Pelakon Fasha Sandha mengakui masih mahu menambah cahaya mata bersama suami malah merancang untuk hamil tahun hadapan.
Semuanya bagi memenuhi permintaan suaminya, Aidil Aziz untuk punya seorang cahaya mata lelaki dalam keluarga mereka.
Fasha dan Aidil turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan kini mengidamkan seorang bayi lelaki dalam kehidupan mereka.
“Insya Allah tahun depan saya nak tambah anak lagi.
Ads
“Kalau ada rezeki nak anak lelaki sebab kami dah ada sepasang, jadi nak ada satu pasang lagi.
“Aidil pun memang nak bayi lelaki,” katanya berkongsi.
Ads
Akui Fasha lagi, jika sukar untuk hamil lagi kali ini, dia bersedia malah terbuka untuk menggunakan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) atau inta uterine insemination (IUI) sekiranya tidak dapat hamil secara semulajadi.
Terdahulu, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Aisha Amaira yang kini berusia tiga tahun.
Punya gaya yang tersendiri, lantang bersuara dengan isi yang bernas, dan penuh semangat bila bercakap tentang seni itulah Mimi Fly.
Di sebalik personalitinya yang nampak funky dan bertenaga di atas pentas, Mimi sebenarnya seorang wanita yang punya impian jelas, hati yang besar dan jiwa seni yang sangat halus. Setiap gerakan dan bait lagunya, pasti ada makna yang ingin disampaikan.
Majalah Pa&Ma bertuah dapat bertemu Mimi dalam satu temubual eksklusif sempena majlis NR Glam Raya dan pelancaran produk NERA Postnatal.
Dalam sesi yang penuh inspirasi itu, Mimi bukan sahaja berkongsi tentang kejayaan lagu Serumpun, tetapi juga cerita di sebalik tabir bagaimana dia membawa seni ke satu tahap yang lebih bermakna melalui bahasa isyarat.
Bertemu Mimi Fly dalam suasana penuh glam nyata aura positif dan semangatnya begitu menginspirasikan. Dalam temubual santai tapi penuh makna, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkongsi tentang perjuangan dan impiannya dalam bidang seni.
Lagu ciptaannya sendiri, “Serumpun”, telah menjadi trend luar biasa di media sosial. Rentak catchy dan mesej penuh kasih sayang buat rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan latar belakang tak segan silu menyanyi dan menari bersama.
“Saya nak semua rasa disatukan, satu hati kita semua ‘serumpun’ walaupun berbeza budaya,” kata Mimi sambil tersenyum.
Tapi lebih menarik, bila lagu ni mula tular, ramai perasan satu benda – gerakan tangan dalam persembahan Mimi bukan sekadar tarian biasa, tetapi gerakan bahasa isyarat.
Mimi kongsikan saat magis bagaimana tercetusnya idea untuk masukkan elemen bahasa isyarat dalam lagu Serumpun.
“Masa ilham tu datang, memang meremang satu badan.”
“Bagi saya, bahasa isyarat tu satu seni. Saya nak dekatkan diri dengan komuniti orang kurang pendengaran supaya semua orang boleh ‘dengar’ dan rasa karya saya.”
“Tak sangka, ramai juga sebenarnya yang macam saya – mula sedar dan alert tentang pentingnya penglibatan OKU dalam seni.”
Mimi akui dia tidak fasih dalam bahasa isyarat pada awalnya, namun mula belajar secara serius.
“Saya memang nak belajar. Saya tak ada ramai kawan dari golongan OKU, tapi itu bukan alasan. Saya mula belajar dengan Cikgu Amril, guru pendidikan khas yang pekak dan bisu. Dia sangat sabar, kelakar, dan karakter dia sangat kuat sampai buat saya jatuh cinta dengan bahasa ni.”
“Cikgu Amril bukan ajar saya bahasa isyarat Malaysia je, tapi juga yang lebih universal, termasuk English sign language. Dari situ, minda saya terbuka.
“Saya sedar seni ni tak sepatutnya eksklusif untuk golongan tertentu je. Semua orang berhak rasa keindahan dalam muzik, termasuk komuniti yang istimewa ni.”
Mimi juga percaya, bila kita belajar bahasa mereka, kita tak ada lagi benteng dengan komuniti OKU.
“Saya sentiasa belajar. Tapi saya percaya, bila kita faham bahasa isyarat, kita sebenarnya dah mula faham isi hati mereka.”
Mimi Fly bukan calang-calang artis. Apa yang dia buat bukan sekadar menyanyi atau menghibur tapi menyentuh hati, membuka ruang untuk semua orang rasa disertakan.
Karyanya Serumpun, dengan gabungan muzik dan bahasa isyarat, adalah bukti seni mampu jadi alat penyatuan, pengertian dan kasih sayang merentas batasan fizikal dan budaya.
Majalah Pa&Ma bangga dapat bersama Mimi Fly dalam satu sesi eksklusif yang penuh inspirasi ini.
Semoga usaha seni Mimi terus diberkati dan jadi contoh untuk lebih ramai penggiat seni tempatan agar berkarya dengan hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua sekolah, tadika dan pusat asuhan ditutup bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Namun setelah 3 bulan berlalu, Malaysia juga sudah menunjukkan perubahan positif dalam menanggani Covid-19, kerajaan bersetuju untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi di negara kita termasuklah membuka semula tadika.
Hari ini semua tadika di Malaysia sudah dibuka semula kepada pelajar dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Mungkin ada yang risau dan bimbang anak-anak yang ke tadika terdedah dengan risiko dijangkiti virus, namun dengan segala SOP yang diikut pastinya ia sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran ibu bapa tentang hal tersebut.
Beberapa selebriti tanah air yang mempunyai anak-anak yang dihantar ke tadika hari ini rata-ratanya berpuas hati dengan SOP yang dilaksanakan oleh tadika masing-masing. Jelas mereka kerisauan yang ada berkurangan apabila melihat sendiri apa yang dipraktikkan oleh tadika tempat anak-anak mereka belajar.
Eksklusif hari in Pa&Ma menemubual beberapa orang ibu ayah selebriti yang anak mereka kembali ke tadika.
Tadika ikut SOP, Kurangkan kerisauan ibu bapa
Sudah lama bercuti pastinya si kecil teruja untuk kembali ke sekolah. Begitu juga dengan anak kedua pasangan selebriti Norman Hakim & Memey Suhaiza, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 tahun. Menurut Memey kerisauan tetap ada tapi dia dan suaminya percaya guru-guru akan memberikan yang terbaik untuk menjaga anak-anak di sekolah.
“Bagi saya nak kata risau sangat tu tak adalah sebab saya percaya cikgu-cikgu memang dah berikan yang terbaik untuk pelajar sebelum bermulanya sesi persekolahan selepas PKP.
“Seminggu sebelum Sekolah dibuka, parents diminta jawab survey untuk hantar anak ke sekolah, mereka hantar SOP yang akan dijalankan memang lengkap dan teratur. Malah semalam pun kami tuurt diingatkan untuk bawa hand sanitizer, penutup muka dan sebagainya sabagai langkah pencegahan.
“Bila hantar anak sekolah pagi tadi pun tengok cikgu-cikgu ikut segala SOP yang ditetapkan hati pun kurang risau dah. Sebelum ni pun saya dah memang pernah bawa anak-anak keluar jadi InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja,” ujar Memey.
Risau tetap ada, puas hati dengan tadika maklum setiap tindakan
Anak kedua Irma Hasmie, Nur Naylie yang berusia 6 tahun merupakan pelajar di tadika Little Caliphs. Menurut Irma tadika anaknya itu juga turut mengemaskini tentang SOP yang dilaksanakan kepada setiap ibu bapa.
“Alhamdulillah, Little Caliphs di tempat saya memang update pada parent setiap SOP yang akan dijalankan. Contoh nya, sesi persekolahan di bahagi kepada dua iaitu waktu pagi dan petang. Selain itu mereka juga turut memberikan senarai barangan yang perlu dibawa sendiri ke sekolah.
“Pendek kata memang well prepared. Alhamdulilah so menyakinkan , terutama untuk melegakan parents yang memang risau kan tentang anak-anak.
“Persediaan dari saya dan suami sendiri sebelum Naylie kembali ke sekolah adalah dengan ikut sahaja arahan yang diberikan dan beri kerjasama. Cara lain memang akan terus beri info and knowledge kat anak-anak tentang Covid-19 juga normal baru kepada mereka. dengan cara itu saya percaya anak-anak tidak kekok dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.”
“Risau tu kena ada as parent, baru ada tindakan ambil berat kan? Setiap usaha untuk pastikan anak-anak selamat tu jangan lupa disusuli dengan doa. Kesimpulannya usaha, doa dan tawakal…sebab setiap yang berlaku atas izin kehendak Allah,” komen Irma.
Anak Happy dapat kembali ke sekolah, tapi percaya cikgu akan jaga anak dengan baik
Anak kedua Asiahtunakma Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Akma AF iaitu Fayyaaz Hamshi yang berusia 5 tahun kini sudah memulakan kembali persekolahan. Menurut Akma dia berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh tadika yang dihadiri anaknya apabila dibuka selepas ditutup akibat pandemik Covid-19.
“ Persediaan tadika anak saya, so far memang saya happy. Mereka memang sudah maklumkan awal-awal tentang apa yang diperlukan apabila sekolah dibuka nanti untuk memastikan anak-anak kita kekal sihat sepanjang persekolahan. Malah mereka juga turut menyediakan senarai apa yang perlu ibu bapa sediakan untuk anak bawa ke sekolah dan sebagainya.
“Sebagai ibu bapa saya dan suami sememangnya risau, maklumlah budak-budak kan umur 5 tahun mana nak tahu social distancing, cuci tangan dengan kerap dan sebagainya. Tapi sebagai ibu bapa saya dan suami selalu ingatkan anak-anak di rumah untuk sentiasa jagaa kebersihan setiap masa.
“Risau tu ada tapi saya percaya cikgu-cikgu di sekolah akan jaga anak kami dengan sebaiknya. InsyaAllah jadi kerisauan tu dah kurang sedikit. Anak-anak pun happy dapat ke sekolah semula setelah lama bercuti,” komennya.
Sekolah dah buat yang terbaik, selain usaha doakan anak-anak sentiasa dilindungi Allah
Seorang lagi selebriti Malaysia yang menghantar anak ke tadika adalah Diana Amir. Anak sulungnya, Khaulah Al Azwar berusia 5 tahun adalah pelajar di salah sebuah tadika swasta. Menurut Diana tadika anaknya sudah melakukan persediaan sebelum beroperasi semula.
“Persediaan yang dilakukan oleh tadika itu sendiri adalah seperti mewajibkan semua guru untuk menjalani ujian saringan Covid-19, bilik-bilik darjah di sanitasi dan juga SOP yang ketat turut dilaksanakan.
“Selain itu pembahagian kelas untuk setiap pelajar juga berbeza-beza. Macam anak Diana seminggu hanya 3 kali sahaja dia perlu ke sekolah dan ada dua sesi supaya tidak terlalu ramai pelajar dalam satu-satu masa.
“Diana dan suami memang sebelum anak memulakan persekolahan sentiasa berpesan kepadanya untuk sentiasa jaga kebersihan, pakai penutup muka dan tidak berkongsi menggunakan stationery atau botol air dengan rakan-rakan sekelas.
“Risau tu memang risau tapi Diana percaya sekolah pun dah buat yang terbaik dan kita pun tahu apa yang berlaku tu dengan izin Allah, Diana percaya anak Diana, Khaulah berada dalam keadaan baik. Banyak berdoa kepada Allah supaya anak-anak kita dilindungi dan dijauhkan daripada wabak penyakit yang merbahaya. Kita dah usaha sehabis baik selebihnya kita berserah kepada Allah,” ujar Diana
Sekolah tak benarkan pelajar bergejala hadir
Berpeluang menghantar sendiri anak ke tadika membuatkan Zeana Ramli, isteri kepada Ezad Lazim berpuas hati dengan SOP yang dibuat ditadika anaknya. Merupakan hari pertama persekolahan buat Putera Muhammad Darwish yang berusia 5 tahun, selepas keluarga Ezad berpindah ke rumah baharu.
“Tadi saya hantar anak ke sekolah, ibu bapa memang tak dibenarkan masuk sama sekali. Pemeriksaan suhu dibuat untuk setiap pelajar yang hadir dan mereka perlu membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.
“Risau memang risau, tapi sebelum pilih tadika yang baharu ni saya dan suami memang survey dahulu. Kami berpuas hati dengan SOP yang dibuat dan mempunyai tidak ramai pelajar. Malah pelajar yang bergejala atau demam memang tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Jadi kami rasakan anak lebih selamat bila belajar dengan tidak ramai pelajar,” ujar Zeana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan, mendedahkan dia kini lebih cenderung menikmati makanan manis sepanjang fasa kehamilan terbarunya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa melayani kehendaknya sepanjang tempoh mengidam anak keempat mereka.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, perubahan selera ketika hamil kali ini lebih tertumpu kepada makanan manis dan dia bersyukur kerana suaminya memahami situasi tersebut.
“Mengandung kali ini manis-manis saja sayang craving.
“Nasib baik Aslam melayan.
“Alhamdulillah dapat suami yang baik dan mencintai,” katanya.
Dalam pada itu, Umisya turut menyifatkan suaminya, Ahmad Aslam, sebagai seorang lelaki yang penyayang serta bertanggungjawab dalam menjalankan peranannya sebagai suami dan bapa.
Selain berkongsi mengenai pengalaman kehamilan, Umisya Mazlan turut menitipkan pandangan mengenai hubungan rumah tangga dan pasangan hidup.
Menurutnya, setiap individu juga perlu berusaha menjadi pasangan yang baik sekiranya menginginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.
“Kalau kita nak pasangan yang baik, kita kena jadi baik juga.
“Kalau kamu tidak dapat pasangan yang baik, maka itu adalah ujian buat kamu,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan kehamilan Umisya Mazlan dipermudahkan.
Sebelum ini, pada penghujung Mac 2026, penampilan Umisya Mazlan yang mengenakan busana rona merah hati di TikTok mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Malah, ramai turut menitipkan ucapan tahniah yang dipercayai berkaitan khabar kehamilan tersebut selepas melihat perubahan penampilannya ketika itu.
Untuk rekod, Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam sebelum ini menimang cahaya mata ketiga iaitu seorang bayi perempuan pada pertengahan Februari 2025.
Terbaru Umisya dan suaminya bakal menimang anak keempat mereka tidak lama lagi. Pasangan ini sebelum ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.