Ads

Ibu Lepas Bersalin Makan Pasta, Mak Pula Risau Tak Berpantang! Ini Penjelasan Doktor!

Ibu Lepas Bersalin Makan Pasta, Mak Pula Risau Tak Berpantang! Ini Penjelasan Doktor!

Bila bercakap soal makanan selepas bersalin, pasti ramai ibu yang mula terfikir tentang pelbagai pantang larang yang perlu dipatuhi. Ada yang tidak dibenarkan makan makanan tertentu kerana bimbang luka lambat sembuh, rahim lambat mengecut atau menjejaskan kesihatan sepanjang tempoh berpantang.

Malah, ada ibu yang terpaksa menahan keinginan untuk menikmati makanan kegemaran kerana terlalu menjaga pantang. Persoalannya, benarkah ibu yang baru lepas bersalin tidak boleh makan makanan seperti pasta dan chicken chop?

Hakikatnya, selepas melalui proses melahirkan anak yang cukup memenatkan, tubuh ibu memerlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi untuk kembali pulih.

Ibu Lepas Bersalin Makan Pasta, Mak Pula Risau Tak Berpantang! Ini Penjelasan Doktor!

Perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai pengalamannya bertemu pesakit yang baru melahirkan anak ini membuka mata ramai tentang kepentingan pemakanan selepas bersalin.

Tidak semua makanan yang sering dianggap tidak sesuai ketika berpantang benar-benar memberi kesan buruk kepada kesihatan ibu.

“Tadi saya buat postnatal round. Pesakit saya yang baru lepas bersalin sedang menikmati pasta dan chicken chop. Makanan hospital. Berselera dia makan. Lapar agaknya.

Lama dia “battle” kat labour room tadi. What a long day. Masa tu mak kepada pesakit ni ada sekali. Lalu bertanya;

“Dr, boleh ke dia makan semua ni? Tak apa ke kalau tak berpantang?”

Saya jawab,

Ads

“Boleh, mak. Saya memang suruh dia makan. Dia perlukan protein untuk proses penyembuhan selepas bersalin.

Doktor Jelaskan Kenapa Ibu Lepas Bersalin Boleh Makan Pasta

Menurut Dr Izzat lagi, tidak menjadi kesalahan untuk ibu selepas bersalin menikmati hidangan seperti pasta dan chicken chop.

Ini kerana kedua-dua makanan tersebut membekalkan nutrisi yang diperlukan tubuh, khususnya protein dan karbohidrat.

“Ayam membekalkan protein yang penting untuk pemulihan tisu & penyembuhan luka, terutamanya jika ibu baru menjalani pembedahan Caesarean, even lepas beranak normal pun.

“Pasta pula membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Tambahan pula, jika ibu sedang menyusukan bayi, keperluan tenaga dan nutrisinya increased.

“Tak ada bukti saintifik yang menunjukkan makan chicken chop atau pasta sebabkan luka jahitan lambat sembuh, rahim lambat kecut atau darah nifas menjadi banyak.

“Saya hormati adat berpantang dalam masyarakat kita. Tidak semua amalan berpantang itu salah.

Ads

“Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai adat mengatasi medical needs seorang ibu yang lepas bersalin.

Ibu Lepas Bersalin Makan Pasta, Mak Pula Risau Tak Berpantang! Ini Penjelasan Doktor!

Makanan Selepas Bersalin Penting Untuk Pemulihan Tubuh Ibu

Dalam soal makanan selepas bersalin, perkara paling penting adalah memastikan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi untuk membantu proses pemulihan tubuh selepas melahirkan bayi.

Pengambilan protein daripada sumber seperti ayam, ikan, telur dan daging membantu tubuh membaiki tisu yang terjejas semasa proses kelahiran. Nutrien ini juga penting bagi ibu yang mempunyai luka jahitan selepas bersalin secara normal atau melalui pembedahan Caesarean.

Selain protein, karbohidrat juga diperlukan sebagai sumber tenaga. Ibu yang baru melahirkan anak mungkin berasa letih selepas melalui proses bersalin yang panjang, lebih-lebih lagi jika perlu berjaga malam untuk menyusukan dan menjaga bayi.

Sebab itulah makanan seperti pasta tidak semestinya perlu dielakkan sepanjang tempoh berpantang. Hidangan tersebut boleh menjadi sebahagian daripada pemakanan seimbang apabila digabungkan dengan sumber protein, sayur-sayuran dan nutrien lain yang diperlukan tubuh.

Ads

Ibu Lepas Bersalin Makan Pasta, Mak Pula Risau Tak Berpantang! Ini Penjelasan Doktor!

Ibu Lepas Bersalin Perlu Makan Dengan Cukup, Bukan Sekadar Ikut Pantang

Kesimpulannya, tidak salah untuk mengekalkan amalan berpantang yang diwarisi sejak turun-temurun, asalkan ia tidak bercanggah dengan nasihat perubatan atau menghalang ibu mendapatkan nutrisi yang diperlukan.

Selepas bertarung nyawa dan mengerah tenaga melahirkan seorang bayi, tubuh ibu memerlukan masa, rehat serta pemakanan yang baik untuk kembali pulih.

Jangan sampai terlalu menjaga pantang, ibu pula terpaksa menahan lapar atau takut menikmati makanan berkhasiat yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh.

Apa yang penting, ibu perlu mengamalkan pemakanan seimbang, mendapatkan rehat secukupnya dan mengikut nasihat doktor berdasarkan keadaan kesihatan masing-masing.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Thread @Dr Muhammad Izzat Abd Razak 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Diskaun 30% Tiket Kelas Ekonomi ECRL Selama Sebulan, Satu Keluarga...

Cuti sekolah hujung tahun semakin hampir! Pasti ramai ibu ayah sudah mula merancang aktiviti menarik untuk anak-anak, sama ada bercuti bersama keluarga, berjalan-jalan atau...