Ads

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Kita mula pening bila anak buat bising, menjerit sana sini. Hakikatnya anak kuat menjerit bila ada rasa tak puas hati adalah sesuatu yang biasa berlaku ketika mereka sedang belajar mengenal dan mengawal emosi sendiri.

Dalam usia yang masih kecil, anak-anak belum pandai meluahkan apa yang mereka rasa menggunakan perkataan. Sebab itulah ada masanya mereka memilih untuk menangis, mengamuk atau menjerit apabila sesuatu perkara tidak berlaku seperti yang diinginkan.

Benar seperti yang dikongsikan oleh penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim, di usia anak dua hingga tiga tahun, anak belajar mengenal diri dan belajar mengenal emosi mereka sendiri. Jadi berikan mereka ruang untuk meluahkan perasaan sambil kita membimbing mereka menguruskan emosi dengan cara yang lebih baik.

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Anak Kuat Menjerit Ketika Belajar Mengenal Emosi

Anak kuat menjerit itu perkembangan baik. Itu tandanya tumbesaran otak dia sedang on track!

Ini berita baik. Kalau kita semak balik carta perkembangan otak kanak-kanak, penanda aras tumbesaran otak intelek yang baik adalah bila anak kita sudah ada otak emosi.

Otak emosi ni layer pertama, layer kedua baru la datang otak intelek. Jadi anak kuat menjerit memang on track la!

Dalam proses perkembangan kanak-kanak, kebolehan mengenal dan mengawal emosi terbentuk secara beransur-ansur. Pada usia dua hingga tiga tahun, anak-anak masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk memahami perasaan marah, kecewa, sedih dan tidak puas hati.

Bagaimanapun, menjerit semata-mata bukan ukuran bahawa perkembangan otak anak berada pada tahap yang baik. Ibu bapa juga perlu melihat perkembangan bahasa, komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku anak secara keseluruhan.

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Kenapa Anak Kuat Menjerit Dan Mudah Mengamuk?

Emosi ni datang sekali pakej dengan,

Ads
  • menjerit
  • mengamuk
  • marah
  • menangis
  • membentak

Seperti orang dewasa, emosi kanak-kanak pun sama, boleh buat mereka jadi bertindak di luar kawalan diri.

Kena banyak bersabar okey!

Tak lama pun fasa menjerit ni, 2-4 tahun je paling lama. Itu la fasa anak baru nak belajar toleransi dengan otak emosi dia.

Memang bukan mudah bila anak menjerit, lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam. Ada kalanya ibu bapa sendiri boleh hilang sabar apabila anak mula menangis atau mengamuk tanpa henti.

Namun, tingkah laku sebegini boleh berlaku kerana anak belum mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk mengawal perasaan mereka. Anak mungkin terlalu penat, lapar, kecewa atau tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan apa yang diinginkan.

Fasa ini lazim berlaku pada usia awal kanak-kanak, tetapi tempohnya berbeza mengikut perkembangan setiap anak. Sebab itulah penting untuk ibu bapa memahami punca tingkah laku mereka dan bukannya terus menganggap anak sengaja mahu melawan.

Ads

Perkembangan Emosi Membantu Anak Belajar Bersosial

Dari adanya otak emosi ni la anak jadi pandai bersosial dan bermain dengan orang lain.

Dari adanya otak emosi la anak kita belajar untuk menerima arahan dari orang tua.

Dari adanya otak emosi ni la anak tahu bagaimana rasa di sayangi dan menyayangi.

Banyak lagi kebaikan otak emosi ni tau! Bukan sekadar menjerit je.

Apabila anak semakin membesar, mereka mula belajar mengenali perasaan sendiri dan memahami perasaan orang lain. Kemahiran inilah yang membantu mereka berkawan, berkongsi barang permainan dan belajar bertolak ansur.

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Ads

Elakkan Menjerit Pada Anak Ketika Mereka Sedang Marah

Yakin la, bila anak dah mahir toleransi dengan otak emosi pasti tumbesaran otak intelek dia boleh jadi 2 – 3 kali ganda lebih progresif.

Cuma satu je nak pesan, anak menjerit tak apa itu tanda dia sedang belajar tapi kalau kita yang menjerit itu yang tak boleh. Itu tanda nak ajar anak jadi kurang ajar.

Tolong elak menjerit pada anak.

Walaupun anak kuat menjerit ketika marah atau kecewa, ibu bapa sebaiknya tidak membalas dengan jeritan. Reaksi kita ketika berdepan dengan emosi anak boleh menjadi contoh kepada mereka tentang cara menangani sesuatu keadaan.

Cuba rendahkan suara, pastikan anak berada dalam keadaan selamat dan beri masa untuk mereka bertenang. Selepas keadaan reda, barulah ajak anak bercakap tentang apa yang berlaku.

Jadi, bila anak mula menjerit, cuba fahami dahulu apa yang sedang mereka rasakan. Dengan kesabaran, bimbingan dan kasih sayang, anak dapat belajar meluahkan perasaan dengan cara yang lebih baik.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Mohd Fhais Salim

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Ayden & Ara Pandai Bawa Diri Bertemu Menteri Singapura, Cara Syed...

Ayden dan Ara dipuji ramai selepas bertemu Menteri Pendidikan Singapura. Cara Syed Saddiq membimbing mereka bersalam dan menjaga adab mencuri perhatian.