Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus ingat bahawa emosi si isteri mula tidak stabil, mudah marah dan bertukar menjadi cerewet.
Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan anda, suaminya. Jadi, sentiasalah berada di sisi isteri. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang tanda anda menghargai pengorbanannya melahirkan zuriat anda.
Panduan yang dinyatakan ini boleh anda guna pakai semasa di dalam bilik bersalin bagi membantu isteri bersalin dengan mudah dan lancar.
1. Beri makan dan minum
Galakkan isteri minum dan makan (jika doktor masih membenarkan) bagi membolehkannya mempunyai tenaga semasa proses meneran bayi nanti.
Ads
2. Urutan muka
Urutan di muka akan membuatkan isteri berasa lebih relaks. Semasa isteri mengalami kontraksi, usap muka dan leher isteri dengan air ataupun tuala lembap.
3. Urutan belakang badan
Ads
Urut belakang isteri perlahan-lahan atau jika dia mahukan urutan yang lebih kuat, anda perlu mengikut permintaan isteri.
4. Tuam bahagian belakang
Ads
Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah tubuh isteri dengan menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam ataupun botol berisi air suam.
5. Beri kata perangsang
Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan, dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan. Selain susu ibu atau susu formula, ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya.
Ketika bayi sudah melepasi usia setahun, biasanya dia sudah banyak makan tetapi masih bergantung kepada susu. Ada sesetengah anak, badannya kecil dan tidak terlalu berat.
Kadang-kadang jika ini berlaku, mungkin akan ada yang mencadangkan agar anak tersebut diberikan susu formula (jika selama ini hanya minum susu ibu) supaya beratnya dapat ditambah. Sebenarnya itu bukan penyelasaian yang sebenar. Ibu seharusnya tidak perlu terlalu risau jika bayi bertubuh kecil kerana setiap perkembangan dan tumbesaran bayi adalah berbeza. Pada kebiasaan, bayi akan mengalami penurunan berat badan pada minggu pertama kelahiran.
Bayi akan mula mendapat semula berat ketika lahir pada kira-kira hari ke-10 selepas kelahiran. Pada 3 bulan pertama, berat baik sepatutnya naik secara normal iaitu kira-kira 140-210 gram seminggu. Jika berat bayi tidak naik secara normal, teknik pelekapan bayi harus diperiksa semula.
Kemungkinan bayi tidak melekap dengan betul dan susu tidak dapat dikeluarkan secara efisyen. Bayi 6-12 bulan sepatutnya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 70-91 gram seminggu. Dapat dikonklusikan, bayi akan mengalami pertambahan berat badan 2 kali ganda dari berat ketika kelahiran pada usia 5 bulan dan 3 kali ganda setelah mencecah 1 tahun.
Tidak perlu terlalu risau dengan berat anak, pastikan teknik pelekapan adalah betul dan bayi menyusu dengan kerap. Ini adalah kerana bayi menyusu mengikut keperluan. Jika bayi aktif dan sihat, berat badan bukanlah satu masalah yang perlu dirisaukan.
Adalah penting untuk ibu mengenal pasti jika bayi melekap di payudara dengan betul atau hanya menghisap di bahagian puting ketika menyusu. Pelekapan yang betul boleh membantu bayi mendapatkan susu yang secukupnya. Ketika bayi menyusu, ibu juga boleh melakukan urutan di bahagian payudara untuk merangsang pengeluran susu yang lebih lancar.
Bagi bayi yang kurang berat badan, ibu boleh pam payudara selama 5-10minit sebelum bayi menyusu bagi mengeluarkan ‘fore-milk’ yang lebih cair dan kaya dengan laktosa. Apabila bayi menyusu selepas pump, bayi akan mendapat lebih ‘hind-milk’ yang lebih pekat dan kaya dengan lemak untuk membantu dalam penambahan berat badan.
Untuk bayi yang telah memulakan makanan pelengkap, ibu boleh tingkatkan pengambilan kalori seharian bayi dengan menyediakan makanan yang mengandungi kandungan kalori yang tinggi seperti keju, yogurt, kentang, telur, roti dan sebagainya. Pengambilan makanan utama iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam harus diambil setiap hari di samping penyusuan susu ibu. Penyusuan akan berkurangan dari masa ke semasa mengikut usia bayi.
TIDAK PERLU perkenalkan bayi dengan susu formula. Lebihkan makanan yang berkalori tinggi. Setelah bayi mencapai usia 2 tahun serta tidak menyusu dengan susu ibu lagi pada ketika itu, susu segar boleh diberikan sebagai pengganti susu ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu ketika dahulu, figura ini banyak membintangi drama tempatan atau telemovie. Kini kerjaya seninya kurang aktif kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.
Ibu beranak dua, Faralyna Idris menyatakan rasa bimbangnya kerana dikategorikan sebagai underweight selepas melahirkan anak keduanya, Fira Ayu, 1. Ketika anak sulungnya, Fira Anggun yang kini berumur empat tahun dilahirkan, Faralyna mengalami nasib yang sama.
Tidak mengamalkan sebarang diet, dia juga turut merasa pelik kerana berat badannya kini hanyalah 40kg. Tambahnya lagi, berat ini lebih ringan berbanding beratnya sebelum berkahiwn kerana ketika itu dia mempunyai berat 48kg.
Selepas melahirkan kedua-dua anaknya, berat badan Faralyna turun merudum. Dia turut merasakan situasi ini mungkin berlaku kerana dia menyusukan sepenuhnya kedua-dua puterinya itu.
Cerita ibu cantik ini juga, beratnya ketika hamil hanya naik sekitar 10kg sahaja. Doktor turut menegur Faralyna kerana masalah ini. Dia dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat serta banyakkan minum susu dan makan sayur. Katanya lagi, dia bersyurkur kerana kesihatannya masih baik dan mampu menjaga kedua-dua orang anaknya yang kini sedang lasak.
Asalkan Faralyna sihat dan dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang ibu tanpa gagal, Pa&Ma doakan yang terbaik untuk pelakon ini. Semoga dia berjaya menaikkan berat badannya dengan cara yang selamat dan kedua-dua orang anaknya membesar dengan sihat. You can do it, Faralyna!