Siapa menyangka rupanya jodoh yang diaturkan Allah rupanya sudah ada di depan mata. Itulah yang boleh diungkapkan mengenai kisah cinta pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Baru sahaja menyambut hari lahirnya ke-40 tahun pada 27 September lalu, rupanya hasrat untuk memiliki bunga cinta bernama Fazura ini telah dipendamkan lama oleh Fattah Amin.
Kongsi Fattah, dia mula bertentang mata dengan isterinya itu ketika menjalani penggambaran sebuh filem. Disitulah dia sememangnya mengakui sudah lama menyimpan perasaan minat terhadap isterinya sejak awal menceburi bidang lakonan.
“Jujur saya peminat Fazura juga dulu. Yelah kita tak pernah terbayang kita akan jadi pelakon kan.
“Pertama kali saya jumpa Fazura waktu sama-sama berlakon dalam satu filem.
Ads
“Saya pelakon tambahan dan waktu itu saya baru sangat berlakon. Jadi waktu itu orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan. Dah ada depan mata pun tapi belum ditemukan lagi. Belum sampai lagi,” luahnya berkongsi detik manis itu.
Malah kongsi Fattah lagi, dia teramat bersyukur atas takdir jodoh antaranya dan Fazura sehingga membawa ke alam rumah tangga serta kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya sebagai pelengkap bahagia mereka.
“Tapi waktu itu ada rasa, “macam eh minatnya dengan Fazura ni kan”. Kemudian lepas itu dah ditakdirkan jodoh Allah sampai, berkahwin dan akhirnya sekarang dah ada Fatima. Syukur,” katanya lagi.
Ads
Fattah yang meraikan sambutan hari lahir Fazura yang ke 40 tahun pada 27 September lalu dilihat cukup romantis bila mana meraikan majlis itu berdua, secara eksklusif.
Kedua-duanya tampil cantik dan manis dengan busana berona biru dan ungu. Terserlah kecantikan isteri kesayangan Fattah Amin.
Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Ramai ibu bapa berusaha menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan bangun awal, bekerja keras, dan berkorban masa serta tenaga. Namun, tanpa sedar, ada satu perbuatan yang sering dilakukan atas nama “mendidik”, tapi sebenarnya berat di sisi Allah.
Salah satu perbuatan yang sering diambil ringan oleh ibu bapa ialah membandingkan anak. Kata-kata seperti:
Kelihatan biasa, tetapi sebenarnya ia melukakan jiwa anak dan termasuk dalam dosa kecil yang sering tidak disedari.
Dalam sesi Parenting A+, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah bertindak sebagai panel dan memberi ceramah bertajuk: “Anak Bukan Mesin A+, Fahami Potensi Unik Mereka”. Beliau menekankan bahawa membandingkan anak dengan orang lain adalah salah satu kesalahan terbesar ibu bapa dan perbuatan ini berdosa di sisi Allah.
Setiap anak diciptakan dengan potensi dan keunikan tersendiri. Membandingkan anak bermaksud tidak menghargai ciptaan Allah dan tidak reda dengan ketentuan-Nya.
Setiap anak adalah ciptaan Allah yang unik. Allah sendiri menentukan rupa, akal, emosi, kebolehan, dan perjalanan hidup setiap insan. Apabila ibu bapa membandingkan anak, sebenarnya kita sedang mempersoalkan ciptaan Allah.
Membandingkan anak bermaksud tidak reda dengan ketentuan Allah, sekaligus menjadikannya satu dosa.
Anak tidak memilih untuk dilahirkan dengan kekurangan tertentu. Mereka juga tidak memilih untuk belajar lebih lambat, lebih sensitif, atau kurang menonjol. Apabila sering dibandingkan, harga diri mereka runtuh, keyakinan diri terhakis, dan mereka rasa tidak cukup baik untuk disayangi.
Anak yang dibesarkan dengan perbandingan akan membenci diri sendiri, cemburu dengan adik-beradik, takut mencuba kerana takut gagal, dan sentiasa rasa tidak pernah cukup. Lebih menyedihkan, ada yang berjaya secara akademik tetapi jiwanya kosong dan rapuh.
Dalam Islam, Allah menguji setiap manusia dengan cara yang berbeza. Ada anak cemerlang akademik, ada yang kuat emosi dan empati, ada yang lambat berkembang tetapi hatinya lembut. Jika semua anak sama, di mana keadilan dan kebesaran Allah?
Ingatlah, kata-kata ibu bapa adalah doa. Pilihlah doa yang membina, bukan yang meruntuhkan.
Jika selama ini kita pernah membandingkan anak, berhentilah dan beristighfar. Allah Maha Pengampun dan Maha Memahami. Setiap anak adalah amanah, bukan bahan perbandingan. Tugas ibu bapa bukan mencipta anak yang sempurna, tetapi membesarkan anak yang merasa cukup, disayangi dan diterima. Semoga kita menjadi ibu bapa yang mendidik dengan kasih sayang dan reda, bukan tekanan 🤍
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian menyentuh hati di Threads oleh seorang bapa, Azmeer Zakaria, benar-benar membuka mata ramai ibu bapa tentang pentingnya memahami perubahan perkembangan anak. Siapa sangka, anak yang disangka mengalami masalah pembelajaran rupanya berdepan masalah penglihatan yang serius sejak kecil lagi.
Menurutnya, dia tidak pernah menafikan setiap teguran guru mengenai anaknya, Indah, yang dikatakan kurang responsive di sekolah, lambat dalam pembelajaran dan mungkin memerlukan Speech Therapy malah disarankan masuk ke kelas PPKI.
“Aku cuba segala cara untuk jadikan dia sama special dengan orang lain. Daripada therapy / pakar, semuanya aku dah buat. Anak aku dah umur 8 tahun. Isu terbesar sekarang dia tak responsive di sekolah dan susah nak dengar arahan. Btw nama anak aku Indah,” kongsinya.
Sebagai seorang ayah, dia melakukan pelbagai usaha demi memastikan anaknya dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Namun jauh di sudut hatinya, dia tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana Indah kelihatan seperti anak biasa.
“Tak juga. Sebagai seorang ayah, aku tengok cara Indah fikir dan bermain dengan kawan-kawan dan adik dia sama macam anak-anak biasa. Cumanya, dia kurang lancar nak bersembang biasa sebabkan Indah speech delay.
“Tapi sebagai seorang ayah anak speech delay + slow development, pernah kena GBS pula lagi, diagnose ADHD pun takde, autisme pun tidak. Ayah tertanya juga, Indah sakit apa ni? Ayah sanggup buat apa je untuk Indah janji baik,” luahnya.
Tambah menyedihkan apabila hampir setiap hari Indah dimarahi di sekolah kerana tidak memberi respon, tidak mahu menulis, sering tidur di dalam kelas dan lebih banyak melakukan hal sendiri.
“Sampaikan hampir setiap hari cikgu marah dia disebabkan dia tak dengar arahan, tak nak menulis, banyak tidur dalam kelas, asik buat hal sendiri je macam tak kisah.
“Dua tiga menjak ni, aku rasa berdosa sangat sebab Indah hari-hari kata taknak pergi sekolah sebab cikgu marah dia. Ada part balik sekolah, transporter dia kata muka dia monyok sangat sebab dia kata kena marah dengan cikgu,” ceritanya lagi.
Malah pihak sekolah juga pernah mencadangkan agar Indah dimasukkan ke kelas PPKI kerana dikatakan sukar memahami arahan dan tidak mampu membezakan pilihan ketika sesi pembelajaran.
“PKHEM kata dia pernah ganti kelas, Indah tak mampu dengar arahan, dan bila saya bagi dia buku untuk pilih, dia tak mampu pilih dan bezakan. I was like — Whaaaatttttt? Adakah sebab dia langsung tak minat belajar, ataupun ada sebab lain?”
Walau bagaimanapun, dia memahami situasi guru yang perlu mengendalikan ramai murid dalam satu masa.
“Dan saya faham, bila keadaan Indah less responsive, bukan semua guru faham, nak jaga anak murid 30 orang lagi, mana boleh nak buat secara one to one memanjang untuk Indah.”
Siapa sangka, satu perbualan ringkas dengan rakannya akhirnya membuka jalan kepada jawapan sebenar. Rakannya pernah berkongsi bahawa anaknya mula cemerlang dalam peperiksaan selepas memakai cermin mata.
“Ter detik kawan aku pernah kata: Anak dia masa exam, result tak bagus tapi lepas pakai spec, anak dia terus score! Tapi sejauh mana benda tu betul?”
Disebabkan rasa ingin tahu itu, dia terus membawa Indah ke kedai cermin mata pada malam yang sama untuk pemeriksaan awal.
“Aku pun start motor malam tu juga, bawa Indah ke kedai spec untuk check mata dia. Last la ni sebelum nak ke PPKI.”
Alangkah terkejutnya apabila bacaan mata Indah mencecah 500 bagi kedua-dua belah mata. Keesokan harinya, dia terus membawa Indah berjumpa pakar mata dan keputusan akhir menunjukkan rabun mata anak itu berada pada tahap 450 bagi kedua-dua mata.
Menurutnya lagi, selepas memakai cermin mata, perubahan Indah sangat ketara. Anak kecil itu mula memberi respon di dalam kelas, lebih fokus dan mampu menyiapkan tugasan sekolah.
“Best part, ada kawan dia inform Indah dalam kelas dia mula responsive, tengok kiri kanan belakang which is sebelum ni tak macam tu. Dan dia mula buat tugasan yang cikgu bagi.
“Siap balik rumah dia kata: ‘Saya boleh tulis laju’,” kongsinya.
Lebih menggembirakan apabila Indah kini semakin yakin untuk ke sekolah selepas rakan-rakan memuji cermin mata ungu miliknya yang comel.
“Ayah sekali lagi minta maaf kat Indah, sebab ayah tak tahu Indah sakit apa. Sebab Indah tak pernah pun nampak kecikkan mata, tak pernah cakap yang Indah tak nampak, dan hari ini ayah bantu Indah untuk tengok dunia lebih jelas.”
Perkongsian ini menjadi satu pengajaran besar buat ibu bapa agar tidak cepat membuat andaian terhadap perubahan tingkah laku atau perkembangan anak-anak. Kadang-kadang masalah yang kelihatan seperti isu pembelajaran atau tingkah laku sebenarnya berpunca daripada kesihatan yang tidak disedari.
Azmeer turut menitipkan pesanan buat semua ibu bapa supaya terus menyokong anak-anak dan tidak mudah berputus asa.
“Apa pun to parents di luar sana, jangan mengalah. Anda lebih kenal anak anda, kita perlu sentiasa support anak kita. Saya bersyukur, walaupun lambat tahu keadaan mata Indah, tapi ayah dapat pembelajaran paling besar dalam parenting.
“Never give up dear parents. Saya share sini untuk kita sama-sama belajar. Sayangi anak kita semua, dan jangan stop untuk improve 1% setiap hari dalam parenting.”
Semoga perkongsian ini menjadi kesedaran buat semua ibu bapa untuk lebih peka terhadap perubahan anak-anak, termasuk aspek penglihatan mereka. Kadang-kadang, satu pemeriksaan kecil mampu mengubah seluruh kehidupan seorang anak.
Isteri Fizi Ali mengidam kunyah ais. Kerenah isteri penyampai radio itu, Siti Zulaikha yang sedang hamil, mencuri perhatian ramai apabila mengidam untuk mengunyah ais setiap hari. Ujar Fizi, kalau keinginan isterinya tidak dipenuhi, dia akan muncung sampai boleh gantung penyangkut baju.
Dalam hantaran di Instagram, Fizi berkongsi video pendek ketika dia keluar membeli sebungkus ais dan merakamkan detik-detik isterinya mengunyah ‘makanan’ yang diidamkannya itu.
“Yang sedang mengandung mesti ada rasa mengidam kan? Tapi, orang rumah saya mengidam satu benda. Hari-hari nak kena ada ini.
“Dia tak dapat benda lain tak kisah. Tak banyak kerenah. Tapi! Kalau tak dapat benda ini mesti muncung sampai boleh gantung penyangkut baju.
“Kepada wanita mengandung, apa lagi yang anda mengidam seperti Siti Zulaikha? Ada pelik tak?” tulis Fizi.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.