Andainya sakit anak boleh dipindahkan, semua ibu bapa pasti sanggup. Tapi apakan daya, itu adalah takdir yang telah ditentukan. Percayalah setiap ibu bapa yang terpilih dengan ujian anak sakit ini, Allah tahu kita mampu menghadapinya.
Walaupun di dunia kita diuji, di sana nanti pasti ada ganjaran yang Allah akan berikan. Seperti perkongsian ibu ini, Puan Norunajwa Safiei pemergian anaknya yang berjuang dengan sakit kanser darah akan menjadi kenangan buat selama-lamanya.
Penyakit yang paling ditakuti Allah uji pada anak
Tarikh 4 Februari setiap tahun adalah tarikh Hari Kanser Sedunia. Izinkan saya berkongsi kisah anak Syurga saya Adam yang diuji sakit kanser.
Sewaktu dimaklumkan anak menghidapi sakit kanser darah (leukimia) hati bagai tidak percaya. Lutut rasa lemah. Kepala rasa sakit bagai di hempap batu yang besar. Penyakit yang paling ditakuti akhirnya di alami oleh anak sendiri.
Hanya air mata sebagai peneman
Air mata sentiasa menjadi peneman. Anak saya juga sering menangis. Mungkin masih terkejut dengan suasana wad yang sangat asing baginya. Akhirnya, atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya tanamkan dalam diri yang saya perlu positif.
Ads
Perlu kuat di hadapan anak agar anak lebih kuat semangat. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Tapi saya cuba kelihatan tenang dan bagaikan tiada apa yang berlaku. Sentiasa layankan dan hiburkan hatinya.Berusaha untuk buat mereka tersenyum. Saya tidak mahu anak saya sedih. Tipulah jika saya tidak menangis. Tapi elakkan menangis di hadapannya.
Pengorbanan buat anak
Lama kelamaan anak saya juga semakin positif. Dia sentiasa tersenyum walaupun menanggung sakit yang dihadapinya. Sakit kanser bukan seperti sakit demam biasa. Tapi terlalu banyak ujian yang dialaminya selepas kimoterapi seperti ulser, demam, sakit badan. Bergantung kepada antibodi masing- masing.
Ujian yang dilalui buat saya lebih belajar. Belajar erti sebuah pengorbanan, kasih sayang dan kesabaran. Pengorbanan seorang ibu yang amat kasih dan sayangkan anaknya. Juga kesabaran dalam menjalani hari-hari bersama mereka.
Ads
Tanggal 27 Ogos Allah jemput kembali pada-Nya
Sungguh, kadangkala runtun hati saya sebagai seorang ibu bila melihat rawatan yang diterimanya di kala umur masih kecil begitu. Namun, bila memikirkan itu salah satu usaha, saya perlu juga kuatkan hati.
Akhirnya tanggal 27 Ogos 2020 anak saya pergi jua. Walaupun berat, tapi saya sekeluarga redha dan ikhlas. Berbaik sangka dengan Allah. Ada hikmah atas perancanganNya. Sakit cuma asbab.
Ads
Hakikatnya masa mereka telah tiba. Allah lebih sayangkan mereka. Hilang sudah segala kesakitan mereka. Buat ibu bapa yang diuji anak sakit kanser atau sakit lain, moga kalian sentiasa di permudahkan urusan.
Diberikan kekuatan dan kesabaran. Hanya kepada Allah kita memohon. Anggap ini sebagai satu ujian dan hikmah. Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami situasi yang sama, berikanlah kata semangat. Kata semangat juga mampu untuk membuatkan mereka lebih kuat.
-Mama Wildan Syurga Muhammad Adam Furqan-
Kredit: Norunajwa Bt Safiei
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usianya baru saja menginjak enam tahun, namun sudah diuji dengan penyakit kanser otot atau ‘rhabdomyosarcoma’ sejak tiga tahun lalu.
Bermula dengan benjolan di paha kanan
Lebih menyedihkan apabila doktor pakar mengesahkan bahawa kanser yang dihidapi Safiyya Aisyah Shahrul Asyraf sudah berada di tahap akhir dan tempoh hayatnya dijangka enam bulan sahaja lagi.
Ibunya, Syamimi Athirah Sanusi, 30, berkata anak tunggalnya disahkan mengidap penyakit berkenaan selepas paha kanan mempunyai benjolan sebesar bola golf serta kerap demam.
“Safiyya Aisyah sudah jalani dua pembedahan bagi merawat penyakitnya. Sepatutnya perlu jalani rawatan ketiga dengan segera, namun menurut doktor pakar, peluang anak saya sembuh amat tipis iaitu hanya 20 peratus walaupun selepas rawatan memandangkan dos ubat yang akan diberikan juga tinggi.
“Menurut doktor pakar lagi, daripada 10 pesakit yang menjalani rawatan itu, hanya dua kes berjaya dengan peluang hidup tipis menyebabkan kami mengambil keputusan tidak meneruskan rawatan berkenaan,” katanya yang tinggal di Jalan Kampung Parit Hussain, Padang Serai, Perak.
Cuba penuhi impian dan gembirakan Saffiya
Syamimi Athirah berkata, dia dan suami, Shahrul Asyraf Shaharuddin, 33, tetap berusaha menggembirakan kanak-kanak berkenaan yang gemar melukis dan aktif di rumah serta disenangi guru di sekolah kerana kepetahan bercakap.
“Minggu lalu, Safiyya Aisyah menyuarakan hasrat mahu bermain salji bersama keluarga dan kami akan sedaya upaya memenuhi impiannya itu sebelum dia pejamkan mata buat selama-lamanya.
“Ibu bapa mana yang tidak sedih tambahan pula Safiyya Aisyah satu-satunya anak kami, namun saya dan suami tidak mahu menunjukkan kesedihan itu di hadapannya,” katanya lagi.
Mereka ditemui dalam program sambutan hari jadi anjuran Dimash Fan Club Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) di McDonalds Birch House, Jalan Datuk Keramat, Goergetown.
Sementara itu, Maznah berkata, pihaknya bercadang membawa Saffiya Aisyah ke taman tema i-City Shah Alam, Selangor dalam masa terdekat bagi memenuhi hasrat si cilik itu bermain salji, namun bergantung kepada tahap kesihatannya.
Di semua hospital sama ada awam atau swasta, terdapat papa kenyataan: “Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk” di pintu utama dan wad. Peraturan ini bukan saja-saja di buat oleh pengarah hospital. Ini kerana kanak-kanak merupakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Tapi masih ada lagi segelintir ibu bapa yang memandang ringan tentang larangan ini. Masih ada lagi yang membawa anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit di sana. Ikuti perkongsian En. Faisal Firdaus tentang betapa bahayanya kuman-kuman yang terdapat di hospital walaupun nampak sangat bersih.
Berkilatkan lantai depan ICU ni?
Sampaikan ada pelawat boleh duduk. Bawak kanak-kanak lepastu baring-baring atas lantai.
Puting anak jatuh lepastu masukkan balik dalam mulut ank. Tak basuh pun! Kemam-kemam je, bg ank.
ADOIIII!!!!
Kak, abang, pakcik, makcik…
Ape yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ye memang betul kami, mop, buffing lantai tu setiap hari.
Tapi, apa yg tertumpah atas lantai tu? Darah.. Nanah.. Lendir.. Urine.. Nampak? Tak Nampak? Ooo sebab dah dibersihkan. Tapi kuman yang ade kat situ? 100% bersih?
Ni ha, korang google la sendiri monster-monster yang boleh MEMBUNUH anak kalian menurut otai bius kami Dr Mohd Sany;
Tak sayang anak-anak? Biarkan diorg bergolek gelantang atas kuman-kuman tu? Maaf saya pakai bahasa pasar. Hospital bukan tempat rekreasi tuan puan. Ni tempat berkumpulnya penyakit. SEMUA PENYAKIT ade kat sini. Anda sebagai cerdik pandai bawak anak-anak untuk mencari penyakit. Then bawak balik dan kongsi dengan yang lain?
Sy sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama kanak-kanak. Yang sakit anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat.
Penyakit disini bukan calang-calang. Dan kebanyakkanya sangat tinggi risiko yang membawa maut kepada ANAK anda!!
Ada ibu yang terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi kerana bayi dalam kandungan besar saiznya. Hal ini dipanggil sebagai macrosomia di mana fetus bersaiz besar melebihi dari 4kg.
Fetal macrosomia atau fetus besar adalah apabila berat fetus dijangkakan 4kg atau lebih berdasarkan penilaian klinikal & skan.
Lazimnya, mommy yang disyaki mengalami macrosomia disyorkan untuk melahirkan secara pembedahan Cesarean untuk mengurangkan risiko seperti :
• Distosia bahu
• Rahim pecah
• Kecederaan perineum yang teruk
• Tumpah darah
Dalam kes tertentu, jika Doc yang merawat khuatir baby boleh mencapai saiz yang lebih besar sekiranya kehamilan diteruskan, mommy mungkin perlu menjalani prosedur ‘induce’ agar baby dapat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
Gambar hiasan.
5 tips kurangkan risiko baby besar @ Macrosomia:
* Capai berat badan sihat sebelum hamil
* Bagi mommy dengan diabetes, capai pengawalan paras gula yang optimum sebelum & ketika hamil
* Diet sihat, utamakan diet dengan indeks glisemik rendah, porsi sihat & cara penyediaan hidangan yang sihat ketika hamil.
* Kekal aktif & melakukan senaman yang bersesuaian.
* Hanya mengambil suplimen yang disyorkan oleh doktor sahaja.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.