“Random sangat ini anak… nanti lah mama explain batu tu untuk apa.”
Ayat pendek tapi cukup melekat di hati para ibu yang menonton video viral dari TikTok @nuraz.66 ini. Dalam video berdurasi kurang dari seminit, kelihatan seorang ibu sedang berdepan gelagat “rawak” dari anak kecilnya yang mungkin keliru atau tertarik dengan seketul batu. Video yang kini telah mencapai 1.6 Juta tontonan ini buat netizen terhibur.
@nuraz.66Random sgt ini anak.… 🤣 nanti lah mama explain batu tu untuk apa .
Netizen Pun Join ‘Takziah’ & Kongsi Kenangan Lucu Mereka
Yang paling menghiburkan ialah ruangan komen. Netizen bukan sahaja simpati dengan si anak, malah turut ‘berkabung’ bersama Air Selangor dan berkongsi kisah masa kecil mereka:
Ads
“Dikucupnya pulak batu nisan tu. Semoga arwah Air Selangor tenang di sana.” – @nabila
“Salam Takziah buat 150mm Air Selangor Sekeluarga.” – @Arif Abdul Khalik
“Betul la tu dia doakan Air Selangor, kan asyik takde je..” – @Mat ps
“Takpe dik bukan awak sorang, acik dulu umur 7 tahun pun ingat tu kubur lama.” – @meegorengbasah
“Jgn gelak kan dia, ingat kita dulu pun pikir kan tu kubur.” – @nur cinta
Komen-komen ini bukan sahaja mencuit hati, tapi menunjukkan betapa relatable dan penuh memori zaman kecil kita semua.
Bila Anak Bertanya, Itu Tanda Mereka Sedang Belajar
Daripada video ini, kita dapati bahawa apa yang mungkin nampak sebagai gelagat ‘rawak’ atau lucu dari anak kecil, sebenarnya adalah refleksi daripada dunia penuh imaginasi dan rasa ingin tahu yang tulus. Sebagai ibu bapa, kita bukan perlu tahu semua jawapan tapi cukup sekadar memberi ruang, mendengar, dan membalas dengan tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, AEON peruncit terkemuka Malaysia telah mengumumkan Duta Kids Republic yang pertama dengan slogan ‘Kids Who Create The Future’ bagi menyokong perjalanan pelapis muda masa hadapan.
Peringkat akhir pencarian duta ini telah diadakan seiring pelancaran kelab Very Important Parents (VIP) yang merupakan aplikasi terbaharu di dalam iAEON. Puteri Aisya Carlysa Mohd Azham Shah yang berusia 10 tahun berjaya menewaskan kesemua finalis akhir yang lain dengan keyakinan tinggi serta kepetahannya berkata-kata.
Ketika ditemui team Pa&Ma, Aisya Carlysa melahirkan rasa syukur dan gembira kerana telah dipilih sebagai Duta Kids Republic yang pertama.
“Alhamdulillah, bersyukur dan sangat gembira. Saya sertai pertandingan ini kerana nak cabar diri serta nak tahu kebolehan diri sendiri.”
Menjawab soalan tentang persiapan untuk menyertai pertandingan ini, Aisya Carlysa memberitahu yang dia hanya menjadi dirinya sendiri.
“Saya cuma menjadi diri sendiri. Tak adalah persiapan apa-apa pun tapi mungkin keyakinan saya yang buat saya menyerlah.”
Aisya Carlysa juga memberitahu yang dia akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak lain.
Dia turut menitipkan pesanan sekiranya ada kanak-kanak lain yang mahu bertanding, hanya jadi diri sendiri dan sentiasa sedar bahawa tiada orang yang sempurna.
Selain itu, Pa&Ma turut menemuramah Low Ngai Yuen yang merupakan Ketua Pegawai Pemasaran AEON Group Malaysia tentang proses pemilihan Duta Kids Republic.
Menurut Low, mereka menerima lebih dari 1700 penyertaan dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pengumuman tentang pencarian duta ini dibuat.
“Saya sangat teruja kerana dapat memperkenalkan duta kami, Aisya. Dia seorang yang hebat! Kids Republic merupakan satu jenama dari Jepun yang menggunakan tagline “Untuk anak-anak yang akan mencipta esok.”
Tambahnya lagi, dengan slogan yang ‘berat’ begitu maka tercetuslah idea untuk mencari role model yang boleh menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang lain.
“Dari semua penyertaan, kita pilih 24 yang terbaik untuk membuat saringan. Akhirnya, Aisya yang terpilih sebagai duta Kids Republic.
Kita bukan cari kanak-kanak yang comel tapi yang boleh menjadi inspirasi dan mendorong orang lain untuk buat lebih lagi. Kebolehan untuk menjadi inspirasi itu kepada kanak-kanak lain itulah faktor utama.”
Bercakap tentang pemilihan Aisya Carlysa sebagai duta, Low memberitahu dia seorang kanak-kanak yang bertanggungjawab. Selain itu, dia juga bercita-cita tinggi serta sentiasa percaya dengan apa yang dia inginkan.
“Dia akan berfikir sebelum bercakap kerana dia bertanggungjawab dengan setiap apa yang diperkatakan.”
Menurut Low lagi, tugas utama Aisya Carlysa sebagai duta adalah untuk pergi mengikuti tour ke sekolah, negeri-negeri dalam Malaysia serta cawangan AEON Mall yang lain untuk membuat bengkel bersama kanak-kanak di sana.
“Tujuannya nanti, kita harapkan dia boleh berkongsi dengan kita apa perubahan yang memberi makna kepada masyarakat dan orang lain yang boleh mereka lakukan tanpa perlu tunggu mereka dewasa.”
Pertandingan akhir tersebut telah diadakan di IOI City Mall Putrajaya. Seramai 24 finalis luar biasa dibahagikan kepada dua kategori: Kategori A, menampilkan kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun, dan Kategori B, terdiri daripada kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun sebelum akhirnya Puteri Aisya Carlysa terpilih menjadi duta Kids Republic.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam peti sejuk juga boleh berlaku letupan walaupun rasanya tak ada benda yang memudaratkan. Murah ke mahal ke peti ais tersebut tetap akan berlaku letupan jika tiga benda ni disimpan di dalam peti ais.
Tiga benda ini yang dikenal pasti tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk;
Minuman Bekarbonat
Minuman ni mengandungi karbon dioksida di dalamnya. Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup bila tidak dapat lagi menampung tekanan.
Ais Kering
Ais kering juga terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Jika ia berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas. Kalau pun ia x meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Alkohol dan cecair mudah terbakar
Jika ia disimpan dalam ruang sejuk beku ia akan menyebabkan tekanan dan cecair dalam botol mengembang lalu menyebabkan letupan yang serius jika disimpan lama di ruang sejuk beku.
Jika anda tak pasti sama ada makanan dan minuman tu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tak, boleh rujuk pada label pembungkusan.
Seronok dua pembantu rumah Emma Maembong dan Shazli (suami emma maembong) dapat hadiah iPhone bersempena sambutan hari raya Aidilitri tahun ni. Menerusi instagram story emma maembong, emma dan suami bermaaf-maafan bersama dua pembantu rumah mereka sebelum Shazli menyerahkan telefon baru kepada mereka. Kedua-dua pembantu rumah emma lompat kegembiraan dihadiahkan telefon pintar jenama iPhone, Alhamdulillah. Kegembiraan mereka teserlah sehingga peluk emma dari belakang.
“Kerja rajin-rajin jangan gaduh-gaduh, kerja elok-elok…”
“ni untuk kamu jugak, sama-sama ada handphone baru sama rata..”
Rata-rata warganet memuji cara emma dan suami memberi layanan kepada bibik mereka. ‘kalau tengok cara emma dan suami nampak tak kekok bila maid dorang datang peluk, mesti dorang baik gila’.
Antara komen warganet memberi pujian dan mendoakan emma dan suami dimurahkan rezeki:
Emma Maembong dan suami mendirikan rumahtangga dari tahun 2020 dan dikurniakan anak lelaki bernama Shariq Gabriel serta bakal menimang cahaya mata yang keduanya pada tahun ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.