Penyanyi bersuara lantang, Adira Suhaimi mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan hanya berbaju kaftan ketika menaiki penerbangan bersama anak sulungnya, Anggerik.
Bahkan Adira dan Anggerik dilihat cukup selesa dan santai bersama anaknya menaiki penerbangan tanpa terikat dengan pemakaian yang sarat dan bergaya. Tidak hairanlah dipuji wargamaya.
“Geng baju kelawar kumpul sini,” tulisnya menerusi kapsyen.
Aksi comel dua beranak itu yang mengenakan baju kaftan berwarna biru lembut dan hijau itu sudah semestinya menerima pujian tidak hairan juga yang meninggalkan pelbagai komen.
Ads
Adira dan anaknya juga sempat mengabadikan kenangan di lapangan terbang dalam pelbagai gaya untuk dijadikan kenangan menerusi Instagram mereka. Memang sempoi dan comel.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Pelakon Zahirah Macwilson lega anak perempuannya sudah pun dibenarkan keluar hospital selepas terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami alahan pada susu.
Menurut perkongsiannya di Instagram, anak keduanya Inara Raisa yang kini berusia lima bulan mengalami alahan pada susu lembu.
Malah kata Zahirah lagi, dia cuba memperkenalkan anak keduanya itu dengan susu formula selepas proses penyusuannya mengalami kemerosotan.
“Alhamdullilah Inara semakin baik, kami dah discaj semalam. Terima kasih semua atas doa, nasihat dan kata-kata yang baik ❤️
“Buat masa ni saya akan berhenti seketika untuk cuba susu formula dan fokus semula pada perjalanan penyusuan saya untuk kesihatan bayi perempuan kami kerana Inara ada ekzema ringan & CMPA (Alahan Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak,” tulisnya di Instagram.
Menurut perkongsiannya di Instagram, anak keduanya Inara Raisa yang kini berusia lima bulan mengalami alahan pada susu lembu.
Malah kata Zahirah lagi, dia cuba memperkenalkan anak keduanya itu dengan susu formula selepas proses penyusuannya mengalami kemerosotan.
“Alhamdullilah Inara semakin baik, kami dah discaj semalam. Terima kasih semua atas doa, nasihat dan kata-kata yang baik ❤️
“Buat masa ni saya akan berhenti seketika untuk cuba susu formula dan fokus semula pada perjalanan penyusuan saya untuk kesihatan bayi perempuan kami kerana Inara ada ekzema ringan & CMPA (Alahan Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak,” tulisnya di Instagram.
Disebabkan itu kata Zahirah lagi dia cuba untuk meningkatkan semula kualiti susunya demi membekalkan susu buat anak keduanya itu yang mengalami alahan protein susu lembu.
“Cuba untuk menambah bekalan saya dengan makan secukupnya, mengepam, minum banyak air, makan, berehat & semua perkara yang saya boleh bantu untuk tingkatkan kuantiti susu.
“Jika sesiapa pun melalui cabaran yang sama dengan saya, anda tidak bersendirian! Dan ia tidak mudah!
“Bagi ibu bapa yang juga mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada paed/dokumen anda tentang formula yang perlu digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, berasaskan beras & berasaskan asid amino,” tulisnya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Isaac Raes dan Inara Raisa yang kini berusia lima bulan.
Dunia seakan terhenti seketika apabila memikirkan nasib malang yang menimpa jiwa-jiwa suci yang tidak berdosa. Kanak-kanak yang sepatutnya membesar dengan gelak tawa dan belaian kasih sayang, sebaliknya menjadi mangsa kepada kegelapan hati manusia.
Di sebalik rimbunan kebun kelapa sawit yang sunyi di Kangkar Pulai, Skudai, tersembunyi sebuah tragedi mengerikan yang merobek perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Inilah permulaan kepada **kes bunuh kanak-kanak di Skudai** yang mengejutkan seluruh negara.
Misteri kehilangan lima beranak akhirnya terungkai apabila pihak polis menemui rangka manusia dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit tersebut pada awal bulan lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sebelum penemuan itu, pihak polis menerima laporan orang hilang selepas seorang lelaki berusia 48 tahun tampil membuat laporan berhubung kehilangan isteri dan anak-anaknya.
Menurut beliau, laporan tersebut diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri kira-kira jam 1.28 tengah hari pada 9 Januari lalu. Pengadu memaklumkan bahawa isterinya bersama anak-anak dipercayai tinggal di sebuah rumah terbiar yang terletak dalam kebun kelapa sawit berkenaan.
“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati rangka manusia ditemui di dalam sebuah rumah yang telah terbakar,” katanya.
Bedah siasat oleh pasukan forensik mengesahkan penemuan enam rangka manusia. Mangsa terdiri daripada dua orang dewasa iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun yang mempunyai hubungan kenalan.
Turut menjadi mangsa dalam kes bunuh kanak-kanak di Skudai ini ialah anak kepada wanita berkenaan, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan sembilan tahun, serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Menurut Ab Rahaman, pihak forensik percaya kesemua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar kira-kira tiga bulan sebelum penemuan rangka tersebut. Tindakan kejam ini dipercayai bertujuan menghapuskan bukti jenayah.
Penemuan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan orang ramai, khususnya apabila melibatkan kanak-kanak kecil yang tidak berdaya mempertahankan diri.
Susulan siasatan lanjut, pada 21 Januari lalu, polis menahan empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun di sekitar kawasan Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak di Skudai ini.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai hubungan sebagai rakan penagih. Semakan juga mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor. Keputusan dibuat untuk mendakwa dua suspek lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dua lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan polis dan dipanggil sebagai saksi. Pertuduhan dijadualkan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan dan prosiding mahkamah.
Kes bunuh kanak-kanak di Skudai ini menjadi peringatan pahit tentang kekejaman manusia dan bahaya pengaruh dadah. Semoga keadilan ditegakkan buat anak-anak kecil yang telah pergi dalam keadaan yang cukup tragis dan menyayat hati.
Ketika seseorang lelaki ‘menghampiri’ seorang wanita, manalah dia tahu gadis idamannya itu anak sulung, anak tengah atau anak bongsu. Waktu itu, lelaki tersebut hanya tahu yang diasudah terpikat dan mahu cuba nasib, kalau ada jodoh untuk bersama. Sebenarnya setiap wanita mempunyai karakter tersendiri, tetapi faktor mereka anak yang keberapa dalam keluarga juga sedikit sebanyak mempengaruhi karakter mereka.
Sekiranya seorang lelaki itu berkahwin dengan anak sulung, sudah tentu anda akan perasan akan perwatakan mereka yang lebih matang.
Walaupun begitu, tidak bermaksud anak sulung wanita yang matang semata-mata dan tidak pandai bermanja. Untuk yang baharu berkahwin atau sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih keliru dnegan karakter isteri anda, Pa&Ma senaraikan beberapa ciri yang mungkin boleh dikaitkan dengan diri mereka.
1. MATANG
Jika isteri anda seorang anak sulung, biasanya mereka sangat matang. Kadang-kadang, suami pun dilayan macam adik-adiknya. Kalau marah, isteri mudah memaafkan dan dia juga murah hati. Anak sulung mempunyai satu sifat yang mudah memaafkan dan suka berkongsi. Mungkin nampak sedikit tegas dan serius tetapi sebenarnya mudah lembut hati.
2. CERIA
Apabila mereka matang, jaranglah untuk ‘buat perangai’. Biasanya mereka jenis tenang dan mudah terhibur. Disebabkan kematangan mereka itu, jarang isteri terbawa-bawa dengan emosi dan mengikut perasaan. Mereka lebih positif dan mudah dibawa berbincang.
3. MENYAYANGI ORANG LAIN
Anak pertama sudah dilatih untuk menyayangi dan mengalah dengan adik-adiknya sejak kecil. Jadi iasanya isteri anda seorang yang sangat mengambil berat, cuma kenalah bersabar dengan tahap bebelannya. Anak sulung sudah biasa bertegas dan meleteri adik-adiknya, tidak mustahil di dalam rumah tangga mereka cenderung untuk terus bersikap begitu.
4.SENYUM WALAU BERMASALAH
Satu masalah anak sulung, mereka jarang berkongsi kedukaaan mereka. Isteri mungkin lebih suka memendam perasaan dan akan mencari jalannya untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Kadang-kadang ketika mereka sedang sedih pun tidak dapat dikesan doleh orang lain kerana mereka hanya senyum sahaja.
5. SUKA TUNJUK RASA SAYANG
Jika isteri anda anak sulung, mereka tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Terlebih prihatin dan akan pastikan semuanya sempurna untuk suami dan anak-anak.
6. MANJA
Anak sulung manja, cuma tidak mahu ditunjuk. isteri lebih suka memanjakan suami dan anak-anak, kerana mereka tidak mahu nampak mengada-ngada di depan keluarganya. Tapi kalau diberikan kejutan, pasti menangis terharu!
7. BERTANGGUNGJAWAB
Tidak kisahlah isteri anak keberapa, pastinya ada sikap bertanggungjawab terhadap keluarga. Cuma anak sulung ini kebanyakannya dilihat lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya kerana telah dibesarkan begitu. Jadi kalau kadang-kadang suami atau anak-anak terasa seperti sedikit ‘dikawal’, sebenarnya isteri tak sedar pun hal itu kerana pada mereka, itu cara untuk menunjukkan keprihatinan mereka.
8. DEGIL
Disebabkan mereka sudah terbiasa, adik-adik mengikut kata mereka jadi ada masanya isteri sedikit degil. Mereka cenderung untuk membuat keputusan sendiri dan sangat tekad. Suami harus bijak menegur dan memujuk mereka untuk mereka merubah sesebuah keputusan yang telah dibuat.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...