Ada Sebab Doktor Syor Ibu Czer Jarakkan Kelahiran. Bukan Sekat Rezeki Cuma Risau Komplikasi Maut

Share

Ada sebab kenapa kami pohon dan minta para ibu menjarakkan kelahiran dan mengamalkan rancangan keluarga, terutamanya jika melalui kelahiran melalui pembedahan (Caesarean section) lebih daripada tiga kali.

Antara komplikasi yang paling digeruni adalah:
1. Placenta accreta.
2. Post partum hemorrhage (tumpah darah).

Para perawat amat menggeruninya disebabkan ia boleh membawa MAUT. Makin meningkat bilangan kelahiran, makin meningkat risiko kematian.

Dikala wanita dimomokkan dengan “birth rape” dan “rawatan perancang keluarga menyebabkan gemuk”, kami risaukan anak – anak kecil meneruskan hidup tanpa kasih sayang ibu.

Yang tukang momok, tak pernah melihat sendiri komplikasi diatas. Mereka tidak pernah berhempas pulas di dewan bedah cuba menyelamatkan nyawa seorang ibu.

Memang ajal maut di tangan Tuhan. Tetapi sebelum tawakkal, perlulah ada usaha berpandukan ilmu.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

IKLAN