
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadapĀ vaksinasi terhadap anak merekaĀ kerana mereka mungkin memikirkan akan bahaya vaksin terhadap kesihatan anak-anak.
Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akanĀ lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahayaĀ yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol.

Ikuti artikel yang dikongsi Hello Doktor ini untuk mengetahui sebab ibu bapa tidak boleh menolak atau menangguh vaksinasi.
Bahaya vaksin atau tidak? Jangan menolak vaksinasi anak anda, kerana:
#1. Kesan jangka masa panjang vaksin terhadap kesihatan
Sebagai ibu bapa, pastikah anda akanĀ fakta akan bahaya vaksin ataupun tidak?
Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit.
Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi.
Ini seterusnya akan membawa kepada masalah iaitu: kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk merawatĀ kanak-kanak yang tidak divaksin.
Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan.
Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir denganĀ congenital rubella syndromeĀ (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.
Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain.
Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain).
Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit.
Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.
#2. Kesan jangka masa panjang vaksin terhadap sosial
Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangatĀ mudah terdedah kepada penyakit.
Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain.
Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.
#3. Meninggikan risiko penyakit berjangkit
Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain.
Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya.
Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak.
Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa yang takut akan bahaya vaksin untuk menolak atau menangguh vaksinasi.
Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

