Bawang kaya dengan bahan kimia semulajadi daripada kumpulan sulfur. Disebabkan wujudnya kumpulan bahan kimia ini lah bawang apabila dikisar boleh bertukar warna menjadi hijau atau merah jambu, punca kenapa pedih mata semasa mengupas bawang dan rasa umami serta kokumi yang dihasilkan oleh bawang apabila dicampurkan dalam masakan.
BAWANG BERASA PAHIT?
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi bawang yang dikisar berasa pahit?
Jika dibiarkan lama (lebih setengah jam) rasa bawang yang telah dikisar boleh menjadi pahit. Ini kerana bahan-bahan kimia bersulfur dalam bawang ini tidak stabil dalam struktur molekulnya (mudah berubah). Rasa pahit ini adalah disebabkan oleh pembentukan bahan kimia bersulfur jenis allithiolanes.
Penghasilan bahan kimia jenis allithiolanes ini sebenarnya adalah petanda bawang tersebut telah menjadi rosak. Biasanya bawang yang dikisar segar tidak akan berasa pahit. Kecuali lah memang terdapat sebahagian bawang yang telah rosak dan dikisar sekali.
Menariknya penemuan struktur bahan kimia jenis ini baru diketahui empat tahun yang lepas. Dan bahan kimia jenis ini juga terdapat dalam sayuran bebawang lain seperti bawang putih dan daun kucai.
Ads
Bawang yang rosak tidak kelihatan ini, biasanya akan bermula daripada bahagian dalam tengah bawang. Jadi untuk memastikan bawang yang dibeli itu masih lagi berkeadaan elok, maka biasanya saya akan menekan bahagian pucuk tengah bawang (seperti yang saya bulatkan di bawah).
Sekiranya ia ditekan dan lembut, maka bawang telah rosak. Sebaliknya jika ditekan dan keras, maka bawang masih lagi berkeadaan elok.
Ads
Nota: Menyimpan bawang kisar dalam peti sejuk merencatkan enzim yang bertanggungjawab dalam membentuk allithiolanes. Sebab itu bawang kisar tahan lama dalam peti sejuk. Ada yang mencampurkan dengan minyak dan ada yang menambahkan asam (cuka, limau…), juga melambatkan proses pembetukan bahan kimia punca rasa pahit bawang.
Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apakah benar, bila kita baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu nampak cemburu? Bagaimana nak atasinya? Ikuti perkongsian daripada Ibu Rose ini.
Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria
Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun.
Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.
Sediakan anak dari 4 sudut:
1. Fizikal Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun, ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu. Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
2. Minda Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi dan anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang. Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad, usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia di empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, “Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya,” dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak sayang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata ” Mari kita buang tenaga marah itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk. Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik.
Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; “I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).
Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat, maka keluarga penuh kasih.
Love you so much!
Nota Ringkas Atasi Anak Jeles Bila Dapat Adik Baru:
1. Fizikal – Dukung jika diminta, cium, belai, peluk selalu
2. Minda – Minda perlu ilmu – Bacalah buku dan tunjuk gambar baby, bagaimana perkembangannya di dalam perut – ajak dia pegang baby dalam perut itu. – Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi – Keperluan hati ialah kasih sayang. – Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper. – Selalu kata, ‘ nanti dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia. – Adakan special time. 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa – Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. – Ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. – Selalu raikan perbuatan baiknya. – Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya. – Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses membesarkan anak bukan mudah kerana semua ibu bapa akan melalui proses ‘tiada pengalaman’ untuk menguruskan anak pertama. Kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang anak cuba lakukan, apa yang anak cuba katakan. Kadang-kadang segala daya telah dilakukan namun tantrum si kecil masih tak reda.
Namun masanya akan pantas berlalu apabila dia mula mencecah umur yang pandai uruskan diri. Tiada lagi tangisan anak kecil, tiada lagi yang datang nak bermanja, minta di dodoi, minta buatkan susu.. kerana…
TAK SELAMANYA ANAK ITU KECIL…
Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa.
Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti.
Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.
Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir.
Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.
Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.
Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...