Bagi yang belum berkesempatan menjejakkan kaki di tanah suci pasti tertanya-tanya bagaimana keadaannya di sana. Pastinya niat ini disimpan oleh semua orang. Walaupun belum ada rezeki untuk tunaikan haji, dapat melakukan inadah umrah pun satu pengalaman yang cukup bermakna.
Tapi bagaimana pula jika kita ada rezeki dan dijemput awal mengerjakan ibadah haji bersama pasangan. Mesti lagi bersyukur dan dalam keadaan yang masih sihat dan kuat.
Perkongsian dari Siera Haiyi ini mengenai pengalamannya mengerjakan haji bersama pasangan ternyata besar nikmatnya.
So kawan-kawan inilah dianya kerja haji ni. Mudah ke susah? Ada orang rezekinya mudah. Ada yang susah.
Apapun kita terimaje apa Allah nak beri pada kita.Terima dengan sabar.Bak kata ustaz saya, “Haji ni kita kene set mind kita yang ianya TAK MUDAH.Kalau kita dah set mudah,nanti berlaku kesusahan kat sana kita akan frust.Tak redha dan hilang sabar”
Dan saya pernah juga terbaca,“TIDAKLAH NAMANYA HAJI JIKA TIADA KESUSAHAN”
Jadi fahamlah kita yang haji ni bukan kerja mudah-mudah.Tapi tak mustahil untuk kita laksanakan kan?
KORANG YANG BACA NI RASA PENAT TAK KERJA HAJI NI?
Ads
So..Sebenarnya inilah antara MISSION besar saya kenapa saya berkongsi kisah haji saya.Saya nak rakan-rakan bersedia mental,fizikal dan emosi dari sekarang.
Saya amat amat sarankan rakan-rakan untuk pergi haji diusia muda.Bayangkan kita yang muda pun rasa penat dan sukar,inikan makayah kita yang dah berusia tu.Memang kesian sangat.
MUDA IS THE BEST TIME TO DO HAJJ.
Tengah sihat,bertenaga dan minda masih kuat.Tolak tepi semua alasan. Alasan kerja,jaga anak,tak de cuti.
Sebab apa tau? Selagi kita tak tolak alasan-alasan ni selagi itulah kita akan ada je alasan betul x?
Yakin!
Ads
Allah akan mudahkan kerja kita. Percayalah. Dahulukan hak Dia,Dia akan beri segala hak kita balik. Sebab saya dah rasa semua ni betapa lepas satu-satu Allah mudahkan kekusutan hidup saya apabila saya pergi haji.
Dan paling best sekali..PERGILAH DENGAN SUAMI.
MasyaAllah.
Rasa macam bercinta semula dengan suami sendiri! Rasa macam honeymoon. Romantik je setiap masa. Bukan saya je. Suami pun rasa macamtu. Bukan kami je. Malah ramai lagi pasangan lain yang rasa macamtu.
Begitulah magiknya bumi barakah.Magiknya kuasa Allah.Allah bukan jemput saja-saja. Dia jemput dengan HADIAH.
Ads
Jadi rakan-rakan.. Tunggu apa lagi.Pasang niat untuk pergi haji awal. Daftarlah nama di Tabung Haji.Hanya RM1,300.Nak pakai akaun KWSP pun boleh.Tanya staff Tabung haji.
Kalau dah daftar haji,buat surat rayuan.Bulan Disember ni dah boleh hantar dah.Nanti saya usahakan tunjuk sample surat rayuan saya dulu.
Lepas tu DOA. Setiap kali lepas solat,doa.
“YA ALLAH JEMPUTLAH AKU MENJADI TETAMU MU YA ALLAH.AKU NAK PERGI HAJI TAHUN 2018 JUGA.AKU NAK PERGI DIWAKTU AKU SIHAT.PILIHLAH AKU YA ALLAH”
Kerjalah rajin-rajin. Ada duit lebih,jangan beli keta rumah atau travel dulu,buat haji dulu. Percayalah.Lepas tu rezki lagi melimpah ruah Allah beri pada kita.
Saya doakan moga rakan-rakan cepat-cepat dapat panggilan haji.Dan semoga sharing ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat memberi gambaran buat anda semua.
Jika ada sebarang soalan nak tanya,boleh taip kat komen ya.Insyallah saya cuba reply apa yang termampu.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini. Moga ianya menjadi dakwah kecil buat saya untuk rakan-rakan yang saya sayangi.
Unik sungguh nama anak ABCDEF GHIJK ZUZU! Bunyi macam lucu kan tapi hakikatnya seorang bapa di Indonesia meletakkan nama tersebut pada anak lelakinya.
Menerusi laporan Tribunnews, kanak-kanak itu mendapat perhatian dan tular di media sosial kerana mempunyai nama yang menggunakan turutan abjad dan belakangnya ada sebutan ZUZU.
Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya dengan nama pelik itu muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009.
Jelas Zulfahmi, daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa.
“Terdapat maksud tersirat di sebalik nama itu. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.
Rakan-rakan selalu perli
Menurut Zuzu, dia lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ di mana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.
Zulfahmi mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan yang menyamakan nama pelik itu dengan produk yang memiliki abjad ABC di pasaran seperti Kicap ABC.
“Oleh kerana ejekan itu, dia tidak ke sekolah selama dua hari. Namun, kami tetap memberi semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa satu hari nanti dia akan berbangga dengan namanya,” kata Zulfahmi. – AGENSI
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa ibu bapa sudah berpisah lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua ibu bapa dalam sebuah keluarga.
Begitulah hakikat yang terpaksa ditanggung oleh seorang kanak-kanak apabila dia sedang bertarung nyawa melawan penyakit yang boleh membawa maut dan lebih malang ibu bapanya sudah berpisah.
Kanak-kanak tersebut yang berusia 8 tahun berasal dari negara China, menderita penyakit jantung merayu kepada bapanya untuk berjumpa dengan ibu kandung sebelum dia meninggal dunia. Kisah kanak-kanak ini tular dan mendapat perhatian seluruh dunia. Rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak ini.
Ibu bapanya telah berpisah sejak tahun 2015 dan hak penjagaan kanak-kanak lelaki ini diserahkan kepada bapanya. Menurut bapanya, dia berasa sangat sedih kerana tidak mampu untuk menampung kos rawatan sepenuhnya.
Pada bulan lepas, keadaan anaknya semakin teruk apabila dia mula muntah darah, hati dan paru-paru gagal berfungsi dengan baik.
Memandangkan kesihatanya semakin merosot, dia menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan ibu kandungnya.
“Ayah, tolong temukan saya dengan ibu buat kali terakhir sebelum saya meninggal”
Walaupun kos rawatan semakin tinggi, bapanya tidak berputus asa untuk mendapatkan yang terbaik untuk dia walaupun terpaksa jatuh bankrupt.
Sumber: WOB
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkesan dengan pandemik Covid-19 sekarang ini, sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras sebagai pengganti susu buat anak kecilnya yang kelaparan. Walaupun tahu ia tak sempurna, namun disebabkan tidak mahu anak menangis, cara ini terpaksa juga dilakukan.
Perkara itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu yang berdepan kisah sedih berkenaan ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.
Gambar Hiasan
Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
“Antara yang paling menyentuh hati ialah kisah sebuah keluarga yang terpaksa menyediakan air rebusan beras untuk anak kecilnya kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.
“Selain itu, terdapat juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan. Ada juga yang memberi susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.
“Apabila kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan. Ternyata banyak keluarga yang terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.
“Ada juga yang memberitahu mereka kini tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan, malah ada juga yang telah dibuang kerja,” ujarnya.
Muhammad Syariezal berkata, Fisabilillah juga menerima banyak permohonan untuk mendapatkan keperluan bagi menampung kehidupan.
“Apabila mereka dapat tahu Fisabilillah membantu golongan yang terkesan, mereka mencuba nasib. Selang beberapa hari, permohonan mereka diluluskan dan wakil Fisabilillah Terengganu terus menghantar keperluan bagi keluarga terbabit,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Fisabilillah Terengganu turut berterima kasih kepada penyumbang yang tidak putus-putus memberi sokongan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Sehingga kini, katanya, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.
“Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Terengganu,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.