Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak-kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya. Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakuan cuai yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Anda perlu memastikan anak anda menikmati masa mereka sepanjang berada di taman permainan di samping mengelakkan mereka daripada kecederaan dengan mengamalkan cara-cara ini:
Memantau anak anda menggunakan peralatan taman permainan
Cara paling selamat untuk memastikan keselamatan anak anda adalah memantau ketika mereka bermain. Ini tidak susah kerana mereka sentiasa akan memanggil anda untuk melihat mereka bermain. Anda perlu memastikan tiada peralatan yang berkarat atau rosak sebelum anak anda bermain serta memastikan tiada objek bahaya seperti kaca atau permukaan yang tidak rata.
Ajar anak anda untuk berjaga-jaga
Sebelum membiarkan anak anda memasuki taman permainan, buka semua rantai atau gelang yang dipakai oleh mereka untuk mengelakkannya tersangkut pada apa-apa peralatan. Jika terdapat golongan umur kanak-kanak yang pelbagai, ajar anak anda untuk bermain di kalangan kanak-kanak seusia mereka. Ajar anak anda bahawa menolak, menarik, bersesak-sesak di taman permainan boleh mengundang bahaya.
Ads
Pilih kawasan bermain berdasarkan umur anak anda
Pastikan anak anda menggunakan peralatan yang sesuai dengan umurnya. Kawasan khas untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun seharusnya diwujudkan dan dibaikpulih.
Untuk bayi yang baharu belajar berjalan, kawasan permainan haruslah mempunyai kawasan dan permukaan yang sesuai dan lembut untuk memudahkan mereka.
Jika bayi anda sudah boleh mengawal tindak-tanduk mereka dan boleh duduk dengan sokongan (biasanya berumur sekitar 9 bulan), boleh cuba menggunakan buaian yang mempunyai sokongan yang selamat.
Ads
Pastikan permukaan dan kawasan permainan tersebut selamat
Elakkan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan yang keras seperti konkrit, rumput, berbatu atau bertar.
Sebaliknya gunakan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan seperti pasir dan getah. Tikar getah, rumput tiruan dan apa-apa material artifisial juga merupakan tapak permukaan yang selamat dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.
Pastikan taman permainan tersebut diperiksa dan diselenggara oleh pihak berwajib
Ads
Pastikan dengan pihak sekolah atau pusat penjagaan untuk memastikan mereka mempunyai taman permainan yang sesuai mengikut umur kanak-kanak dan mempunyai penyelenggaraan yang baik.
Jika terdapat apa-apa bahaya di kawasan taman permainan, laporkan segera kepada mereka dan halang anak anda menggunakan taman permainan tersebut sehingga diselenggara.
Laporkan apa-apa bahaya kepada organisasi bertanggungjawab untuk taman permainan tersebut (contohnya sekolah, rukun tetangga atau majlis bandar raya).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak kerja rumah, bab melipat baju ramai ibu agak ‘bercinta’ nak buat. Kalau nak membasuh pakaian tu tak ada masalah kan? Letak dalam mesin, masukkan sabun tunggu sampai siap.
Tetapi, bila dah kering dan angkat dari ampaian, masuk dalam bakul jika terus tak lipat, memang dari sehari ke sehari akan makin banyak. Namun ada ibu yang ambil pendekatan lipat seminggu sekali sebab kalau pun sekali harung je.
Lagi satu yang jadi kekangannya juga adalah yang ada anak kecil. Tiap kali nak lipat, mulalah datang menyibuk. Bila ibu lipat dia pula yang sepahkan. Akhir sekali terpaksa ibu tangguh dulu. Lama kelamaan, ini yang buat kain makin menimbun.
Apa-apa pun setiap ibu pasti juga akan curi masa untuk melipat kain. Tak kisahlah nak buat macam mana sekalipun, yang penting semua selesai.
Ok bagi ibu yang ada anak kecil, sebenarnya baju yang kecil-kecil tu agak ambil masa nak melipatnya. Cuma bila dah tersusun dan lipat elok dalam almari atau rak, kadang tak sampai beberapa hari anak pula yang tolong sepahkan. Pengalaman ini dah biasa ibu lalui. Jadi mulalah tak tahu mana baju, mana seluarnya.
Bagi nak mudahkan kerja ibu, perkongsian Naza Nazahiah mengenai teknik lipat baju anak ini sangat membantu. Style lipatan poket ini nak mudahkan ibu, supaya bila anak sepahkan, hanya perlu susun balik je. Tak ada lah kena lipat balik.
1) Hamparkan baju dlu, lepastu letak seluar kat atas baju. Lipat sekali. Senang
2) Akhir kejadian dah siap macam ni
3) Untuk jenis seluar bergetah, lipat ke bawah untuk jadikan poket dan selit dalamnya
Bila ayah yang kena uruskan anak, nak ambil untuk pakaikan pada anak pun senang. Sebabnya dah siap sepasang terus. Jadi tak ada alasan tertukar baju siang atau baju malam lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala semakin anak membesar, kita sebagai ibu dan ayah terlupa memberikannya belaian dan peluk cium yang sama seperti ketika mereka masih bayi. Hakikatnya anak-anak sentiasa memerlukan rangsangan tersebut untuk membesar sebagai anak yang positif.
Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan bersama anak-anak. Ikatan kuat yang terbina antara ibu dan ayah dengan anak sejak kecil akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Bergolek seketika atas katil
Aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama si kecil sebaik dia bangun dari tidur. Peruntukan beberapa minit untuk bergurau senda bersama. Walaupun nampak mudah tetapi ia meninggalkan kesan positif. Si kecil akan memulakan harinya dengan perasaan gembira selepas menghabiskan masa bersama ibu dan ayah.
Bantu ibu & ayah
Walaupun anak anda masih kecil tetapi boleh libatkan diri mereka dalam aktiviti harian di rumah. Contohnya sekiranya sedang memasak di dapur, anda boleh minta bantuan mereka membuat kerja-kerja yang ringan. Sekiranya anak masih usia bayi, bawa sekali ke dapur dan bagi mereka main mangkuk dan sudu plastik supaya gembira dapat sentiasa disamping ibu.
Tonton bersama
Walaupun anda tidak minat rancangan kartun kegemaran anak tetapi cuba tonton bersama mereka. Di samping itu tanyalah soalan tentang rancangan kegemarannya. Pasti dia rasa dihargai apabila boleh berkongsi cerita dengan ibu dan ayah.
Beriadah sekeluarga
Lakukan aktiviti petang bersama, pasti lebih menyeronokkan di samping mendidik anak rajin bersenam untuk kesihatan tubuh badan.
Masa untuk tidur
Sebelum tidur, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bersama si kecil. Boleh berbual tentang apa yang paling seronok dilakukan pada hari itu, sesi bercerita sebelum tidur dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur sebelum diakhiri dengan pelukan dan ciuman selamat malam.
6. Jangan lupa sentuhan
Sentuhlah anak dengan memeluk atau menciumnya. Bisikkan kata-kata positif dan pujian yang dapat memberikan dia semangat positif. Sentuhan dari ibu dan ayah merangsang aura positif dalam diri anak. Sudah tentu ia membantu pertumbuhan dan perkembangan minda yang cerdas.
7. Berdoalah
Ketika memeluk anak, ibu dan ayah mestilah mendoakan yang baik-baik untuk anak. Mudah-mudahan muncul kasih sayang dan ketenangan dalam hubungan antara anak dengan ibu dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang tanya kat mana nak letak bil-bil elektrik dan bil air, mana nak sangkut beg kita balik dari kerja, sangkut beg anak balik sekolah, atau kat mana nak gantung kalendar untuk atur tanda tarikh-tarik penting bulanan atau tahunan.
Jadi cadangannya, dalam satu rumah pilih dinding yang agak terlindung dari tetamu (atau tak terlindung pun boleh, ikut pilihan masing-masing) untuk cipta satu command center.
Apa tu command center. Diringkaskan, ia seperti hub/pusat/center untuk satu rumah. Ala-ala papan kenyataan dalam rumah cuma ia lebih mempunyai banyak fungsi selain dari menampal nota atau info penting untuk seisi rumah.
Command center rumah Hani. Tak boleh ambil dari depan gambarnya sebab lorong ni sempit
Tips untuk mengadakan “command center” dirumah:
1) Tak semestinya memerlukan kawasan dinding yang lebar/luas. Yang penting praktikal dan functional. Kawasan yang senang nampak. Ada yang buat di bahagian tepi peti ais. Atau dalam pintu kabinet dapur. Sesuaikan dengan situasi rumah.
Close up sikit. Hani personalizedkan command center ni dengan huruf A dan H tu. Tampal bil air dan elektrik kat sini. Weekly housechores pun tampal kat sini. Kadang2 ada org letak weekly menu kat sini juga. Tp sbb kat dapur dah ada tmpt khas utk weekly menu, tak letak kat sini
2) Kawasan yang pasti dilalui oleh seisi rumah. Contohnya laluan ke dapur atau dari ruang tamu ke bilik air atau bilik tidur.
Kotak mail tu DIY dari kotak kasut Aqil. Just balut dengan wallpaper nak nampak comel dan cohesive rupanya dgn command center ni. Dry erase board utk to do list pun diy je guna frame lama yang dah tak guna.
Antara elemen yang boleh diletakkan pada command center:
* kalendar bulanan – senang nak tanda tarikh penting bulan tersebut. Tak ada la nanti terlupa tarikh anak ada hari sukan kat sekolah ke apa kan (ni sebagai contoh)
*jam
*ruang untuk tampal bil-bil/ resit penting/kerja rumah anak
*bekas untuk letakkan surat-surat
Hook utk setiap sorg. Letak handbag dan bag Aqil kat sini.
*dry erase board – untuk conteng nota apa-apa. Boleh DIY macam Hani dah ajar kat post sebelum2 ni. Ni pun hani diy je
Pandangan dari sebelah lain. Kos yg paling mahal kat command center hani ialah ledge dr ikea ni (rm14.90 x silap hrganya). Hani jadikan tempat letak bekas pen dan buku nota kecil. Soft Board besar beli second hand rm5 pastu lapik dgn wallpaper lebihan.
*tempat gantung beg kerja atau beg sekolah anak-anak – eloknya sediakan seorang satu tempat gantung
*siapa yang tak ada drop zone untuk letak kunci, boleh buat penyangkut kunci kat sini.
Lorong ke bilik air dan bilik tidur. Lorong comel je dan tersorok
**Tawaran istimewa barangan anak pada harga istimewa, hanya di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.