Data terkini kes positif coronavirus atau Covid-19 menunjukkan tanda awal yang positif bahawa kerajaan dapat membendung penularan wabak pandemik ini.

Dalam satu ciapan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya (KKM) memetik kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa ada tanda-tanda awal Covid-19 semakin pulih di Malaysia.

Namun dalam kenyataan tersebut Dr Noor Hisham turut menegaskan itu semua bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ni. Nasihatnya agar rakyat terus patuhi arahan duduk di rumah dan amalkan langkah-langkah pencegahan.

Dalam laporan lain yang dibuat oleh Sinar Harian menerusi Sidang Akhbar oleh KKM semalam, Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata, data tersebut hasil daripada pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir semalam.

“Kalau kita lihat kajian Malaysia Institute Of Economic Research menunjukkan 399 kes baharu positif Covid-19 setiap hari dengan kumulatif 4,000 kes sehingga semalam,” katanya.

Bagaimanapun katanya, data sebenar menunjukkan unjuran mendatar dengan sekitar 140 kes baharu dan hanya kumulatif kes dijangkiti sebanyak 2,700 kes.

IKLAN

“Jadi nampak daripada graf tersebut, ada tanda-tanda awal bahawa kita berjaya dalam melakukan pelaksanaan PKP,” katanya.

Kalau ada kes mendadak, laksanakan PKPD

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) berharap dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti pada PKP fasa kedua terutamanya di kawasan panas yang telah dikenal pasti.

“Sekiranya ada kes mendadak di kawasan panas itu, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

IKLAN

“KKM akan saring semua orang di kawasan tersebut dan mengenal pasti, mengasingkan mereka yang positif untuk diberi rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hasil pelaksanaan PKP fasa pertama yang bermula 18 Mac lalu.

Fasa kedua PKP bermula hari ini dan berakhir pada 14 April depan.

IKLAN

Sebanyak tiga kawasan dikenakan perintah PKPD iaitu di Simpang Renggam, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One, Kuala Lumpur.

Jadi amatlah disarankan untuk semua rakyat kekal patuh dengan arahan yang dikeluarkan. Duduk di rumah dan sama-sama berdoa agar wabak ini tidak lagi menular dan akan berakhir tidak lamai lagi. Aminn… Stay Safe & Stay at home semua!!!

Sumber: Sinar Harian & KKM

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI