Gelagat comel buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah memang sering kali menjadi tumpuan ramai. Apa sahaja yang dimuat naik oleh mama atau walidnya di akaun Instagram milik mereka pasti akan mendapat reaksi yang dari warga maya.
Terkini di laman instagramnya, mama Ainul, Nurul Erwani Zaidi atau lebih mesra disapa Wani mengumumkan bahawa dia kini sedang.
Erwani yang ditemubual oleh Majalah Nona memberitahu bahawa usia kandungannya sudah memasuki usia 7 bulan. Tambahnya juga anak yang bakal dilahirkan nanti InsyaAllah adalah anak lelaki kerana telah melakukan empat kali scan.
“Rezeki anak adalah rezeki yang tak terhitung nilainya. Anak adalah anugerah Allah SWT untuk kita menyambung dan meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, sejak Ainul bertambah sihat dan cerdik saya dan suami mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ Ainul adik. Adalah kawan untuk bermain nanti.
“Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah masuk 7 bulan. Ketika mengetahui saya hamil kali kedua kami bersyukur sangat. Nak kata merancang tak sebenarnya. Kami juga tak rancang berapa orang anak yang kami mahu. Kalau dapat ramai alhamdulillah rezeki kami. Allah lagi Maha Mengetahui.
Ads
“Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk Dia beri rezeki. Lagi pun Ainul ramai yang jaga di rumah. Tak salah rasanya kalau tambah lagi anak. Tak sabar rasanya nak lihat Ainul main dengan adik nanti!
“Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini dipermudahkan. Cuma kali ini penat sedikit berbanding hamilkan Ainul dulu. Alahan teruk tiada. Mengidam pun makanan yang mudah dicari. Kalau diberi rezeki oleh Allah SWT, anak kedua ini InshaAllah lelaki.Saya dah buat scan empat kali, memang semuanya nampak lelaki,” kongsi Wani kepada wartawan Majalah Nona.
Ainul Makin Bijak
Menurut Wani juga, perkembangan kesihatan dan juga tumbesaran Ainul semakin positif dan baik. Dia semakin bijak dan cepat belajar benda baru.
Ads
Alhamdulillah, Ainul juga sama seperti kanak-kanak lain. Walaupun perkembanganAinul lambat sedikit berbanding umurnya sekarang tetapi setiap momen atau keletah Ainul sama seperti bayi normal yang lain antaranya celik mata sahaja terus hendak bermain. Antara rancangan kartun kegemaran Ainul ialah Omar & Hana.
Selain itu, Ainul sekarang sangat cepat belajar. Macam-macam perangai yang Ainul sedang belajar sekarang. Tetapi yang paling mencuit hati saya dan suami ialah Ainul sedang berusaha untuk belajar bercakap. Kadang-kadang dah pandai mengamuk sebab tak bawa dia pergi berjalan-jalan.
Tak Sabar Nak Sambut Syawal
Ads
Tahun lalu (2019) kami menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan. First time jugalah saya dan suami berjauhan beribu-ribu kilometer dari keluarga. Alhamdulillah walaupun jauh daripada keluarga, kami dapat berkenalan dengan keluarga baru di London. Semuanya baik-baik dan sangat ramah.
Tahun ini sambutan Syawal lebih bermakna kerana kami dapat menyambutnya bersama Ainul yang semakin cerdik dan banyak ‘akal’. Ia memberi satu kelegaan buat saya dan suami kerana Allah SWT sentiasa memberi peluang dan mengkabulkan doa-doa yang pernah kami pohon sebelum-sebelum ini.
Banyak sebenarnya plan nak buat dengan Ainul sepanjang Syawal nanti. Salah satunya ialah mahu membawa Ainul ke rumah saudara mara. Namum atas faktor-faktor yang sedang berlaku pada negara Malaysia ketika ini kami terpaksa patuh dengan arahan dan menyambutnya di rumah sahaja. Tahun lalu tema raya kami bertiga adalah warna ungu, tahun ini kami akan memakai warna biru pula pada Hari Raya pertama,” cerita Wani lagi.
Tahniah buat wani dan suaminya Safiuddin serta si comel Ainul. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Wani nanti.
Biasa nampak tompok-tompok putih ada di dinding rumah? Jika ya itu salah satu tanda kulapok. Masalah kulapok pada dinding memang tidak dapat dielakkan lagi. Ada yang kata, punca yang menyebabkan kulapok ini disebabkan oleh penggunaan cat murah. Namun sebenarnya tidak.
Walaupun sudah tukar cat mahal dan guna khidmat tukang pakar, tetapi kulapok tetap naik juga. Sebenarnya, punca ia naik disebabkan oleh persekitaran rumah, kalau cuaca tak menentu, lagi cepat naik.
Bagi mengatasi masalah itu, seorang pengguna tiktok yang bernama @wawafatimah94 telah berkongsi cara mudah untuk hilangkan kulapok hanya guna cuka sahaja.
Cara Hilangkan Kulapok Jadikan Dinding Lebih Glowing
Disebabkan rumah memang cepat naik kulapok (benda putih-putih pada dinding) apabila hujan, jadi inilah cara terbaiknya.
Mula-mula selepas lap memang akan ada bau cuka, setelah kering, baunya akan hilang. Satu lagi, gunakan 1 sudu cuka untuk separuh baldi, boleh campur Downy sikit kalau rasa nak bau wangi dan letak air panas.
Selain dari menghilangkan kulapok, dinding untuk menjadi lebih glowing. Campuran ini juga boleh disembur dan lap dekat perabot dan almari baju. Memang berkesan dan selepas itu tak ada lagi kesan kulat dan berhabuk. Jadi, tak perlu setiap masa lagi untuk mengelap perabot.
Akhirnya, tiada lagi masalah dinding berkulapok.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga cara ini dapat membantu menyelesaikan masalah dinding rumah yang berkulapok. Semoga bermanfaat.
Kehadiran pembantu memang melicinkan urusan penjagaan anak. Namun ada waktunya Datin Seri Zizie Izette tetap perlu turut sama ‘marathon’ menguruskan 5 cahaya mata. Apatah lagi 4 daripada anaknya itu berusia 2 tahun ke bawah!
Datin Seri Zizie Izette semalam berkongsi sekeping foto bersama 5 orang cahaya matanya serta lima pembantu yang menjaga anaknya. Kata Zizie, foto tersebut mennyebabkan dia terimbau kembali kenangan bersama anak pertama, Jenna semasa si kecil itu masih belum mempunyai adik. Sekelip mata anak-anaknya menjadi seramai itu.
BUKAN MENUNJUK-MENUNJUK, PENGIKUT PUN TAHU
Menurut laporan sebuah akhbar, pelakon ini menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sengaja untuk menunjuk apabila berkongsi gambar lima orang pembantu rumahnya
Zizie menangkis tohmahan beberapa pemilik akaun Instagram (IG) sebaik dia memuat naik foto berkenaan.
RAMAI BAGI SOKONGAN
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.
KONGSI GAMBAR SUPAYA KEKAL
Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.
“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.
Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.
Menerusi ruangan komen ramai yang memahami apa yang sedang dihadapi aktres ini.
Giant bubble memang mudah didapati di tempat-tempat riadah seperti taman permainan, tasik dan pantai yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Namun harganya yang agak mahal dan bancuhan sabun yang sikit membuatkan anak tak puas bermain.
Daripada situlah Puan Diana Said terfikir untuk membuat sendiri Giant Bubble dirumah. Kalau buat sendiri tentu sekali lebih jimat dan anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya. Jom ikuti cara beliau menyediakan Giant Bubble homemade ini.
HOMEMADE GIANT BUBBLE
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main, jimat!
BAHAN-BAHAN;
(AIR SABUN) 1)1.5 Liter Air 2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu 3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND) 1) Tali Kain 2) Tape hitam 3) Hanger Besi 4) Gunting
CARA-CARA;
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
-Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.