Ketika anak sedang aktif dan tengah melasak nak menerokai, masa shopping & makan di luar boleh terbantut. Dek kerana kerenah anak, suasana tenang sukar dirasai, malah boleh timbul konflik dan bermasam muka dengan pasangan pula bila anak-anak mengamuk kerana bosan.
Sebenarnya situasi ini boleh dielakkan dengan adanya persetujuan daripada pasangan anda. Puan Farhan, ibu kepada dua orang anak dan merupakan seorang kaunselor menceritakan pengalaman mengendalikan dua anak kecil dengan suaminya. Di saat dua anaknya sedang membesar teruja untuk menerokai ketika jalan-jalan di luar atau makan di luar, sistem giliran dengan suaminya untuk menjaga anak boleh membantu mengelakkan konflik. Berikut ialah perkongsian beliau;
SISTEM GILIRAN
Saya masih ingat, ketika anak sulung masih kecil, cabaran menjaganya kurang sedikit. Maklumlah, anak perempuan ni gayanya ayu sedikit.
Rezeki anak nombor dua ini lelaki. Memang berbeza wataknya dengan kakaknya.
Sangat aktif dan suka untuk explore sesuatu dengan sungguh-sungguh.
Masalah paling besar bila bawa dia ke pasar raya dan kedai makan.
Bila masuk ke kedai memang rasa penat.
Dia sentuh barang barang
Dia lari ke celah celah lorong.
Dia panjat kerusi dan meja.
Masuk kedai dengan seronok, keluar dengan muka monyok. Jadi, kami suami isteri berbincang untuk mengatasi masalah ini.
GUNAKAN SISTEM GILIRAN DENGAN PASANGAN
Jadi, cara utama untuk berhadapan dengan isu ini adalah menggunakan sistem giliran. Kami banyak bertolak ansur dalam melakukan setiap aktiviti.
Ads
Contohnya, bila kami ke kedai dan mahu shopping .Bila suami mahu beli barang saya jagakan anak dan dia shopping dengan tenang.
Saya bawa anak ke tempat yang lapang agar mereka boleh menyalurkan tenaga mereka.
Kemudian, apabila tiba giliran saya, suami akan ambil alih tugas dan saya pula memilih barang yang saya mahu.
Saya pernah melihat beberapa kali adegan di mana anak yang di dukung meronta ronta mahu turun dan berlari.
Anak yang didukung ibunya itu meronta ronta dan saya melihat kepenatan pada wajah si ibu itu. Saya faham betapa letihnya melawan dan menghadapi rontaan si anak.
Oleh kerana itu sejak ada anak kecil, kami jarang shopping bersama dan memilih barang bersama.
Biasanya seorang akan jaga anak dan seorang lagi menjalankan misi shopping.
Ads
Saya terima hakikat ini kerana saya faham ini lah harga yang harus dibayar apabila ada anak kecil yang aktif.
BOLEH ELAK ANAK MENGAMUK KERANA BORING/ BOSAN
Kadang kadang rasa tak seronok pula shopping bersama berdua, tetapi anak pula menangis dan mengamuk kerana boring.
Akhirnya kami suami isteri juga akan bermasam muka gara-gara anak.
Sedangkan hakikatnya situasi itu masih boleh diuruskan dengan baik jika masing masing ada kerjasama dan memahami situasi yang masing masing sedang lalui.
MAKAN BERGILIR SUPAYA SENANG & LAPANG
Begitu juga di kedai makan.
Ads
Biasanya kami akan makan mengikut giliran. Apabila giliran saya makan, suami akan bawa anak jalan jalan dan saya akan makan dengan senang dan lapang.
Makan bersama anak kecil biasalah, pinggan kita ditarik, tudung kita pun kadang di sapu makanan.
Jadi, pada saya kaedah giliran ini sangat membantu saya dan suami untuk lebih enjoy dan tenang.
Sistem giliran ini sebenarnya memang saya aplikasikan dalam setiap tugas, bukan sekadar di kedai makan.
Kadang kadang kami ada giliran mandikan anak, giliran buat susu untuk anak dan banyak lagi giliran lain agar kedua duanya berkongsi tanggungjawab.
Apabila kedua dua belah pihak faham dan terima tanggungjawab mereka, masing masing akan mengalah dan bekerjasama agar tempoh mencabar dalam membesarkan anak dapat dilalui dengan lebih baik dan tenang.
Suami dan isteri harus merasa dan berbahagi kesusahan dalam proses membesarkan anak agar masing masing akan terus menghargai peranan pasangan.
Ramai antara kita yang tertanya-tanya apa keperluan untuk membuang tonsil? Perlu ke anak kita dibuang tonsil? Sakit tekak yang kerap ini sebab tonsil ke? Kalau dah dibuang, ada apa-apa risiko?
Semua persoalan-persoalan ini mesti ramai antara anda yang nak tahu jawapannya. Sebab anak-anak kita, kalau penyakit atau masalah diri sendiri biasanya kita tak kisah sangat. Segala yang melibatkan anak-anak ini yang selalu lebih membimbangkan ayah dan ibu. Betul?
Doktor akan melakukan pembedahan membuang tonsil atau dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ dengan beberapa sebab.
Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.
Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.
Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.
Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.
Dan beberapa sebab yang lain.
Apa komplikasi pembedahan yang akan dilakukan ini?
Pendarahan. Ini saya letak dalam poin nombor satu sebab risiko pendarahan adalah antara yang biasa boleh berlaku dalam pembedahan ini. Ia boleh berlaku semasa atau selepas pembedahan dilakukan.
Jangkitan kuman juga boleh berlaku beberapa hari selepas pembedahan. Sekiranya ia berlaku, pendarahan daripada kawasan pembedahan juga boleh berlaku.
Sakit. Ini bukanlah salah satu komplikasi yang nak saya sampaikan. Risiko sakit adalah perkara biasa sebenarnya yang boleh berlaku apabila kita menjalani apa-apa pembedahan. Istimewanya, pesakit yang menjalani pembedahan ‘tonsillectomy’ perlu mengunyah selepas pembedahan dilakukan bagi mengurangkan risiko pendarahan. Oleh itu sekiranya sakit dialami terlalu kuat, perlu beritahu doktor untuk ubat bagi mengurangkan sakit. Ramai yang datang semula berjumpa saya akibat pendarahan disebabkan pesakit tidak mulai makan atau mengunyah selepas pembedahan.
Jika anda ada sebarang masalah, boleh dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor anda.
Semoga tulisan ini bermanfaat. Jika anda rasa perkongsian ini berguna, kongsi kepada orang anda sayang.
Siapa yang tidak sayangkan anak tambah lagi anak sorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia akan membahayakan. Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke singki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak mintak tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertindak segera jika bayi berusia 12-18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna, itu petanda awal masalah pertuturan. Bertindak awal lebih baik!
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur
Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan
-Melihat ke arah bunyi.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
7-11 bulan
-Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
2 tahun
-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
3 tahun
– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
4-5 tahun
-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBABANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.