Pernah tak lihat anak bercakap dengan mainannya walaupun main berseorangan? Mesti anda terfikir mengapa anak berkelakuan sedemikian. Jangan risau sebab ia dalam peringkat perkembangan seorang kanak-kanak.
Biasanya kanak-kanak di usia dua hingga enam tahun kebanyakannya mempunyai dunia imaginasi sendiri dan perasaan ingin tahu dalam diri mereka sangat tinggi.
Selain itu, keadaan biasa yang mungkin anda hadapi adalah anak-anak akan bercakap berseorangan. Perkembangan ini menunjukkan peringkat perkembangan anak semakin berubah dan mereka mula memahami keadaan sekeliling. Bagaimanapun, keadaan ini turut memberi kerisauan buat ibu bapa.
Sebenarnya, keupayaan bercakap kanak-kanak adalah berbeza. Bagi anak yang berusia 4 tahun mereka sudah memiliki kemampuan untuk meneroka dan bermain dengan objek kegemarannya.
Apabila bermain mungkin anda sering dengar anak-anak bercakap seorang diri.Menurut pakar, kanak-kanak berumur 4 tahun mempunyai daya imaginasi tinggi, suka mencuba sesuatu yang baru sehingga sampai satu tahap ada perkara yang mereka lakukan diluar kotak fikiran ibu bapa.
Ads
Dalam kes ini anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau. Tabiat ini adalah proses untuk anak mempersiapkan diri untuk berkomunikasi dengan persekitaran luar. Di samping itu, tabiat bercakap seorang diri tidak hanya terdapat pada kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga ada yang mengalaminya.
Bercakap bersendirian sebenarnya merupakan faktor penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dan berkait rapat dengan keupayaan kanak-kanak untuk mengawal dirinya.
Apabila Imaginasi Kanak-Kanak Sering Dikaitkan Dengan Mainan
Pada umur 4 tahun anak dah pandai menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Anda akan mendapati anak bercakap dengan diri sendiri sambil memegang objek seperti mainan. Kadang-kadang mereka akan bercakap dengan mainan dan menceritakannya.Tetapi jika anak bercerita tanpa memegang objek atau hanya membayangkan sahaja ia dipanggil pseudoscience fantasi.
Ads
Imaginasi watak kegemaran
Jika anak anda sering membayangkan watak-watak kegemarannya seperti hero dalam cerita kartun ia tidak menjadi masalah tetapi yang perlu dirisaukan adalah apabila anak berkhayal tanpa watak kegemaran bahkan anda juga tidak tahu maka mungkin ini adalah pseudoscience fantasi.
Ads
Imaginasi biasa
Imaginasi biasa dikategorikan jika anak anda bermain dengan mainan kegemaran dan tidak merasakan kegembiraan atau ketakutan. Malah bayi anda akan berhenti apabila bosan. Tetapi jika kanak-kanak mempunyai imaginasi pseudoscience ia akan cenderung menangis dan takut.
Untuk pengetahuan ibu bapa,tabiat kanak-kanak yang bercakap sendiri akan hilang dengan sendirinya seiring dengan usia kanak-kanak apabila dah mula memasuki alam persekolahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Homework yang diberi kepada kanak-kanak boleh mengakibatkan stres sehingga boleh menjejaskan perkembangan diri mereka ekoran tidak diberi peluang untuk bermain.
Sememannya fitrah kanak-kanak suka bermain. Namun menurut Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari atau dikenali sebagai Teacher Ina ini adalah antara masalah yang sering ibu bapa lalui sehingga sanggup membiarkan kanak-kanak membuatkan homework supaya anak cemerlang. Ikuti perkongsian pengusaha taska ini yang tidak bersetuju anak-anak diberikan homework. Malah kenyataan yang diposting oleh admin Pa&Ma telah menjadi viral berikutan isu homework.
Pagi-pagi dah ternampak post ni… Org-orang yang mengenali saya.. Dah tentu tahu jawapan saya… TAK SETUJU…dan SETUJU kenapa? Ye saya boleh jawab. Bermain. Melalui bermain neuron di otak kanak-kanak buleh berhubung… Bla bla bla… Boring kan ayat yg sama di ulang…. Samalah.. Sy juga boring ayat sama diulang2… Homework.. Peperiksaan… Test itu. Test ini… Nnt tak sempat pulak anak nak siapkan tesis masa darjah 2 nanti kan? KITA MENGOMEN DENGAN ILMU PULA KALINI OK! Menggunakan perkataan2 yg tak berat dan mudah difahami “play is a central part of your children’s toddler years & has great EDUCATIONAL value” (book toddler care page 56) “Froebel (1782-1852) who first used the word kindergarten to refer to a place of play for children, where they were encouraged to play out of their own nature&in a suitable environment. The garten metaph or underlines the balance between nature & child development with an emphasis qualitiesof freedom & joy” “bermain penting bg kanak-kanak. Bermain dgn rakan2 dan kanak-kanak lain membantu mereka membentuk peribadi mereka, moral & nilai2” (buku anak anda genius: page 132) Dr Theva Nithy Ada byk lg quotation yg sy boleh share.. Tp nnt muak pulak nak baca?
TAK SETUJU.. jika homework.. Latih tubi.. Buat maths.. Buat karangan.. Itu ini.. Seharian kat sekolah xcukup… KANAK-KANAK PERLUKAN AT LEAST 5JAM pergerakan penuh seperti yg di cadangkan KKM… Bila lah agaknya nak bergerak kalau dah gini gaya hidup anak tu?
SETUJU… jika homeworknya adalah.. Sila bermain masak2 dirumah dan hasilkan 1 hasil masakkan (play dough atau tepung) dan bawa ke sekolah esuk Setiap anak-anak dapat 4goodies bag. Tugasan berikan goodies kepada kanak-kanak yg lain di taman permainan atau mana2 tmpat public utk program sharing is caring(ni mmg xtvt tfa?) Jd paham x apa maksud sy? Kanak-kanak perlu bergerak… Lainlah kalau ‘old fashioned homework’ dan ibu bapa sgt kreatif dpt membantu anak siapkan hwork mereka dgn cover semua area.. Pergerakan.. Fizikal.. Social.. Emosi.. Bahasa.. Dan cognitive… Ada ke yang buat gini…? ? Hati2 memberi tekanan kepada anak.. Kerana mengikut statistics Malaysia terkini… 1 dari 9 rakyat Malaysia sakit mental… Jgn tambah statistik ok… Being parents is different from having children.. Let be parent.. The wise one of course
Semoga setiap ibu bapa memberikan yang terbaik buat anak-anak
Teacher Ina TFAPLAYSCHOOL Founder TFAPLAYSCHOOL Sensory Park Founder KOPPendididkan Awal Kanak-kanak Selangor Chairman 12 years in Ece and still counting Business and banking grad UiTM Child Psychology grad UUM Med Psychology student UPSI
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan langkah tegas dengan menyenaraikan 12 kategori makanan dan minuman yang tidak lagi dibenarkan dijual di sekolah. Langkah ini berkuat kuasa mulai 23 September, hasil kerjasama bersama Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan.
Tujuan utama? Tidak lain tidak bukan untuk memastikan anak-anak kita, terutamanya murid sekolah rendah, dibiasakan dengan tabiat pemakanan yang lebih sihat seawal usia.
Antara makanan dan minuman yang kini berada dalam senarai hitam ialah:
Makanan terproses seperti kentang goreng, burger, sosej, nugget, bebola ikan dan daging.
Makanan ringan seperti kerepek, keropok udang, dan pelbagai jenis snek bergoreng.
Gula-gula & coklat yang tinggi kandungan gula.
Makanan berkrim atau bergula, termasuk aiskrim dan produk manisan.
Mi segera serta produk seumpamanya.
Minuman berperisa seperti sirap, minuman tenaga, isotonic, minuman berkarbonat dan minuman berherba.
Produk tamat tempoh atau menyerupai mainan juga dilarang sama sekali.
Teh & kopi hanya boleh dijual untuk guru, bukan murid.
Ibu bapa sering risau bila melihat anak pulang dari sekolah dengan makanan ringan di tangan, atau mengadu sakit perut kerana terlalu banyak makan makanan berminyak. Malah, ada juga murid yang sukar fokus belajar kerana terlalu banyak mengambil gula yang memberi tenaga segera tetapi cepat hilang.
Kajian menunjukkan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan tumbesaran, perkembangan otak, dan tahap tumpuan pelajar. Bagi anak-anak sekolah rendah yang sedang membesar, badan mereka perlukan nutrisi yang betul untuk kekal cergas, aktif, dan pintar di dalam kelas.
Langkah KPM ini bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata, tetapi juga perlukan sokongan daripada ibu bapa di rumah.
Sediakan bekal sihat seperti nasi dengan lauk ringkas, buah potong, atau roti gandum.
Kurangkan pemberian jajan di rumah agar anak-anak tidak terbiasa dengan makanan tinggi garam, gula, dan lemak.
Galakkan air kosong sebagai pilihan utama berbanding minuman manis.
Guru pula boleh membantu dengan mendidik murid tentang pilihan makanan yang baik, sambil memberi contoh melalui kantin sekolah yang menyediakan menu lebih seimbang.
Sebagai ibu bapa, kita pasti mahu melihat anak-anak membesar dengan sihat, cerdas dan ceria. Apa yang mereka makan hari ini akan membentuk kesihatan mereka pada masa depan.
Langkah ini mungkin dirasakan ketat oleh sesetengah pihak, namun hakikatnya ia adalah pelaburan besar untuk memastikan anak-anak kita dijauhkan daripada risiko obesiti, kencing manis, atau masalah kesihatan sejak kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin, boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi. Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak-anak untuk bebas memakai lampin. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak-anak berjaya melakukannya dengan baik.
Tidak dapat dinafikan memang agak mencabar melatih anak-anak ‘melupakan’ lampin tidak kiralah lampin kain atau pun lampin pakai buang. Tidak semua anak-anak boleh melalui fasa latihan ini dengan cepat.
Ada banyak kebaikan kepada anak-anak yang sudah tidak lagi memakai lampin. Satu fasa penting dalam proses perkembangan anak-anak adalah latihan ke tandas. Perkembangan emosi dan sosial mereka akan menjadi lebih baik.
Hasil kajian yang telah diterbitkan di dalam Journal of Pediatric Urology pada tahun 2002, kebanyakan anak yang lewat bebas lampin akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing. Untuk kesan jangka panjang pula mereka berisiko mengalami masalah usus.
Selalunya ibu bapa sudah boleh mula mengajar anak bebas lampin pada umur 2 hingga 3 tahun. Ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas lampin seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau hancing seluruh rumah, lebih baik ibu bapa tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas lampin:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai lampin dan mahu membuka sendiri lampin selepas ‘membuang.’
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk ‘membuang’ seperti selepas bangun tidur atau selepas makan.
Tanda-tanda di atas juga boleh digunapakai untuk anak berkeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza. Jika anak mempunyai tanda di atas, sudah tiba masanya ibu bapa mengajar anak-anak bebas daripada memakai lampin.
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas lampin. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang buka sahaja baju anak. Jika hendak ‘membuang’ wajib beri tahu jika tidak, mereka akan didenda. Hasilnya dalam sehari dua, anak-anak tidak perlu lagi memakai lampin.
Berikut teknik yang selalu digunakan oleh ahli terapi cara kerja untuk anak berkeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal.
1. Pilih sama ada hendak melatih anak menggunakan tandas terus ataupun guna ‘potty’.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan. Jika ibu bapa rajin gunalah ‘potty’ mungkin agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas hendak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang dilengkapi tangga.
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu perkataan paling sesuai dan sebut setiap kali menukar lampin. Tunjukkan najis pada anak setiap kali anak ‘membuang’ dalam lampin.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Ibu bapa boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?” Ibu bapa boleh bercerita mengikut kretiviti masing-masing sambil membuat ekspresi muka bagi menarik perhatian anak.
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum ‘membuang’ contohnya resah gelisah, ke hulu k ehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik.
5. Catat masa setiap kali anak ‘membuang’ selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi. Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan lampin jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka.
Semua tip ini boleh mula dilakukan ketika umur anak setahun ke atas sebagai persediaan bebas lampin.
Ibu bapa boleh melatih anak bebas memakai lampin apabila sudah ada jadual masa, potty dan seluar dalam anak. Berikut langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Tahap pertama (masih memakai lampin)
1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus selepas bangun tidur, selepas makan dan sebelum tidur. Boleh juga bawa setiap 2 jam. Lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya ‘membuang’ di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas ‘membuang’ di dalam lampin, tunjukkan lampin basah kepada anak sambil menegaskan tidak boleh ‘membuang’ dalam lampin
5. Disarankan ibu bapa untuk fokus dan melatih anak-anak secara berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (pakai waktu tidur sahaja)
1. Ibu bapa boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan lampin.
2. Pakaikan lampin waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak lampin basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur. Jadikan rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas lampin)
1. Boleh mula kurangkan memakai lampin pada waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau hancing.
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana hendak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar sudah pandai.
Ada yang seminggu sudah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Latihan ini perlu berterusan barulah cepat nampak kesannya. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya.
Ketika melatih anak bebas lampin, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi ibu baoa perlu bukakan seluar dan jirus setiap kali anak hendak membuang,
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...