Tak sangka dentuman petir yang kuat menyebabkan seorang anak maut dalam bilik tidurnya. Kejadian yang berlaku pada murid tahun enam ini benar-benar mengejutkan ahli keluarganya.
Mangsa maut dipercayai disambar petir ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.
Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan.
Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, berkata, semasa kejadian dia baharu sahaja selesai solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya.
Ads
Menurutnya, ketika kejadian dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat.
“Kemudian, isteri memaklumkan anak keempat daripada lima beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.
“Selain itu terdapat kesan melecur pada tangan kanan anak dan kesan terbakar di bahagian tilam tempat tidurnya,” katanya.
Ads
M. Nor Zawawi memberitahu, dia membawa anaknya itu Klinik Kesihatan Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.
Katanya, mayat anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.
Lahir sebagai bayi pramatang seberat 595gram, bayi ini sangat kuat. Malah dia terus bertahan walau pun 5 kali bertarung kerana jangkitan kuman.
George dilahirkan 3 bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin iaitu pada Julai tahun lalu. Sepanjang hidup bayi ini, ibu bapanya sudah 5 kali diberitahu doktor yang mereka bakal kehilangannya.
20 KALI TRANSFUSI DARAH
George sudah pun melalui 20 proses transfusi darah dan ekoran daripada itu dia mendapat meningitis dan sepsis yang hamper meragut nyawa. Kini pada usia 8bulan, George sudah pun pulih dan sudah pulang ke rumah.
BERMULA DARIPADA SAKIT BELAKANG, KEMUDIAN BERSALIN
Ibu, Hanna Rose, 25 awalnya mengalami sakit belakang dan bersalin 4 hari kemudian. Belum pun sempat dipeluk selepas dilahirkan, bayi ini telah dikejarkan ke ICU.
“George ketika itu dibedah segera. Kami tidak boleh sentuh, kulitnya seolah-olah lutsinar,” kata Hanna.
ALAMI MASALAH USUS
Bayi kecil ini mengalami masalah necrotizing enterocolitis (NEC), iaitu keadaan di mana sebahagian daripada usus mati. Ekoran dari itu juga, George mengalami bengkak hati dan kehilangan lebih 40 peratus darah.
HAMPIR PUTUS ASA
Si kecil ini mengalami sepsis dan meningitis kesan daripada kelahiran pramatang. Kedua ibu bapanya hampir putus asa dan mengharapkan keajaiban berlaku.
DETIK CEMAS MUNGKIN ALAMI KEHILANGAN
Detik cemas antara hidup dan mati tatkala ibu bapanya diberitahu hanya beberapa jam sahaja yang masih berbaki untuk George hidup. Namun si kecil ini kuat semangat, terus berjuang untuk hidup dan tekanan darahnya meningkat semula.
George kini sudah pun dibenarkan pulang tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan menerusi tangki oksigen. Si kecil ini juga melalui 7 pembedahan jantung.
Ibu dan ayah pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membawa senyuman kepada anak-anak. Tambah pula untuk anak yang menghidap penyakit kronik seperti kanser. Itulah yang dilakukan oleh Ahmad Suhairi Ali, 33 demi merealisasikan impian anaknya Ahmad Danial, 7 yang menghidap kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) taham empat.
Saat kanak-kanak lain seusianya bermain riang bersama rakan sebaya, Ahmad Danial Ahmad Suhairi terlantar sakit akibat kanser otak tahap empat yang dihidapinya sejak Mac tahun ini sebelum disahkan lumpuh dua bulan kemudian.
Menurut ayahnya, Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba dia pasti akan teruja.
Hasratnya itu kini tercapai meskipun Danial tidak mampu menunjukkan sebarang reaksi, namun ayahnya percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira dapat peluang menaiki jentera bomba.
Menurut laporan sebuah akhbar, Menyedari impian Ahmad Danial yang sedang menghitung sisa kehidupan, JBPM Pahang terpanggil merealisasikan hajat ‘anak syurga’ itu untuk mengenakan seragam anggota bomba selain turut membawanya bersiar-siar menggunakan jentera penyelamat.
Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser Malaysia (PESONA), Wan Shahriza Wan Ab Rahman, baru-baru ini, mengenai keadaan Ahmad Danial dan impiannya menjadi anggota bomba.
Beliau berkata, JBPM Pahang kemudian mengaturkan sesi bertemu kanak-kanak itu dan keluarganya di Masjid Jamek, Beserah, sebelum memakaikan seragam lengkap anggota bomba dan menyematkan lencana JBPM kepada Ahmad Danial.
Lebih mengujakan, Nor Hisyam memandu sendiri jentera bomba itu dan membawa kanak-kanak terbabit selama 10 minit.
“Kami dimaklumkan dia bercita-cita menjadi anggota bomba untuk berbakti kepada masyarakat.
“Jadi hari ini, JBPM Pahang tunaikan impiannya. Kita turut membawanya menaiki jentera bomba,” katanya yang kagum dengan kecekalan kanak-kanak itu meneruskan kelangsungan hidup.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, dikesan menghidap penyakit itu apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
“Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,”
Katanya, Ahmad Danial memerlukan penjagaan rapi termasuk dibantu menguruskan diri dan ditolak menggunakan kerusi roda.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif dan kini bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan diri sendiri.
Kehadiran kembar tiga ini menceriakan keluarga. Ibunya mengakui yang proses kehamilan lebih mencabar.
Puan Mastura Zahari, ibu kepada Ayra Aydina, Adra Areesya dan Azra Asyfa ini memberikan keceriaan kepada keluarga.
Lahir pada usia kandungan 30 minggu iaitu pramatang, kembar pertama Ayra lahir dengan berat badan 1.2kg, kembar kedua Adra 1.2kg manakala kembar ketiga Azra seberat 885gram.
“Apabila diberitahu kandungan kembar tiga, perasaan saya berbelah bagi. Gembira, risau, takut dan bermacam-macam lagi. Saya rasa tidak yakin boleh jaga 3 bayi sekali. Tapi Alhamdulillah suami sangat positive dan dia yang paling happy. Bila dapat support dari husband, saya jadi positif,” kata Mastura mengimbau kembali saat awal tahu hamil kembar.
ALAHAN & MUNTAH TIDAK TERUK. JADI KUAT MAKAN
Hamil dengan tiga bayi dalam kandungan, mungkin ramai yang menjangkakan alahan dan muntah teruk. Tapi ibu ini tidak mengalaminya.
“Alhamdulilah alahan tidak teruk sangat. Saya mula muntah minggu ke-8 pregnant sampai minggu ke 11. Selepas tu dah ok. Tidak mengidam tu, tapi rasa nak makan semua benda. Saya jadi kuat makan.”
BEZA HAMIL BIASA & HAMIL KEMBAR
Mastura mengakui memang ada perbezaan ketara antara kehamilan biasa dan kehamilan kembar.
“Perbezaan pregnant single, badan kuat boleh bekerja sampai bersalin, sentiasa aktif tidak sakit-sakit, tidak pernah minum air gula. Saya juga tidak mengalami kencing manis.
“Namun bila mengandung kembar ni saya mengalami macam-macam sakit. Awal-awal pregnant suspek hyperthyroid, sentiasa berdebar. Saya boleh rasa jantung sendiri berdenyut laju. Badan sakit terutamanya tulang belakang. Juga alami masalah untuk tidur.
“Ketika hamil kembar 3 ini pada minggu ke-20, saya disyaki kencing manis. Ujian menunjukkan keputusan border line. Jadi kena selalu ambil darah kawal pemakanan. Saya selalu rasa nak pitam,”kata Mastura.
PROSES KELAHIRAN
Proses kelahiran kembar tiga ini turut diceritakan. Mastura dimasukkan ke hospital pada minggu ke-30. “Doktor sudah menjadualkan caeser pada minggu ke-33. Hari pertama duduk ward ok je tapi memikirkan anak-anak kat rumah, jadi stress, saya tak suka duduk ward.
“Hari kedua perut dah mula mengeras, tapi still ok,masih boleh bertahan, hari ketiga makin kuat mengeras je. Pagi-pagi doctor check, mengeras makin kerap, doctor pakar datang, suruh prepare OT room, masa tu saya dah nangis.
“Husband kat sebelah. Say aminta ampun kat dia, saya ckp kalau apa2 jadi kat saya, ampun kan salah silap saya, tolong jaga anak-anak saya dengan baik emosi, sebab tidak pernah lalui apa-apa pembedahan sebelum ini,” kata Mastura mengenang detik kelahiran anak kembar tiganya.
7 ORANG PAKAR SUDAH BERSEDIA
“Masa je dewan bedah, seingat sy ada 7 doctor pakar, setiap satu doctor explain kat saya, Ketua pakar bedah ni, cakap saya tidak boleh half bius sebab saya baru disuntik DEXA dan cair darah. Kalau sy half bius risiko tinggi, jadi doktor kena pengsankan saya (bius penuh).
Saya masuk OT ROOM pukul 2 petang, ketiga-tiga kembar keluar pukul 2.57 petang masa yang sama, T1 berat 1.28 kg, T2 1.267 kg dan T3 886 gram. Saya sedar dari pengsan pukul 4.30 ptg dan ditolak ke CCU selama 2 hari. Doktor kata masa pembedahan tekanan darah saya tiba-tiba turun.
SI KEMBAR DALAM INKUBATOR, KEMBAR KETIGA ALAMI BENGKAK DI KEPALA
Alhamdulilah T1 n T2 ok, mereka diletakkan dalam inkubator selama 1 bulan dan dipindahkan ke SCN selama 1 bulan.
“Kembar ketiga iaitu Azra diberitahu ada pembengkakan di kepala. Mungkin kerana badannya kecil, doktor suspek Azra alami Hydrocephalus. Masa dia lahir pun dah biru, doctor masukkan darah saya, Alhamdulilah dia ok, 2 bulan dia di NICU duduk dalam incubator, 1 bulan transfer ke SCN
“Pernah sekali di SCN tiba-tiba dia di jangkiti kuman, tiba-tiba dia tidak boleh bernafas. Mujur nurse-nurse dia SCN sangat terlatih. Alhamdulilah Azra ok lepas ambik antibiotik,” kata Mastura tentang perkembangan si kembar pawa awal kelahiran.
LAHIRKAN KEMBAR 3 SATU PENGALAMAN MANIS
Apabila ditanya apa kenangan pada saat awal bersalinkan anak kembar. Mastura mengakui ia memang meletihkan kerana perlu menjaga sendiri.
“Di awal nya memang sangat letih. Lagi-lagi masa tu saya tidak mempunyai pembantu. Ibu dan ibu mertua kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tapi mujurlah anak-anak yang dah besar banyak membantu.
“Bila husband kerja mlm, anak saya yang umur 12 dan 10 tahun, akan tolong saya mandikan dan buatkan susu adik-adik kembar mereka. Pernah juga bila ketiga-tiga menangis serentak, sampai saya pun rasa nak nangis sekali. Sebab tidak boleh tahan. Kepala sakit, penat dan mengantuk,” kata jurusolek ini.
SELALU JADI PERHATIAN BILA KE MANA-MANA
Mastura kini semakin lega kerana si kembar sudah makin membesar. Momen dan kenangan tidak dapat dilupakan. “Momen sangat banyak, lagi-lagi kalau keluar rumah. Pergi mall ke, klinik ke, kalau orang nampak, ada je yang nak bergambar dengan kembar. Ada yang siap bagi duit sebab katanya tak pernah nampak kembar 3. Kembar ini memang sentiasa jadi perhatian,”kata Mastura tentang anak-anaknya kembarnya.
NASIHAT KEPADA IBU HAMIL KEMBAR
Setelah melalui sendiri pengalaman hamil, melahirkan dan menjaga anak kembar, Mastura turut berkongsi nasihat dan saranan.
“Nasihat saya pada yang nak anak kembar atau yang sedang pregnant kembar, kita kena kuat. Kita ni insan yang di pilih Allah utk jaga amanah ni. Jangan sesekali merungut sebab kita tidak tahu, apa hikmah Allah berikan untuk kita. Suami pun kena banyak membantu,” kata Mastura.
Mama papa yang ada masalah anak picky eater, boleh ikuti tip dari dietitian ini ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...