Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?
BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Ads
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.
Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.
Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Ads
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Ads
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Selain tisu kering, tidak dinafikan penggunaan tisu basah untuk kerja-kerja membersih semenangnya amat diperlukan seharian.
Tak hairanlah kos untuk tisu dan kain pengelap ini perlu diperuntukkan setiap hari. Namun bagi menjimatan rupanya ada tip untuk membuat tisu basah ini sendiri di rumah. Jom cuba perkongsian tip ini.
Bahan yang diperlukan:
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk letak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (boleh cuba lavender, tea tree dan sebagainya)
1. Potong tisu dapur kepada dua bahagian. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam supaya potongan jadi kemas.
2. Kemudian, campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan ia menyerap semalaman.
4. Pada keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu tersebut dan sedia untuk digunakan!
Blogger dan instafamous Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli adalah bekas
isteri kepada pengacara TV terkenal Ally Iskandar yang sering berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak.
Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak, Maream Esabel, 3 tahun 10 bulan.
Bagaimanapun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2016 dan Farah mendapat hak penjagaan anaknya Maream.
Namun hubungan antara ayah dan anak ini tetap terjalin baik dan Farah sendiri sering berkongsi mengenai hubungan rapat Maream dan daddy nya Ally Iskandar.
Siapa yang mengikut Instagram Farah tentu biasa melihat perkongsiannya mengenai
hal tersebut.
Sempena hari bapa baru-baru ini, Farah memuat naik satu video voice call antara Maream dengan daddy nya.
Happy Father’s Day to all daddies ?? . Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too. . Regardless, masing2 ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang. . So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies
Walaupun bersyukur kerana Maream dikurniakan ayah yang bertanggungjawab, namun sebagai ibu dia faham perasaan anak kecilnya yang berjuang untuk hidup dalam keluarga yang berpecah-belah.
Bagaimanapun wanita ini tidak pernah patah semangat serta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya.
Bagus cara dilakukan oleh Farah yang tak pernah menyekat hubungan antara ayah dan anak biarpun hubungan perkahwinan mereka sudah terputus.
Baginya penting untuk Maream tahu yang omma dan daddy tetap menyayangi dirinya dan faham tentang keunikan hubungan keluarga mereka.
Selebihnya Farah berserah kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan dan kasih sayang pada anaknya walaupun di mata manusia mereka nampak tidak sempurna.
Melihat pada perkembangan Maream yang sama seperti kanak-kanak normal lain, ternyata si comel ini membesar sebagai anak yang sihat, ceria dan bijak.
Apa pun tahniah untuk omma dan daddy Maream yang sentiasa positif dan bersikap profesional demi anak.
Bila pergi rumah orang, tengok kuali, periuk berkilat kadang terdetik dalam hati “Rajinnya cuci periuk, tak nampak langsung kesan hitam atau minyak yang melekat.” Ini respon secara automatik.
Mungkin bagi sesetengah individu tak kisah sangat bab periuk, kuali yang ada kesan hitam, janji dapat masak di rumah. Cuma bagi sesetengah orang memang lepas masak akan terus gosok sampai licin dan berkilat. Bukan pasal cerewet tetapi dah terbiasa.
Apa-apa pun ia terpulang pada anda. Jika dapat tahu rahsia ini pun sangat bagus. Sekurang-kurangnya periuk, kuali yang digunakan dapat tahan lama. Sebab tu zaman mak-mak kita dulu, walaupun periuk belanga dah guna berpuluh tahun, sampai dah ada cucu dan cicit pun masih elok lagi.
Sekarang ini pun, dah banyak bahan cucian yang dijual di pasaran untuk menjadikan periuk sentiasa berkilat dan kesan hitam mudah tanggal.
Bagi anda yang nak tahu rahsia Puan Mariyah Ghazali sehingga periuk, kuali di rumahnya berkilat walaupun lebih 8 tahun digunakan hanya satu bahan sahaja iaitu menggunakan sabun mandi.
Sejak dulu lagi memang sabun ini sahaja yang digunakan. Memang puas hati. Harganya pun tidaklah mahal.
Lagi satu cara yang dipraktikkan adalah lepas masak, jangan bertangguh untuk mencuci permukaan bawah periuk atau kuali tu. Jika terus berus, memang mudah nak hilangkan kotoran itu. Apa yang menjadi masalah, kebanyakan kita hanya membasuh dibahagian dalam sahaja. Itu yang menyebabkan bila lagi lama, lagi tebal kesan kotoran minyak sehingga berkerak dan hitam.
Bila dah jadi macam ni, semestinya kita pun malas nak memberus dan biarkan sehingga hitam.
Apabila dah nampak kehitaman, nak sental bukan mudah sampai ada yang cuba kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.
Sebelum ini pun, cara Mariyah mengemas dan menghias rumah rakitnya pernah tular sehingga mendapat pujian ramai. Walaupun bukan rumah mewah, tetapi dekorasi dan kebersihannya sangat tip top.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pernah berkongsi yang dia akan pastikan sebelum nak keluar ke mana-mana atau nak tidur rumah wajib dalam keadaan kemas.
Ada anak kecil bukan halangan untuk rumah sentiasa kemas. Semuanya atas diri masing-masing. Rumah kecil atau besar, bukan alasan sebab syurgaku rumahku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersentuh hati sesiapa pun melihat belon jernih bertulis “Happy Birthday Sayang” yang masih mengandungi udara, meskipun insan yang diraikan telah pergi. Ia diletakkan kemas...