Pasangan suami isteri ini masih buntu untuk menyediakan sebanyak RM15,000 lagi bagi mencukupkan RM24,000 keperluan untuk menampung kos rawatan anaknya Noah Ulhaq, berusia dua tahun, yang menghidap penyakit tulang kaki bengkok.
Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35, berkata anaknya yang turut menghidap lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia, memerlukan rawatan lanjut.
Katanya, ketika ini anaknya yang mesra dipanggil Adam itu sedang menerima rawatan secara berperingkat di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok, Thailand.
“Saya jadi buntu kerana perlu menyediakan sekitar RM24,000 untuk meneruskan rawatan anak di hospital berkenaan di Bangkok.
“Setakat ini, wang terkumpul ada RM9,000 hasil wang simpanan dan bantuan daripada orang ramai dan masih kurang sebanyak RM15,000 lagi untuk menampung keperluan itu.
Ads
“Sehingga kini, Noah Ulhaq sudah menjalani rawatan sebanyak tiga kali di hospital berkenaan sejak awal tahun ini apabila doktor melakukan proses menyimen pada kedua-dua kaki anak saya bagi tujuan meluruskan tulang kaki yang bengkok.
“Noah Ulhaq dijadual akan menerima rawatan tiga peringkat lagi di hospital itu termasuk menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.
Mohd Nor Hafiz yang menjalankan perniagaan takoyaki di pasar malam dan tapak karnival berkata, dia dan isteri, Suhaila Suid, 35, tidak mampu menyediakan wang berkenaan kerana ia di luar kemampuannya.
Ads
“Saya terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan proses rawatan dan pembedahan anak tidak tergendala,” katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal, anggaran kos rawatan termasuk perjalanan dan penginapan berjumlah sekitar RM33,000, tetapi selepas meneliti semula termasuk proses rawatan enam kali ditetapkan doktor, kos melebihi daripada itu.
Katanya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand turut menjadi faktor pertambahan kos berkenaan.
Ads
“Saya dan isteri mengharapkan anak kami yang menghidap penyakit berkenaan sejak lahir, dapat pulih dan berjalan seperti kanak-kanak lain.
“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 011-16650548,” katanya.
Sebelum ini kesukaran pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan dana bagi rawatan anaknya itu pernah dilaporkan dan menerusi penyiaran kisahnya, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu meringankan beban mereka.
Cuma kos itu masih belum mencukupi dan berharap ada lagi insan yang prihatin untuk membantu merealisasikan impian Noah untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain.
Anak patung memang kegemaran anak kecil. Kecomelannya membuatkan mereka tertarik, tambahan lagi jika ia nampak seperti betul-betul sama dengan manusia atau cukup sifat. Tapi mama papa hati-hati membeli, bimbang terjadi perkara tidak diingini.
Anak patung jadi watak utama main peranan atau pretend play. Boleh dikatakan setiap kanak-kanak akan memilikinya. Pengalaman yang dilalui ibu ini boleh dijadikan panduan dan pengajaran. Ada baiknya kita memilih yang selamat walau puan nampak kurang comel. Anak patung cukup sifat mengundang bahaya gangguan.
Anak patung yang dibelikan untuk anaknya rupanya dihuni ‘sesuatu’ yang kemudian mengganggu kesejahteraan mereka sekeluarga.
Dah lama Hanna berkawan dengan ‘benda’ dalam patung
Fikir balik macam tak percaya apa yang berlaku. Minta jauh dah la benda-benda macam ni. Lama dah Hanna berkawan dengan benda dalam patung ni. From Sarawak ikut balik Kelantan.
Allahu.. pesan saya, tak payah lah beli patung yang cukup sifat macam ni. Sebab senang benda tak elok nak tumpang.
MAMA KENA GANGGU
Sebelum ni baca story orang lain. Ni kena kat batang hidung sendiri. Sampai tahap Mama kena ganggu. Jauh betul benda ni merantau ikot Mama Hanna.. benda tu nak bagitau dia tu ada, -Tendang katil mama Hanna. -Tak dapat tidur mcm ada yang memerhati. -Uban putih melekat kat mama. -Main bukak tutup pintu tandas. -Bukak air tapi pergi check air tak keluar pun -Hanna tunjuk-tunjuk masa dlm toilet -Bunyi zrapp kat tepi telinga
Tapi tetap positif lg. Hari ini panggil ustaz sebab tak tahan sangat. Ya benda menumpang dari Sarawak yang tidak bertuan, ingin cari tuan..
TRAUMA
Alhamdulillah kali ni Allah kuatkan semangat Mama Hanna nak lawan benda mcm ni. Tp sekarang trauma lagi. Tak dpt nk tido sorg .
Nak cerita panjang sangat.. so pesan saya tak payah ada la patung mcm ni. Kesian anak-anak..
Dengar cerita macam mengarut kan? Tapi itulah hakikat kena kat diri sendiri..
Ustaz Azhar Idrus menerusi video berdurasi 1.44 saat menerusi Youtube ini pernah berkongsi mengenai perkara ini. Menurut Ustaz, selain patung gambar-gambar juga tidak boleh disimpan di dalam rumah. Orang dewasa tidak boleh membeli dan memiliki patung-patung di dalam rmah mahu pun di dalam kenderaan sebaliknya kanak-kanak dibolehkan.
Antara reaksi netizen terhadap situasi ini rata-rata menyatakan rasa terkejut dan takut. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan info.
Sebaknya rasa bila mendengar dendangan lagu ini walau pun beberapa saat, menggambarkan sayangnya Datin Sri Shahida kepada anak susuan, Qayyum yang dianggap seperti anak sendiri.
Datin Sri Shahida amat menyayangi anak-anaknya termasuk anak susuannya Ameena & Qayyum. Sebuah videonya dan Qayyum dimuatnaik di Instagram dengan kapsyen yang cukup membuatkan rasa sebak. Kasihnya telah banyak tertumpah buah Qayyum (Yom) dia telah menghadiahkan sebuah lagu semoga satu hari nanti Qayyum tahu yang dirinya dijaga oleh ibu susuannya semasa kecil dulu.
shahidadherbs Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik??… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia…
. Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti..
Para peminat sebak menonton video ini dan mendoakan yang terbaik buat Qayyum, Datin Sri Shahida serta seluruh keluarganya.
Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin.
Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas Covid-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif Covid-19, dua anaknya juga turut dijangkiti.
Media Thailand melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, kemungkinan disebabkan terlalu banyak kes Covid-19 di hospital.
Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini. Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.
Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan Covid-19 telah kian mencengkam negara ini.
Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian, dengan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menyatakan sejumlah 171,921 pesakit masih dirawat di hospital dengan 4,284 dalam keadaan kritikal dan 954 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut CCSA kematian melibatkan 64 lelaki dan 54 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun termasuk 115 warga tempatan dan seorang warga Myanmar, Kemboja dan India. -Bernama
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.