Dalam hubungan suami isteri, apabila kita sudah duduk sebumbung berkongsi suka duka kehidupan dalam alam perkahwinan, barulah kita akan berhadapan dengan kehidupan yang sebenar.

Alangkah sukarnya bagi pasangan suami isteri untuk menerima kenyataan, jika sewaktu dalam alam percintaan (sebelum berkahwin) kita tidak menjadi diri kita yang sebenar, sebaliknya kita hidup penuh kepura-puraan dan banyak yang kita selindung daripada pasangan kita.

Adatlah Sesekali Bergaduh Manja Dalam Perkahwinan. Ini Yang Kukuhkan Cinta Suami Isteri

Perangai sebenar pasangan akan diketahui bila berkahwin

Sebab apabila kita berkahwin, kita sebenarnya akan menemui tiga orang yang berbeza daripada pasangan kita itu (orang yang kita kenali sepanjang percintaan kita). Pertama, orang yang kita sangka siapa dia? Maksudnya banyak antara kita yang terpedaya, menyangka bahawa pasangan kekasih mereka adalah seorang yang baik dan positif.

Biasanya nilaian kita ini banyak diukur daripada luaran fizikal pasangan kita itu sahaja, iaitu dari segi cantik/tampan atau tidak pasangan itu, dan diukur dari segi status dirinya, kecerdikan, kekayaan, pangkat dan wang ringgitnya.

IKLAN

Banyak antara kita yang tertipu dengan kehebatan luaran fizikal pasangan kita, namun ada juga yang bernasib baik yang mendapat pasangan yang sebagaimana hebatnya luaran fizikalnya, demikian jugalah hebatnya dalaman hati budinya.

Adatlah Sesekali Bergaduh Manja Dalam Perkahwinan. Ini Yang Kukuhkan Cinta Suami Isteri

Perkahwinan adalah pembuka realiti kehidupan. Selepas kita berkahwin kita akan berjumpa dengan orang baru daripada pasangan kita, yang kita anggap betul-betul telah kita kenali hati budinya sepanjang percintaan kita dengannya. Iaitu, barulah kita tahu siapa dia yang sebenarnya?

Kebanyakan kita baru tahu siapa diri pasangan kita yang sebenar, selepas kita dengan pasangan kita telah bergelar suami isteri. Jika selama ini pasangan kita hanya berpura-pura berbuat baik dan bersikap positif untuk memenangi hati kita, tetapi setelah duduk sebumbung sebagai suami isteri, baru kita kenal atau terbuka tembelang hati budinya yang sebenar. Maka, akan bermula konflik hidup dalam alam perkahwinan.

IKLAN

Walau bagaimanapun, kalau ‘dunia dalamannya’ baik, maka ‘dunia luarannya’ akan baik untuk selamanya, sama ada ketika sedang bercinta atau sesudah berkahwin.

Seseorang boleh berubah menjadi lebih baik atau lebih buruk selepas sah menjadi suami isteri. Inilah orang ketiga yang kita akan temui, iaitu siapa dia jadi selepas berkahwin dengan kita. Maknanya kita, (suami atau isteri) saling pengaruh mempengaruhi pasangan kita untuk berubah, sama ada daripada bersikap negatif kepada positif atau sebaliknya, bergantung pada sikap ‘dalaman diri’ kita.

Adatlah Sesekali Bergaduh Manja Dalam Perkahwinan. Ini Yang Kukuhkan Cinta Suami Isteri

Suami isteri positif jaminan kebahagiaan

IKLAN

Kalau suami atau isteri selepas berkahwin dengan kita berubah laku, maka kitalah yang mengubahnya. Janganlah selepas berkahwin dengan kita, suami/isteri berubah, daripada berperangai baik kepada berperangai buruk.

Jika hal ini terjadi bermakna berlaku tiga sebab. Pertama, ketakwaan pasangan kita belum benar-benar kuat. Kedua, ‘dunia dalaman’ pasangan kita yang rapuh, hingga tiada keyakinan untuk mempertahankan prinsip hidupnya dan mudah dipengaruhi oleh pasangan. Ketiga, kesedaran keegoan kita yang sangat tinggi hingga mendesak pasangan kita mengikut cara hidup kita yang salah.

Kebanyakan pasangan suami isteri apabila berkahwin, kita hendakkan pasangan kita menjadi seperti kita. Suami akan menunjukkan ketegasannya dan keegoannya supaya isteri mendengar cakapnya dan mengikut cara hidupnya. Isteri pula bertegas dengan prinsipnya, apabila berkahwin mengharapkan ‘mendapat’ kebahagiaan, bukan ‘membawa’ kebahagiaan daripada hasil perkahwinan itu. Hingga menimbulkan konflik antara dirinya dengan keluarga suaminya. Sedangkan hakikatnya, perkahwinan adalah untuk saling lengkap melengkapkan dan sama-sama berkorban serta bersatu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam rumah tangga.

Sumber: Prof Dr Muhaya

https://www.youtube.com/watch?v=nw3YIBv0qgk

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI