Ads

Umisya Mazlan Mengidam Makanan Manis, Syukur Aslam Sentiasa Layan Kehendak!

Umisya Mazlan mengidam manis

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan, mendedahkan dia kini lebih cenderung menikmati makanan manis sepanjang fasa kehamilan terbarunya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa melayani kehendaknya sepanjang tempoh mengidam anak keempat mereka.

Umisya Mazlan Mengidam Makanan Manis, Syukur Aslam Sentiasa Layan Kehendak!

Umisya Mazlan Bersyukur Suami Banyak Melayan

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, perubahan selera ketika hamil kali ini lebih tertumpu kepada makanan manis dan dia bersyukur kerana suaminya memahami situasi tersebut.

“Mengandung kali ini manis-manis saja sayang craving.

“Nasib baik Aslam melayan.

“Alhamdulillah dapat suami yang baik dan mencintai,” katanya.

Ads

Dalam pada itu, Umisya turut menyifatkan suaminya, Ahmad Aslam, sebagai seorang lelaki yang penyayang serta bertanggungjawab dalam menjalankan peranannya sebagai suami dan bapa.

Umisya Mazlan Mengidam Makanan Manis, Syukur Aslam Sentiasa Layan Kehendak!

Umisya Kongsi Pandangan Tentang Rumah Tangga

Selain berkongsi mengenai pengalaman kehamilan, Umisya Mazlan turut menitipkan pandangan mengenai hubungan rumah tangga dan pasangan hidup.

Menurutnya, setiap individu juga perlu berusaha menjadi pasangan yang baik sekiranya menginginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.

“Kalau kita nak pasangan yang baik, kita kena jadi baik juga.

Ads

“Kalau kamu tidak dapat pasangan yang baik, maka itu adalah ujian buat kamu,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan kehamilan Umisya Mazlan dipermudahkan.

Umisya Mazlan Mengidam Makanan Manis, Syukur Aslam Sentiasa Layan Kehendak!

Penampilan Umisya Mazlan Pernah Cetus Tanda Tanya

Sebelum ini, pada penghujung Mac 2026, penampilan Umisya Mazlan yang mengenakan busana rona merah hati di TikTok mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

Ads

Malah, ramai turut menitipkan ucapan tahniah yang dipercayai berkaitan khabar kehamilan tersebut selepas melihat perubahan penampilannya ketika itu.

Untuk rekod, Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam sebelum ini menimang cahaya mata ketiga iaitu seorang bayi perempuan pada pertengahan Februari 2025.

Terbaru Umisya dan suaminya bakal menimang anak keempat mereka tidak lama lagi. Pasangan ini sebelum ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Baca lagi: Nama Luay Anak Eyka Farhana Jadi Perdebatan, Rupanya Ada Maksud Indah

Fattah Amin Ajar Fatima Baca Quran, Gelaran Ustaz Daddy Buat Ramai Cair

Sumber: TikTok @_umisyamazlan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

ADHD anak hyperaktif

Kenali Anak ADHD, Hyperaktif Atau Terlalu Aktif?

ADHD anak hyperaktif sering disalah anggap sebagai sekadar nakal atau terlalu aktif. Ketahui tanda-tanda ADHD, perbezaan anak aktif biasa dan cara ibu bapa membantu anak dengan betul.