadi lebih bijak dengan memaksimumkan fungsi otak mereka.
Kajian dalam Frontiers in Public Health mendapati berjalan selama 10 minit sahaja mampu meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan matematik.
Lebih menarik, peningkatan paling ketara berlaku pada pelajar yang sebelum ini lemah akademik. Memori mereka menjadi lebih baik dan prestasi otak meningkat.
Kajian lain dalam Journal of Experimental Biology (2017) pula menunjukkan berjalan kaki meningkatkan aliran darah ke otak. Bila bekalan darah bertambah, prestasi kognitif dan daya ingatan turut meningkat.
Tip mudah:
• Jadikan berjalan sebagai aktiviti keluarga
• Bila anak buntu dengan kerja sekolah, suruh dia berjalan sekejap sebelum sambung semula
Ringkas, percuma dan sangat berkesan untuk perkembangan otak anak.
Anak adalah apa yang mereka makan.
Jika makanan harian penuh dengan jajan dan makanan ultra-proses, otak anak akan menerima kesannya.
Perkenalkan konsep B.I.T:
Blueberries, strawberries, cherry dan blackberries membantu menguatkan hippocampus, pusat memori otak. Memori jadi lebih tajam.
Ikan kembung, tuna dan salmon kaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak anak. Ini antara makanan wajib anak-anak.
Telur mengandungi choline yang penting untuk pembentukan memori dan fungsi kognitif. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan.
Makanan mempengaruhi tingkah laku, emosi dan prestasi otak.
Silap memilih, kita sebenarnya sedang melemahkan potensi anak sendiri.
Kajian dari Harvard University (2011) mendapati amalan zikir mampu membesarkan hippocampus, pusat memori dan pembelajaran.
Kajian sama juga mendapati aktiviti amygdala (pusat ketakutan) menjadi lebih rendah. Anak jadi lebih tenang, kurang cemas dan lebih stabil emosi.
Kajian dari Yale University pula menunjukkan zikir membantu menenangkan Monkey Mind — fikiran yang melompat tanpa henti.
Manakala kajian di UCLA mendapati zikir meningkatkan grey matter, bahagian otak yang kaya dengan sel neuron.
Maksudnya ringkas: zikir membantu pertambahan sel otak.
Tambahan pula, zikir mengaktifkan Posterior Cingulate Cortex, pusat motivasi. Anak lebih fokus, boleh belajar lebih lama dan kurang mudah putus asa.
Pesan pada anak:
Kalau nak belajar dengan berkesan, biar zikir hidup dalam hati.
Tidur bukan rehat kosong. Ia proses penting untuk otak anak.
Kesan kurang tidur:
• Prestasi memori merosot
• Keupayaan membuat keputusan menurun
• Risiko kemurungan meningkat
• Anak cepat lapar dan cepat letih
Keperluan tidur:
• Dewasa: 6–8 jam
• Kanak-kanak & remaja: 9 jam (wajib)
Ketika tidur, hormon melatonin bertindak seperti “makcik cleaner” yang membersihkan dan membaiki otak.
Tidur lewat = proses pembersihan terganggu.
Kajian dalam jurnal The Lancet menunjukkan tidur kurang dari 6 jam meningkatkan kesalahan kognitif sehingga 3 kali ganda.
Tidur awal bukan malas.
Ia strategi bijak untuk otak sihat.
Makanan ringan dan jajan memberi kesan buruk kepada struktur otak anak.
Antara dapatan kajian:
• Hippocampus mengecil
• Hormon BDNF berkurang
• Risiko kemurungan dan keresahan meningkat
• Keradangan pada otak
• Pembentukan memori terganggu sehingga 3 minggu
Lebih membimbangkan, otak anak yang sedang membesar paling terkesan.
Ya, jeruk dan cereal juga termasuk.
Kalau kita yang beri jajan itu, kitalah yang melemahkan potensi anak sendiri.
Pujian seperti “Pandainya Along!” nampak baik, tapi sebenarnya boleh mematikan motivasi.
Pujian ini mematikan aktiviti striatum, pusat motivasi dalam otak. Anak jadi takut gagal dan hanya mahu buat perkara mudah.
Cara yang lebih betul:
“Along berjaya sebab Along usaha kuat. Tahniah atas usaha Along.”
Bila usaha dipuji:
Seperti kajian Dr. Carol Dweck, fokus pada usaha dan cara, bukan sifat. Anak bijak bukan hasil paksaan, tetapi hasil penjagaan otak yang konsisten.
Bila anak bergerak, makan dengan betul, tidur cukup, jiwa tenang dan diberi pujian yang tepat potensi mereka akan berkembang dengan sendiri.