Melihat gelagat Aafiyah yang begitu teruja ketika bersama adiknya membuatkan kita terhibur. Wargamaya tidak terkecuali turut terhibur dengan gelagat Aafiyah.
Mana tidaknya, riak wajahnya cukup bercahaya dan senyuman manis dan lebar dilemparkan kala memandang wajah adiknya.
Selamat pulang ke rumah selepas melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut berkongsi beberapa gambar dan video Aafiyah bersama adiknya.
Terbaru menerusi Instagramnya, Siti turut memuat naik video gelagat comel Aafiyah yang begitu teruja ketika melihat adik ada bersamanya sebaik bangun dari tidur.
Comelnya saat melihat wajah Aafiyah tersenyum lebar sebaik melihat adiknya.
“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.
Ads
“Tiba tiba Adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret,” kongsi Siti di kapsyennya.
Bagaikan kakak yang sudah dewasa, Aafiyah kemudian memeluk adiknya dengan penuh rasa sayang sambil memandang wajahnya. Comel sekali.
Meninjau di IG story Datuk Siti, gelagat Aafiyah yang sentiasa ‘melekat’ dengan adik membuatkan wargamaya turut terhibur dengan gelagat comelnya. Bukan hanya mahu berkongsi selimut bahkan mahu sentiasa dekat dengan adiknya.
” Adik merengek dia sibuk pujuk.
Ads
” Nak kongsi selimut adik, katanya selimut dia sebab ada tulis A,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya menyifatkan Aafiyah persis kakak-kakak yang pandai menjaga adiknya malah memuji cara Aafiyah yang begitu lembut dan santun pada adiknya.
“Akak aafiyah ni so cute lah”
“Loving sister aafiyah nie. Comey sgt both siblings ni”
Semoga Aafiyah terus menjadi kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adiknya kelak.
Terdahulu, selepas melahirkan bayinya pada 19 April, sebaik dibenarkan pulang ke rumah, sudah semestinya pertemuan antara Aafiyah dan adiknya menjadi detik paling membahagiakan buat Datuk Siti sekeluarga.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi meragam, nak berjaga malam memang mencabar untuk ibu ayah. Apa kata buat urutan bayi, langkahnya pun mudah. Confirm si kecil suka & masalah susah tidur boleh diatasi.
Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan! Ikuti langkah-langkah ini.
Dengan hanya beberapa minit , sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.
13 KELEBIHAN URUTAN KEPADA BAYI
Si manja tidur lebih lena.
Mengelakkan bayi daripada kolik atau kembung perut.
Memudahkan buang air besar bagi bayi sembelit.
Menghilangkan lenguh badannya yang lama berbaring setiap hari.
Menguatkan otot bayi.
Membantu bayi menguasai setiap tahap perkembangan fizikalnya seperti meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya.
Urutan bayi juga membantu bayi kuasai kemahiran motor halus dengan lebih mudah.
Bagi bayi pramatang, urutan akan membantu meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat.
Ia adalah penyumbang kepada ikatan kasih sayang anda kepada bayi. Ia adalah salah satu cara untuk bonding dengan bayi.
Urutan kepada bayi memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi.
Kajian mendapati urutan kepada bayi sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.
Dalam pada itu, urutan penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang.
Boleh merangsang bayi dan kanak-kanakkumpulan yang memerlukan rawatan khusus antaranya seperti sindrom Down, cerebral palsy, asma dan autisme.
URUTAN AMAT DISARANKAN KEPADA BAYI PRAMATANG
Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.
BILA URUTAN BOLEH DILAKUKAN?
Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.
PERSEDIAAN SEBELUM URUTAN
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI
Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
Tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.
Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu.
Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi anda. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
LENGAN
Seterusnya, lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.
Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.
Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakkan atas ke bawah. Perkara yangs sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.
MUKA
Bagi bayi yang kerap menangis atau mempunyai masalah pertumbuhan gigi, jangan lupa lakukan urutan ini. Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar.
Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang. Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi.
Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.
PERUT
Urut perlahan-lahan dengan mengunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan Sun & Moon.
Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I, L, U.
Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalahkembung perut/ kolik dan sembelit.
BAHAGIAN BELAKANG
Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan ini dikenali sebagai swoop neck to bottom di mulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah.
Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Urut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.
Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?
“Adakah ibu demam yang menyusu anak mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doktor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan?”
Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam.
Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 biji tablet 500mg (jadi jumlah dos 6 g) dalam 24 jam. Dos yang berlebihan memberikan kesan buruk pada hati dan ginjal.
Walau bagaimana pun sedikit dos yang diambil oleh ibu yang menyusukan anak akan masuk ke dalam air susu ibu, tetapi masih dalam kuantiti yang selamat.
Walau bagaimana pun, saya menasihatkan agar lebih berhati jika:
1. bayi lahir secara pramatang 2. bayi lahir tidak cukup berat (kurang 2.5kg) 3. bayi lahir dengan masalah kesihatan yang serius 4. Mengambil paracetamol bersama ubat lain kerana gabungan ubat-ubatan ini masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi yang menyusu.
Boleh rujuk pada doctor atau farmasis bagi mengetahui dos yang lebih tepat, jika ada masalah kesihatan yang menghalang pengambilan ubat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih saat ibu lain berpantang dengan bayi, diri sendiri hanya berpantang seorang diri. Mungkin ujian ini tak semua dilalui oleh ibu baru bersalin namun itulah Allah uji tandanya dia sayang.
Menerusi perkongsian Puan Hasni, ibu kepada bayi comel Eliya Nur Nadhira, pengalaman melihat si comel ini bertarung nyawa dengan tiga kali di intubate benar-benar meruntun hati. Tambah lagi melihat sekujur tubuh yang dipenuhi dengan wayar seluruh badan.
66 hari yang lalu lahirnya seorang puteri cantik dalam family kecil kami di beri nama Eliya Nur Nadhira bte Dzuhannor Dz …lebih mesra dengan nama #bunga. Lahirnya 2 hari sebelum hari raya puasa.
Sejak dari lahir lagi Eliya masih lagi berada dalam wad NICU sebab masalah jantung yang di kesan ketika kandungan berusia 24 minggu.
Sepanjang 66 hari usia Eliya sudah 3 kali terpaksa di intubate dalam ICU. Hebat sungguh anak kecil ini berjuang. Kuat sangat dia bertarung demi ibu, abah, kakak-kakak dan semua orang yang sayangkan dia.
Doakan semoga Eliya Nur Nadhira terus kuat, sihat dan cepat-cepat boleh balik rumah. Banyak benda nak kongsi sebenarnya, cuma tak sempat je lagi.
Berpantang tanpa si bunga cantik di sisi..memerlukan kekuatan, apa yang lebih penting kami fokuskan kesihatan ibu dan bunga.
Alhamdulillah selepas kali ke-3 extubate, Bunga nampak sihat sangat. Paling gembia setelah sekian lama, semalam (15 Julai) baru ibu di beri peluang dukung Bunga lama sikit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.