
Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 kembali dengan konsep lebih segar dan interaktif menerusi tema ‘Futuristik : Melakar Masa Hadapan’, berlangsung selama dua hari pada 5 dan 6 September 2026 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
Menggabungkan elemen pendidikan, hiburan dan pengalaman kekeluargaan dalam satu acara, Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 menjadi platform yang memberi ruang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk meluangkan masa bersama sambil meneroka pelbagai aktiviti yang menggalakkan pembelajaran, kreativiti dan persediaan masa hadapan.
Majlis Pelancaran Diserikan Dengan Elemen Futuristik
Selari dengan tema tahun ini, majlis pelancaran Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 tampil dengan kelainan menerusi kemunculan istimewa Pepper, robot pintar yang turut bersama-sama menyempurnakan upacara pelancaran.

Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama En. Lokman Affandy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd.

Kemunculan Pepper bukan sahaja mencerminkan elemen teknologi dan inovasi, malah menguatkan lagi mesej Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 yang mahu membawa keluarga melihat pendidikan dan masa hadapan daripada perspektif yang lebih progresif, termasuk kepentingan merancang kewangan dan memulakan tabungan pendidikan anak-anak melalui Simpan SSPN.
Borak Pa&Ma Kupas Persediaan Pendidikan Anak
Antara pengisian utama yang diketengahkan dalam Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 ialah slot Borak Pa&Ma yang dikendalikan oleh personaliti TV popular, Dayah Bakar.
Sesi ini menampilkan Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar bersama selebriti dan ibu kepada tiga orang cahaya mata, Fatin Afeefa, menerusi topik ‘Sedia Ke IPT, Aktifkan Simpan Challenge’. Perbincangan memberi fokus kepada kepentingan membuat persediaan pendidikan tinggi anak-anak sejak awal, khususnya dalam aspek perancangan kewangan dan simpanan pendidikan menerusi Simpan SSPN.

Dalam dunia yang semakin mencabar dan berubah dengan pantas, perancangan kewangan pendidikan tinggi sejak awal menjadi antara langkah penting bagi membantu ibu bapa memastikan anak-anak mempunyai peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pengajian pada masa hadapan.
Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan yang dijamin kerajaan.
Pelbagai Aktiviti Interaktif Untuk Seisi Keluarga
Sepanjang dua hari acara berlangsung, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan keluarga. Antaranya termasuk Himpunan Generasi Futuristik, Jom Mewarna Multiverse, Zumba Energizing serta pelbagai lagi aktiviti interaktif yang menggabungkan elemen pembelajaran, kreativiti dan pergerakan fizikal.

Pengisian yang disediakan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar melalui pengalaman, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih santai dan menyeronokkan.

Konsert Futuristik Pa&Ma Meriahkan Pentas Utama
Selain aktiviti berbentuk pendidikan, Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 turut menampilkan Konsert Futuristik Pa&Ma yang menampilkan penyanyi dan rapper berbakat, Bunga Isme.

Pengunjung juga berpeluang bertemu lebih dekat dengan penyanyi popular Hael Husaini menerusi sesi Meet & Greet yang menjadi antara tarikan utama sepanjang acara berlangsung.

Gabungan hiburan dan aktiviti kekeluargaan menjadikan Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 sebuah acara yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kanak-kanak, malah turut memberi pengalaman menyeronokkan kepada ibu bapa.
Penampilan Maskot Popular Tarik Perhatian Kanak-Kanak
Turut mencuri perhatian ialah sesi Meet & Greet bersama Abang Jalen, maskot daripada jenama Jalen bersama karakter popular Didi & Friends.

Selari dengan tema futuristik, acara tahun ini turut menampilkan Mechamato yang berinteraksi bersama kanak-kanak menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Penampilan karakter yang dekat dengan dunia kanak-kanak ini menjadikan pengalaman di Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 lebih menarik dan menghiburkan.
Futuristic Land Tawar Pengalaman Pembelajaran Berbeza
Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 turut membawakan kelainan menerusi pengenalan Futuristic Land, sebuah ruang khas yang memberi peluang kepada kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti di reruai yang disediakan.

Antara aktiviti yang boleh disertai termasuk ikrar simpanan, permainan menyusun cawan, permainan robotik serta pelbagai aktiviti lain yang direka bagi merangsang kreativiti, kemahiran berfikir dan keyakinan diri.

Peserta yang menyertai aktiviti turut berpeluang membawa pulang goodies bag istimewa daripada Pa&Ma. Lebih menarik, 500 peserta terawal yang menyertai Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 turut menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM30 setiap seorang, sebagai satu galakan untuk memulakan langkah awal dalam membina tabungan pendidikan.

Melakar Masa Hadapan Bermula Hari Ini
Menerusi tema ‘Futuristik : Melakar Masa Hadapan’, Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 membawa mesej bahawa persediaan untuk masa hadapan tidak hanya bergantung kepada teknologi atau pendidikan semata-mata, tetapi juga kepada pengalaman, sokongan dan perancangan kewangan pendidikan tinggi melalui Simpan SSPN yang diberikan kepada anak-anak sejak kecil.
Dengan gabungan aktiviti pendidikan, hiburan dan pengisian yang relevan untuk keluarga, Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 terus menjadi platform yang menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar dalam suasana yang lebih dekat dan menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

